fbpx
Now Reading
Bersempena Ulang Tahun ’10 Years Of Awesomeness’, Legoland Malaysia Anjur Aktiviti Menarik Sepanjang September

Bersempena Ulang Tahun ’10 Years Of Awesomeness’, Legoland Malaysia Anjur Aktiviti Menarik Sepanjang September

Sehingga 25 September, tetamu akan disajikan dengan pelbagai aktiviti baharu agar mereka daoat menikmati masa berkualiti di LEGOLAND® Malaysia Resort, ini termasuklah :

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam tak sedar, 15 September ini genap 10 tahun LEGOLAND® Malaysia bertapak di Iskandar Puteri, Johor.

Sepanjang ’10 years of awesomeness’ itu, ratusan ribu individu dari dalam dan luar negara telah menjadikan taman teman ini lokasi mereka dan keluarga untuk menghabiskan masa berkualiti bersama.

Memandangkan tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum ulang tahun ke-10 mereka, LEGOLAND® Malaysia Resort pada Jumaat, 26 Ogos, telah melancarkan “10th Anniversary Celebrate Awesome”, sambutan sepanjang bulan September yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan pertunjukan baharu khas untuk tetamu dan pemegang pas tahunan mereka.

Baca artikel berkaitan : Rai Ulang Tahun Ke-10, Legoland Bakal Perkenalkan Tarikan Luar Biasa Buat Pengunjung

Kek Ulang Tahun LEGO akan sambut para tetamu

Tetamu akan disambut oleh Kek Ulang Tahun LEGO setinggi 12 kaki yang dibina menggunakan lebih daripada 90,000 bata LEGO DUPLOO. Kek LEGO bersaiz sebenar ini direka dengan kepakaran rakyat Malaysia sambil dihiasi LEGO Burung Enggang, Wau dan Bunga Raya, menjadikannya latar belakang foto yang sempurna untuk tetamu dan keluarga mereka.

Foto : BuzzKini/TRP Ahmed Faez

“Sejak sedekad yang lalu, LEGOLAND Malaysia secara konsisten menawarkan pengalaman segar, menyeronokkan, menghiburkan dan berilmiah kepada keluarga dari seluruh dunia. Kami komited untuk terus membina DNA pembelajaran melalui permainan dan menyediakan tetamu kami persekitaran pendidikan luar yang unik yang dan luar biasa buat kami.”

Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia, CS LIM


Foto: BuzzKini/TRP |Ahmed Faez

Apa yang ditawarkan sepanjang bulan

Sehingga 25 September, tetamu akan disajikan dengan pelbagai aktiviti baharu agar mereka dapat menikmati masa berkualiti di LEGOLAND® Malaysia Resort, ini termasuklah :

#1 Cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-10

Para tetamu berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000 menerusi Roda Bertuah (Lucky Wheel). Terdapat pelbagai hadiah menarik antaranya Penginapan Hotel Legoland, Tiket 1 Hari Legoland, Pas Tahunan Legoland, Set LEGO dan barangan eksklusif Legoland.

Bagi mendapat peluang untuk memutar roda, anda hanya perlu membuat perbelanjaan minimum RM99 di mana-mana kedai runcit di LEGOLAND®Malaysia Resort. Cabutan akan dilakukan setiap Jumaat hingga Ahad dan pada Cuti Umum. Selain itu, satu cabutan istimewa juga akan diadakan pada ulang tahun LEGOLAND® iaitu pada 15 September.

#2 Bina Mozek LEGO DOTS Anda Sendiri:

Bebaskan kreativiti dalaman anda dengan mencipta mozek menarik berwarna-warni dengan menggunakan LEGO DOTS. Hasil hebat anda akan dipamerkan di gerai LEGO DOTS untuk tatapan tetamu lain.

#3 Persembahan Live Terbaik Sempena Ulang Tahun

Bayangkan majlis hari anda diserikan dengan pertunjukan buih, persembahan silap mata, sculpture baloon, dan tarian. Semua itu dapat direalisasikan di LEGOLAND® Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

#4 Tarian Hujung Minggu Istimewa Sempena Ulang Tahun (15-18 September)

Sepanjang hujung minggu ulang tahun LEGOLAND® iaitu dari 15 hingga 18 September pula, para tetamu akan dijemput untuk menyertai pesta tarian tanpa henti selama satu jam (hingga matahari terbenam) sejurus sebelum taman ditutup. Tetamu boleh berhibur bersama watak Lego kegemaran mereka, selain menyertai pertunjukan silap mata.


Pulang Dengan Hadiah Menakjubkan

Tetamu yang melengkapkan semua Aktiviti Hari Lahir boleh pulang dengan Hadiah Eksklusif LEGOLAND® Apa yang perlu mereka lakukan ialah :

  1. Belajar dan bawa pulang sculpt balloon di Balloon Scupting Workshop.
  2. Kutip mata sebanyak yang anda boleh di Slam Dunk Fun
  3. Tangkap gambar pose terbaik anda dengan bingkai foto LEGO Dots gergasi kami di Dots Photobooth
  4. Sertai Pencarian Cupcake (Cupcake Hunt); Temukan semua kek cawan tersembunyi di kawasan The Beginning.

Tawaran Ekslusif Legoland Sepanjang September

1.Birthday Kids Masuk Percuma
Kanak-kanak di bawah umur 11 tahun boleh masuk ke LEGOLAND® Malaysia secara PERCUMA pada Minggu Hari Lahir Mereka dengan pembelian tiket 1-Day Double Pass atau 1-Day Triple Park untuk orang dewasa.

Birthday Guest di bawah umur 11 tahun juga akan menerima kejutan, button badge dan baucar RM20 (selagi stok masih ada).

2.Birthdays Kids Dengan Triple Park Pass Boleh bawa 1 rakan/keluarga secara percuma
Pemegang Tripple Park Annual Pass berusia 11 tahun ke bawah juga boleh membawa seorang rakan/ ahli keluarga pada Minggu Hari Lahir mereka secara percuma.

Birthday Guest di bawah umur 11 tahun juga akan menerima kejutan, button badge dan baucar RM20 (selagi stok masih ada).

3. Potongan F&B 10% untuk pemegang pas tahunan

LEGOLAND® Malaysia akan juga akan memberikan potongan 10% untuk pembelian makanan dan minuman (F&B) kepada pemegang pas tahunan dari 15 – 30 September 2022.

4. Hadiah Ekslusif dengan setiap pembelian Lego Playset

Dapatkan hadiah ekslusif, 30582 LEGO Birthday Bear secara percuma dengan pembelian Lego Playset bernilai RM199 ke atas di kedai runcit LEGOLAND® Malaysia Resort.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sambutan Hebat Ulang Tahun ke-10 LEGOLAND® Malaysia Resort, layari laman web rasmi di sini atau menerusi laman Facebook dan Instagram mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.