Sup Thailand Dinobat Sup Terbaik Di Dunia, Laksa Malaysia Di Tempat Ke-35
Sup yang dinamakan Khao Soi itu dipercayai dibawa ke utara Thailand oleh pedagang Cina Muslim dari wilayah Yunna pada suatu ketika dahulu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sajian paling popular di utara Thailand yang dinamakan Khao Soi diisytiharkan sebagai sup terbaik di dunia oleh laman makanan TasteAtlas.com.
Menurut laporan Thaiger, Khao Soi mengungguli senarai 50 sup terbaik dunia yang diterbitkan pada 25 Julai lalu.
Sajian Khao Soi berupa sup kari merah yang dicampur daging atau ayam dan mi telur. Ia kemudian ditambah mi ranggup, limau nipis segar, kubis jeruk, bawang merah serta cili.
Khao Soi dipercayai dibawa oleh pedagang Cina Muslim
Sup Khao Soi dipercayai dibawa ke utara Thailand oleh pedagang Cina Muslim dari wilayah Yunna pada suatu ketika dahulu, lapor Wall Street Journal.
Selain itu, Khao Soi diperbuat daripada santan dan pes kari merah. Kepedasan hidangan itu pula boleh diubah mengikut selera individu berdasarkan junlah pes kari yang digunakan.
Walaupun hidangan sup tersebut merupakan mi namun maksud sebenar bagi nama Khao Soi adalah ‘nasi potong’.
Sementara itu, laman makanan tersebut juga mengesyorkan 10 kedai makanan untuk Khao Soi terbaik dunia yang kebanyakannya terletak di wilayah Chiang Mai.
Dua lagi makanan dari Thailand tersenarai di tempat ke-13 dan ke-14
Selain Khao Soi, dua lagi makanan dari negara gajah putih itu iaitu Tom Yum Kung dan Tom Kha Gai turut tersenarai di tempat ke-13 dan ke-14.
Laksa Malaysia di tempat ke-35
Mengikut kemas kini terbaharu laman makanan itu yang bertarikh (4 Ogos), hidangan jenis sup yang popular di negara kita iaitu laksa telah tersenarai sebagai hidangan sup ke-35 terbaik di dunia.
Sebagai info, terdapat beberapa jenis laksa yang terkenal di Malaysia antaranya Laksa Utara, Asam Laksa, Laksam, Laksa Johor, Laksa Sarawak dan banyak lagi.
Bagaimanapun, ia bergantung pada minat dan selera setiap individu, pandangan mengenai hidangan sup terbaik dari laman Taste Atlas hanyalah sebagai perkongsian dan sumber rujukan.