fbpx
Now Reading
Bagaimana Kita Dapat Mengubah Tanggapan Rakyat Malaysia Terhadap Pertanian

Bagaimana Kita Dapat Mengubah Tanggapan Rakyat Malaysia Terhadap Pertanian

Misi AGREX adalah untuk melestarikan semula sektor pertanian dengan menyemai minda ‘hijau’ dalam kalangan belia Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lebih satu abad yang lalu, dua ahli kimia Jerman bernama Fritz Haber dan Carl Bosch berjaya mencipta satu cara menghasilkan makanan daripada udara dengan menukar nitrogen dan hidrogen yang banyak di atmosfera menjadi baja kimia untuk tumbuh-tumbuhan.

Digelar sebagai salah satu inovasi terhebat pada Abad ke-20, penggunaan baja itu dalam pertanian memberi kita cara untuk menanam tanaman dan makanan yang lebih baik dan berkhasiat. 

Dan sejak itu, sektor pertanian terus meletup menjadi proses perindustrian yang menghasilkan makan untuk seluruh penduduk dunia.

Namun satu perkara yang harus diakui, sektor pertanian sering dilihat tidak lebih daripada kerja kotor dan sukar. Kebanyakan belia Malaysia hari ini dilihat lebih memilih untuk menjadi influencer di media sosial atau menceburkan diri dalam sektor e-perkhidmatan berbanding mengambil bahagian dalam mengusahakan tanah.

Baca artikel berkaitan : 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing

Satu kajian mendedahkan hanya 15% belia Malaysia terlibat dalam sektor pertanian dan bidang tersebut gagal menarik minat generasi muda.

Namun di saat dunia sedang bergelut dengan pelbagai perkara seperti krisis iklim, isu kekurangan makanan dan buruh, bagaimanakah kita dapat mencipta masa depan yang mampan dan mengubah pemikiran kita terhadap pertanian?

Walaupun kerajaan Malaysia komited untuk mempromosikan sektor pertanian dengan cuba memodenkan industri dan menggalakkan ‘agropreneurship’ dalam kalangan anak muda, ia bagaimanapun akan mengambil masa dalam memupuk generasi akan untuk mula meminati pertanian sebagai satu gaya hidup.

Mentransformasi pertanian melalui agro-budaya

Usaha seperti Agroculture Axcelerator Programme atau AGREX bertujuan untuk melestarikan semula sektor pertanian dengan menyemai minda ‘hijau’ dalam kalangan belia Malaysia selain mengubah persepi orang ramai terhadap industri pertanian.

Dilancarkan secara rasmi pada festival Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2022), AGREX merupakakan inovasi di antara MARDI CORP dan BOXCUBE TRAVELERS (BXCT) dan direka untuk mendidik orang ramai khususnya golongan belia tentang kepentingan bertani.

Program ini mahu rakyat Malaysia mengamalkan ‘Agro-Culture’ atau cintakan pertanian dan menjadikannya satu tabiat yang bermanfaat, dan merancang untuk menjadikan Agro-Budaya satu trend.

Foto : Fernando Fong |TRP

AGREX menggabungkan kepakaran MARDI dan BXCT untuk membawa pelajar, jurulatih dan sekolah bersama-sama mempelajari selok-belok pertanian melalui lawatan lapangan pendidikan dan alatan pembelajaran digital.

Boleh dianggap sebagai satu program kem musim panas, peserta AGREX boleh menikmati ‘percutian pendidikan’ dan mempelajari secara langsung tentang proses pertanian dan cara bertani secara berterusan.

Program ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk bertani walaupun dari rumah sendiri selain membuka laluan agar belia mula menceburi sektor pertanian dengan menjadi petani, pendidik dan saintis.

Foto: Chayantorn/raffinboy via Envato Elements)

Seperti mana baja dapat membantu merevolusikan sektor pertanian, AGREX juga mahu menyokong pertumbuhan petani tempatan dengan memodenkan bidang tersebut.

Dengan sokongan daripada syarikat teknologi seperti Microsoft dan UU2 dan firma seperti ANCOM NYLEX, program ini membayangkan di mana teknologi, data dan inovasi boleh digunakan untuk membantu petani meningkatkan hasil mereka, mengurangkan kos dan memperoleh lebih banyak.

Ini seterusnya akan mewujudkan kitaran di mana pertanian boleh menjadi kerjaya dan peluang perniagaan yang menguntungkan untuk belia Malaysia pada hari-hari mendatang.

Ketahui lebih lanjut tentang AGREX melalui portal rasmi mereka atau menerusi halaman Facebook dan Instagram mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.