fbpx
Now Reading
Hero Bulan Kebangsaaan: Grab Beri Sinar Buat Wanita Sara Anak & Mampu Lunas Hutang Lebih RM4,000 Dalam 2 Bulan

Hero Bulan Kebangsaaan: Grab Beri Sinar Buat Wanita Sara Anak & Mampu Lunas Hutang Lebih RM4,000 Dalam 2 Bulan

Walaupun mengambil dua hingga tiga jadual kerja sebagai pemandu Grab, wanita ini tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak perempuannya berusia 14 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Dengan pelbagai jenis latar belakang, pasti ada yang pernah diuji dengan masalah keluarga, ketidakstabilan kewangan, hubungan kurang baik dengan majikan di tempat kerja, sukar menerima peluang pekerjaan dan sebagainya.

Musim pandemik melanda dua tahun lalu yang baru sahaja pulih mungkin telah meninggalkan kesan ‘mendalam’ kepada sesetengah masyarakat selepas mereka bertungkus-lumus dengan melakukan pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Dalam jutaan rakyat Malaysia, pasti ada yang menyimpan kisah tersendiri yang bukan sahaja bermakna buat mereka, malah turut memberi inspirasi kepada masyarakat yang senasib.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 pada tahun ini, tarikh bersejarah ini bukan sahaja membuatkan kita memperingati tokoh-tokoh terkenal yang banyak berkorban untuk memerdekakan negara, malah individu biasa yang berjiwa besar juga berhak untuk diingati atas perjuangan mereka.

Kisah mereka bukan sahaja sebagai sumber inspirasi, malah dilihat seperti ‘hero’ dan memberi sinar harapan buat masyarakat untuk terus berjuang meneruskan kehidupan.

Wanita Pilih Kerjaya Sebagai Pemandu Grab Demi Menyara Anak Sejak 5 Tahun Lalu

Kalau anda perasan, terdapat pelbagai latar belakang rakan penghantar dan pemandu Grab. 

Biasa yang kita lihat adalah golongan lelaki muda yang dilihat menjadi penghantar Grab. Kalau anda nak tahu, sebenarnya ramai juga wanita yang menjadikan pekerjaan rakan kongsi Grab sebagai kerjaya tetap mereka untuk menyara keluarga.

Foto : Grab

Antara yang turut menjadi rakan kongsi Grab adalah seorang wanita berbangsa India berumur 54 tahun iaitu Yasoda A/P Ramaya atau turut dikenali sebagai Yasoda Belinda Ann. 

Ketika ditemubual, Yasoda memberitahu bahawa dia merupakan bekas suri rumah sejak anak perempuan berumur 6 hingga 10 tahun dan tinggal berhampiran Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Namun selepas mengalami ketidakstabilan dan kemerosotan kewangan, Yasoda mengambil keputusan pada tahun 2018 sehingga sekarang untuk menjadi rakan pemandu Grab bagi menyara diri dan anak perempuannya yang kini berusia 14 tahun.

Yasoda bersama anak perempuannya. (Sumber: Yasoda A/P Ramaya)

Rumah Dan Kereta Hampir Ditarik Oleh Pihak Bank

Ketika membesarkan anak perempuan seorang diri, Yasoda berdepan dengan pelbagai masalah melibatkan kereta dan rumahnya.

Yasoda berkongsi cerita rumahnya di kampung hampir dilelong dan perlu hadir ke mahkamah. Malah pihak bank juga hanya memberinya masa dalam tempoh tiga hari sahaja untuk melunaskan hutang berjumlah RM4,500.

Pada masa sama, keretanya juga hampir dua kali ditarik oleh penarik kereta kerana pihak bank telah mengeluarkan surat notis untuk berbuat demikian.

Disebabkan keadaan yang terdesak pada ketika itu, Yasoda terpaksa meminjam wang daripada tiga orang kawan rapatnya buat sementara waktu bagi menyelesaikan hutang yang tertunggak.

Grab ‘Harapan’ Untuk Keluar Dari Kepompong Masalah

Masalah dihadapi oleh Yasoda ini membuatkan dia melihat Grab sebagai ‘jalan’ untuk mencari penyelesaian bagi memperbaiki taraf kehidupan keluarganya.

Wanita ini sanggup melakukan pekerjaan sebagai pemandu Grab dengan mengambil dua hingga tiga jadual kerja yang berbeza dan hasilnya cukup mengejutkan.

Percaya atau tidak, Yasoda telah berjaya menyelesaikan kesemua tunggakan hutangnya berjumlah RM4,500 dalam tempoh dua bulan dengan menjadi rakan pemandu Grab tanpa mengenepikan tugas sebagai seorang ibu kepada anak perempuannya.

