fbpx

Jenama Susu No 1 Australia, Pauls Lancar Cream Cheese Baharu Di Malaysia

Krim keju ini sesuai digunakan untuk persiapan membakar terutamanya untuk pencuci mulut, pastri dan pelbagai lagi masakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Ogos), syarikat susu ternama dan terlaris di Australia, Pauls telah melancarkan Creem Cheese (Krim Keju) 2kg baharu di Bake With Yen, pembekal barangan bakeri tempatan.

Bersempena dengan pelancaran produk baharu tersebut, Pauls turut melantik Bake With Yen sebagai Peruncit Rasmi Krim Keju 2kg yang baharu untuk Semenanjung Malaysia.

Pauls menawarkan koleksi lengkap bagi produk tenusu termasuk susu putih dan susu berperisa, keju, mentega, krim, yogurt dan kastard.

Diperbuat menggunakan 100% susu dari Australia, Krim Keju Pauls dikatakan amat halus berkrim, berperisa lembut disertai dengan rasa tajam yang tidak terlalu kuat membuat rasanya tidak terlalu manis atau terlalu masam.

Krim keju ini juga sesuai digunakan untuk persiapan membakar khususnya untuk pencuci mulut, pastri dan pelbagai lagi masakan.

Menurut Pengurus Besar Lactalis Malaysia Henry Ong, yang mewakili Pauls, semua produk mereka diperbuat daripada hasil tenusu terbaik dari ladang Australia.

“Pauls amat terkenal dalam mengeluarkan produk yang sihat dan berkhasiat. Krim Keju Pauls bukan sahaja produk yang mempunyai rasa yang lazat malah merupakan produk yang sesuai bagi pembuatan membakar, pasta dan sup. Dengan Pauls, anda pasti dapat menghasilkan makanan yang enak. Kami merancang untuk mengembangkan produk kami apabila melihat kepada trend peningkatan terhadap permintaan produk tenusu, seperti keju dan dadih, mentega serta produk lepa kami yang lain,”

Pengurus Besar Lactalis Malaysia, Henry Ong,

Mengulas pemilihan Bake With Yen sebagai peruncit rasmi mereka, Ong berkata pembekal bakeri terbesar itu merupakan peruncit yang ideal bagi Krim Keju Pauls kerana ia merupakan kedai popular bagi keperluan barangan membuat kek dan biskut.

“Tambahan lagi, kedai mereka terletak di kedudukan strategik di serata Malaysia. Sama ada dalam bidang jualan besar atau hanya berniaga di rumah, ramai pelanggan mendapatkan barangan mereka di Bake With Yen,” tambah beliau.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bake With Yen, Alexandre Rosso, syarikat mereka mahu menjadikan tugas membuat kek dan biskut mudah, murah dan menyeronokkan.

“Kami merealisasikan dengan menawarkan keperluan membakar yang beraneka, termasuk produk membakar khas bagi profesional atau pembuat kek separuh masa.”

“Kerjasama bersama Pauls membolehkan kami untuk menunaikan janji ini. Krim Keju Pauls merupakan produk berkualiti dan diiktiraf halal yang menghasilkan rasa yang enak dan berkrim. Produk ini meningkatkan variasi produk tenusu kami, yang juga merupakan kategori yang terlaris di Bake With Yen. Kami yakin produk ini akan digemari oleh pelanggan di seluruh negara,” kata Rosso.

Buat anda yang ingin mencuba, Krim Keju Pauls 2kg ditawarkan secara eksklusif di outlet Bake With Yen di Semenanjung Malaysia dengan harga bermula dari RM56.90.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.