fbpx
Now Reading
Paradigm Mall Bersama Arkib Negara Malaysia Anjur ‘Pop Up Memoriam Tunku Abdul Rahman Putra’

Paradigm Mall Bersama Arkib Negara Malaysia Anjur ‘Pop Up Memoriam Tunku Abdul Rahman Putra’

Antara barangan yang akan dipamerkan ialah pakaian, koleksi wang kertas dan kereta “vintage’ kesukaan PM Malaysia pertama itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Paradigm Mall Petaling Jaya, salah satu pusat beli belah di bawah pengurusan WCT Malls Management Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia untuk menganjurkan Pameran Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pameran tersebut diadakan di Aras G, (Lot GF-33) di Paradigm Mall Petaling Jaya dengan lebih 50 daripada barangan atau artifak kepunyaan Tunku Abdul Rahaman Putera Al Haj akan dipamerkan.

Pameran ini diadakan selama dua bulan iaitu dari 13 Ogos 2022 hingga 30 September bersempena dengan dua tarikh bersejarah Malaysia, 31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia dan 16 September – Pengisytiharan Hari Malaysia.

Pameran ini juga bermatlamat untuk mendidik generasi muda mengenai sejarah Malaysia serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan komuniti tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WCT Malls Management Puan Selena Chua, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia dalam menganjurkan pameran Tunku Abdul Rahman yang merupakan tokoh dan pemimpin negara yang telah banyak berjasa untuk membangunkan negara.

“Sebagai pihak pengurusan pusat beli belah, kami sentiasa mencuba pelbagai cara dan teknik untuk menganjurkan promosi, acara dan aktiviti terutamanya pada musim pemulihan endemik. Cadangan untuk menganjurkan pameran ala “pop up memoriam” merupakan cadangan kreatif dan berbeza yang cukup menarik untuk menyokong budaya, sejarah dan pelancongan tempatan.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WCT Malls Management Puan Selena Chua,

Antara barangan yang akan dipamerkan di “pop-up memoriam Tunku Abdul Rahman Putra” ini termasuklah kereta kesukaan “vintage’ Tunku Abdul Rahman apabila beliau kerap memandu bersama-sama dengan isteri dan anak -anak untuk bersiar di Kuala Lumpur.

Selain itu koleksi pen Parker yang digunakan untuk menandatangani dokumen rasmi kerajaan, meja belajar, peralatan menulis dll, koleksi wang kertas dan duit syiling zaman dahulu serta pakaian Tunku yang digunakan semasa kembali dari London untuk pengisytiharan Merdeka. Terdapat juga watikah, surat serta manuskrip yang akan dipamerkan.

Sebuah “Projector” juga akan ditayangkan, iaitu video hitam putih Tunku Abdul Rahman berserta dengan gambar-gambar lama. YM Tunku Muinuddin Putra, cucu kandung Tunku Abdul Rahman juga telah merasmikan “pop-up memoriam Tunku Abdul Rahman Putra” ini pada Selasa (23 Ogos).

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui sejarah pembentukan Malaysia pada ambang kemerdekaan dengan lebih lanjut, Paradigm Mall mengalu-alukan kedatangan anda untuk mengunjungi Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Terdapat lebih banyak artifak yang dipamerkan, termasuk Kediaman Rasmi dan pejabat Perdana Menteri Malaysia pertama.

Selain itu anda juga boleh melayari pameran maya 3600 Arkib Negara di mana semua Memorial boleh diakses secara maya di sini.

Banyak aktiviti menarik

Antara aktiviti lain yang akan diadakan selama 2 bulan di Pop-up Memoriam Tunku Abdul Rahman seperti dibawah:

  1. Bengkel Merdeka, pengunjung Paradigm Mall Petaling Jaya boleh mengambil bahagian dalam membuat hiasan Bendera Merdeka, kaligrafi, keychain dan banyak lagi.
  2. Pihak Storybook Academy akan mengadakan peraduan bercerita bertajuk Hari Kebangsaan Malaysia di “Pop-up Memoriam Tunku Abdul Rahman Putra” dengan 40 orang kanak-kanak akan mengambil bahagian pada 10 September 2022.
  3. Pertandingan fotografi juga akan dianjurkan dengan kerjasama Photography Society of Petaling Jaya. Peserta boleh menghantar gambar yang diambil bertemakan “Muhibbah” dan berpeluang memenangi hadiah baucar beli-belah yang bernilai keseluruhan RM800 daripada pihak Paradigm Mall Petaling Jaya. Selain itu, pertandingan digital akan diadakan dan pelanggan kami boleh mengambil bahagian dalam #BapaMerdekaPMPJ tangkap & menang. Peminat Instagram dan pengikut sosial media boleh mengambil gambar yang kreatif di “pop-up memoriam Tunku Abdul Rahman Putra” dan berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah yang bernilai RM300! daripada pihak Paradigm Mall Petaling Jaya. Selain tu, kepada peminat TikTok yang ingin memasuki pertandingan video Tiktok, peserta perlu memakai pakaian tradisional dan melakonkan semula adegan Tunku Abdul Rahman semasa mengisytiharkan kemerdekaan dengan cara yang paling asli akan berpeluang memenangi boucar beli-belah RM500!

Untuk maklumat lanjut, laman sesawang Paradigm Mall Petaling Jaya di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.