Yasoda Bahagikan Masa Untuk Grab Dan Anak

Meskipun bergelar rakan pemandu Grab, Yasoda masih menyediakan kelengkapan secukupnya termasuklah dari segi makan dan minum anaknya. Kadangkala ada juga anaknya mengirimkan makanan untuk dibeli di luar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Mak, kalau sempat tolong belikan itu ini untuk saya.”

Malah, Yasoda juga akan mengosongkan jadualnya sebagai rakan pemandu Grab untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari.

“Saya akan buat grab pada jam 7:20 pagi hingga 12.30 tengah hari ketika anak saya sedang bersekolah. Kemudian tengah hari saya akan balik dengan anak untuk makan tengah dan berehat di rumah. Sekitar jam 5:00 petang hingga 8:00 atau 9:00 malam saya akan kembali memandu untuk Grab.”

Pada hujung minggu pula, Yasoda akan cuba untuk menjadi pemandu Grab sepenuh masa dan akan berhenti rehat untuk buat kerja rumah dan makan tengah hari di rumah bersama anak.

Sebagai ibu, pastinya Yasoda akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala kemahuan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Yasoda Kongsi Pengalaman Bantu Pelanggan 

Sepanjang bergelar rakan pemandu Grab, Yasoda juga pernah melalui beberapa pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Antaranya dia pernah mendapat seorang pelajar kolej berbangsa Melayu di Kuala Lumpur yang bertanya cara paling cepat untuk sampai ke Johor kerana mendapat khabar berita bahawa ibunya sudah meninggal dunia.

Sebak mendengar perkara tersebut, Yasoda bertindak membantu gadis itu dengan menghantarnya dari Kuala Lumpur ke Tol Ayer Keroh, Melaka sebelum ahli keluarga gadis berkenaan mengambilnya di sana.

Meskipun dia pulang dari Melaka tanpa mendapat sesiapa sebagai pelanggan, tindakannya itu membuatkan dia berasa aman kerana dapat membantu gadis tersebut.

Sumber: YouTube MELAKA

Bukan itu sahaja, Yasoda juga pernah menjadi tempat luahan seorang pelanggannya yang merupakan warga emas berbangsa Cina serta buta separuh penglihatannya akibat sering dipukul oleh suami. Mendengar kisah yang dikongsikan itu membuatkan Yasoda berasa sedih.

Pada masa sama, dia berasa gembira dapat menjadi tempat luahan seseorang.

Terima Kasih Grab

Melihat semula bagaimana Grab telah banyak membantu Yasoda meneruskan kehidupan membesarkan anaknya seorang diri, Yasoda meluahkan rasa terima kasih kepada platform Grab yang telah memberi peluang ini kepada dirinya.

Yasoda meluahkan rasa syukur kerana Grab telah membawanya sejauh ini dengan meskipun perlu bekerja seperti pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bagi mendapatkan pendapatan harian.

Dalam pada itu, Yasoda juga berterima kasih kepada pihak Grab mewujudkan pekerjaan dengan waktu yang fleksibel mengikut kemampuan setiap individu.

“Bila anak perlukan saya, saya boleh terus pulang dan pergi ke anak saya.”

Kisah beliau adalah contoh semangat juang malaysia yang sejati dan tidak pernah berputus asa, yang boleh dilihat di sekeliling kita. Percayalah, harapan ada di mana-mana, asalkan kita terus percaya dan usaha.

Calonkan ‘Hero’ Anda Dalam Grab Lejen 2022

Tak perlu ada ‘super power’ untuk seseorang itu bergelar adiwira. Dengan hati dan jiwa yang sanggup berkorban juga mampu menjadikan seseorang itu sebagai seorang ‘hero’. 

Kepada anda yang mempunyai kisah menarik bersama rakan pemandu dan penghantar Grab, boleh hantarkan pencalonan mereka untuk menjadikan kerjaya seseorang sebagai Grab lebih bermakna dengan diberikan anugerah Grab Lejen.

Pengguna Grab boleh menghantar pencalonan tersebut menerusi laman web https://grb.to/grablejen2022 sebelum 30 September 2022 .

Grab Lejen

Grab Lejen merupakan satu inisiatif tahunan daripada Grab Malaysia yang dilancarkan pada 26 November 2021 dengan bertujuan untuk memberi penghormatan dan ganjaran kepada pemandu dan rakan kongsi penghantaran yang sanggup berkhidmat melebihi tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia.

Bersempena dengan ulang tahun Grab ke-10, pencarian wira-wira hebat tahun ini akan dibuat sepenuhnya menerusi kisah benar yang cukup menyentuh hati pengguna Grab sendiri sebagai pencalonan. 

Pengguna Grab boleh menghantar pencalonan tersebut menerusi [LINK INI] mulai 19 Julai hingga 30 September 2022 dan mengundi “lejen” kegemaran mereka dengan kisah yang menyentuh hati bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2022.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.