fbpx
Now Reading
5 Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Anak-Anak Sempena Hari Kemerdekaan

5 Tempat Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Anak-Anak Sempena Hari Kemerdekaan

Memandangkan 31 Ogos adalah cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia, ibu bapa pasti mencari tempat yang boleh mereka kunjungi bersama anak-anak dalam menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan anak kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita tinggal berapa hari sahaja lagi untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke- 65.

Bagi tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan 2022 akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan suasana yang pastinya lebih meriah selepas dua tahun ianya diadakan dalam skala kecil ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Memandangkan 31 Ogos adalah cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia, ibu bapa pasti mencari tempat dan lokasi sesuai yang boleh mereka kunjungi bersama anak-anak dalam memupuk dan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan pada anak kecil.

Persoalannya, di manakah lagi lokasi yang boleh kita kunjungi bersama si kecil pada hari bersejarah tersebut?

Jangan risau di bawah kami kongsikan kunjungi tempat yang mungkin sesuai untuk anda kunjungi sempena dengan 31 Ogos.

#1 Dataran Merdeka

Palace in Kuala Lumpur

Dataran Merdeka menjadi pilihan pertama kami memandangan sambutan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2022 bakal diadakan di sini.

Bukan sahaja dapat menyaksikan perarakan mega, malahan tempat bersejarah ini turut mempunyai nilainya sendiri di mana ia terletak di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, tempat yang menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.

Difahamkan beberapa acara menarik telah diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.

Perarakan Hari Kebangsaan tahun ini juga akan melibatkan wira dan wirawati sukan negara termasuk pemenang pingat emas sukan Komanwel Birmingham 2022.

#2 Paradigm Mall, Kuala Lumpur (‘Pop Up Memoriam Tunku Abdul Rahman Putra’)

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Paradigm Mall Petaling Jaya telah bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia untuk menganjurkan ‘Pop Up Memoriam Tunku Abdul Rahman Putra’ satu pameran mengenai Bapa Kemerdekaan Malaysia itu.

Diadakan di Aras G, (Lot GF-33) Paradigm Mall Petaling Jaya, pameran itu yang berlangsung selama dua bulan (19 Ogos hingga 30 September) menyaksikan lebih 50 barangan atau artifak kmilik Tunku Abdul Rahaman Putera Al Haj dipamerkan kepada khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan untuk pengunjung khususnya kanak-kanak sepanjang tempoh dua bulan itu termasuklah Bengkel Merdeka (membuat hiasan Bendera Merdeka, kaligrafi, keychain) pertandingan fotografi dan banyak lagi.

#3 Tugu Negara

Foto : IG Jivan Raaj

Sebut sahaja tentang kemerdekaan, perkara pertama yang berada di fikiran ramai rakyat Malaysia pastinya Tugu Negara.

Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara yang terletak berhampiran bangunan Parlimen mula siap dibina pada 8 Februari 1966 sebagai peringatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang telah gugur dalam pelbagai perang termasuklah Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan juga sewaktu Darurat.

Dengan membawa anak-anak mengunjungi monumen ini, ia sekaligus akan menyemarakkan lagi rasa cinta mereka kepada negara.

#4 Muzium Negara

Tidak lengkap ‘jelajah Merdeka’ anda sekiranya tidak berkunjung ke Muzium Negara yang terletak di Jalan Damansara, Tasik Perdana Kuala Lumpur ini.

Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang, (kecuali hari Isnin pertama setiap bulan) dan Raya Aidilfitri, muzium yang mempunyai 4 galeri inimemuatkan pelbagai koleksi artifak bersejarah mengenai Malaysia iaitu  Galeri Prasejarah, Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri Era Kolonial dan Galeri Malaysia Kini.

Idea penubuhan bangunan bersejara ini telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Bangunan ini dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor (1906-1945). 

Harga tiketnya juga agak murah iaitu RM2 untuk orang dewasa manakala tiada sebarang bayaran untuk kanak-kanak.

#5 Saloma Bridge

Saloma Bridge atau Pintasan Saloma adalah tarikan terbaharu di bandar Kuala Lumpur. Ia merupakan jambatan sepanjang 370 meter dan menyambungkan kawasan sentral Kuala Lumpur dengan Kampung Bharu.

Seni bina jambatan ini diilhamkan oleh konsep sireh junjung (susunan daun sirih), yang merupakan sebahagian daripada perkahwinan Melayu.

[Bonus]

#6 River of Life

Selain dari Saloma Bridge, anda juga boleh membawa anak anda ke River Of Life yang juga terletak di tengah-tengah kota.

Sama seperti Saloma Brigde yang dipenuhi kilaun lampu pada waktu malam, pemandangan di sini pasti memberikan satu perspektif baru tentang bandar Kuala Lumpur di mata anak-anak anda.

Lokasinya pula terletak begitu hampir dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur yang merupakan salah satu bangunan lama yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

Satu yang menarik adalah projek pembersihan sungai ini teah menjadikan negara kita terkenal di mata dunia berikutan keindahannya hingga berjaya menjadi tumpuan pelancong.

Ia terbukti apabila River of Life telah disenaraikan sebagai salah satu tempat tebaik di dunia bagi kategori waterfront districts menurut laporan  Independent.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.