fbpx
Now Reading
Sempena Hari Malaysia, Jom “Teroka” Jenama Lokal Terbaik
grab teroka

Sempena Hari Malaysia, Jom “Teroka” Jenama Lokal Terbaik

Tanpa disedari sebenarnya terdapat banyak produk lokal yang mempunyai kualiti setanding dengan produk antarabangsa dan bersempena dengan Hari Malaysia ini adalah masanya untuk ‘Teroka’ bersama Grab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat yang berbakat besar serta sanggup menempuh pelbagai cabaran demi mengecapi kejayaan yang seiring dengan matlamat mereka.

Meskipun menghadapi waktu yang sukar pada beberapa tahun kebelakangan ini dengan kadar inflasi yang melambung tinggi serta kesusahan disebabkan pandemik, beberapa wanita Malaysia ini tetap bersungguh-sungguh dalam perniagaanya serta menempuh cabaran mereka secara cekal.

Platform inovatif seperti Grab telah banyak memanfaatkan jenama lokal, dari segi memajukan perniagaan mereka dan menyediakan pengalaman pembayaran yang lebih sistematik kepada pelanggan.

Sehubungan itu, kami telah menemubual 4 wanita bagi mengetahui apa yang perlu dilakukan oleh mereka hingga menjadi usahawan tempatan berjaya.

Mengubah definisi ‘lokal’ dalam fesyen dan kecantikan

Foto: Hanya

Bagi pengasas bersama Hanya, Veen Dee Tan pengalaman bekerja dalam industri fesyen tempatan sebelum ini membantunya untuk membentuk visi jenamanya itu.

Malah Veen nekad mahu mencipta jenama yang boleh meletakkan industri fesyen Malaysia di mata dunia.

“Saya mahu rakyat Malaysia berbangga dengan pakaian tempatan,” kata Veen Dee.

Hanya berbangga menjadi jenama yang mewakili ‘conscious-fashion’ atau fesyen yang lebih mesra alam. Berdasarkan pengalamannya, Veen Dee mendapati terdapat banyak metrik yang perlu dipatuhi untuk menjadikan sesebuah jenama itu ‘lestari’.

Oleh itu, untuk mendidik rakan seangkatan serta orang ramai berhubung apa yang dimaksudkan sebagai lestari, Hanya mengambil langkah yang lebih waspada untuk memastikan mereka tidak mendakwa jenama itu sebagai sesuatu yang bukan daripadanya.

Tetapi itu tidak bermaksud Hanya tidak bergerak ke arah usaha untuk mewujudkan Bumi yang lebih hijau.

Ini kerana, mereka turut menggunakan 100% pembungkusan biodegradasi dan barangan kitar semula yang mempuyai kadar jualan yang rendah untuk mencipta sesuatu yang baharu.

Ia sekali gus dapat mengelakkan keperluan untuk melupuskan barangan ini tanpa merosakkan alam sekitar.

Ulu Soleil jenama lokal ke arah kelestarian

Foto: Ulu Soleil

Ulu Soleil adalah satu lagi jenama tempatan yang menuju ke arah kelestarian. Ia merupakan produk yang menggunakan 100% dari tumbuh-tumbuhan serta bebas daripada sebarang kekejaman terhadap haiwan.

Ulu Soleil merupakan produk yang baru diasaskan secara bersama oleh Sophia Khan dan suami, Dan Mclean pada November 2021.

Ketika kehamilannya Sophia telah mendapati bahawa mentega shea merupakan satu-satunya bahan yang berkesan dalam mengekalkan kulitnya sihat serta dapat mengurangkan kesan regangan kulit ketika mengandung.

Sehubungan itu, dia membuat keputusan untuk membuat satu produk balm badan yang diperbuat daripada mentega shea dan bahan aktif seperti retinol dan asid hyaluronik ke pasaran tempatan.

Balm badan tersebut turut didatangi dalam bentuk tiub yang menggunakan pembungkusan kertas 100%. Mentega shea berasal dari Afrika Barat, tetapi produk itu dikilangkan di negara ini.

“Terdapat persepsi dalam kalangan penduduk tempatan bahawa pembuatan produk di luar negara lebih murah atau lebih cekap. Tetapi sebenarnya, Malaysia sangat berkebolehan dalam hal pembuatan,” jelas pengasas Ulu Soleil itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut menerima maklum balas bahawa produk dan pembungkusan kelihatan seperti produk antarabangsa dan tidak seperti jenama Malaysia, walaupun kesemua pereka produk berkenaan merupakan rakyat Malaysia.

“Tetapi kenapa produk Malaysia tidak boleh kelihatan seperti ini? Mengapa produk Malaysia tidak boleh bersaing dengan produk Perancis? Rakat Malaysia boleh melakukannya. Kami benar-benar boleh bersaing di peringat antarabangsa,” kata Dan Mclean dan Sophia Khan.

Kulit selesa dengan Liberty Active

Foto: Liberty Active

Liberty Active adalah jenama pakaian sukan yang dimulakan oleh Becca Yap bersama dengan rakan dan bekas teman sekerjanya pada tahun 2017.

Ketika mencari pilihan pakaian activewear buat diri mereka sendiri, mereka mendapati kebanyakan jenama perintis mewakili pakaian itu dengan cara menjadikannya kelihatan seperti anda hanya boleh memakainya sekiranya anda aktif dalam bersukan.

Oleh itu, dengan berlatar belakangkan fesyen, mereka mula mencipta label sendiri dengan memperkasakan wanita dari pelbagai saiz di Malaysia dan menjadikannya satu pakaian yang boleh dipakai ke gim mahupun untuk berjalan.

Mereka merupakan salah satu jenama yang dapat memenuhi keperluan wanita daripada pelbagai jenis saiz badan.

“Kami mendapati bahawa kecergasan membawa komuniti bersama, terutamanya dalam kalangan wanita,” kata Becca Yap.

Mereka juga bekerjasama dengan Refuge For Refugees ketika pandemik dan menyalurkan sebahagian dari keuntungan kepada pihak tersebut.

Meskipun belum 100% ke arah kelestarian namun mereka tetap mengambil langkah positif dengan menggunakan pembungkusan yang boleh dikitar semula dan fabrik kitar semula.

Keselesaan pada kulit keutamaan Kissis

Foto: Kissis

Rasa selesa pada kulit sendiri merupakan sesuatu perkara yang diutamakan Kissis, iaitu sebuah jenama tempatan yang menjanjikan keselesaan kepada pelanggannya.

Kissis telah ditubuhkan pada 2017 oleh dua orang rakan, Yvonne dan Vivian yang memberi fokus kepada ‘fast fashion’.

Namun tidak lama kemudian mereka mendapati ia sukar untuk mengikuti trend serta menjadikan mereka hilang fokus kepada apa yang mahu diketengahkan oleh jenama tersebut.

Tetapi sikap matang mereka telah menjadikan jenama tersebut untuk terus mendapat tempat di hati penggunanya apabila mereka tampil dengan menghasilkan pakaian yang selesa untuk dipakai.

“Kehidupan kami telah berubah, jadi selera fesyen kami juga turut berubah, dan ia menjadi sebab kami memberikan tumpuan kepada T-shirt asas dalam pelbagai warna tetapi dibuat dengan kualiti hebat dan tahan lama,” kata Yvonne.

Pada awalnya, pakaian jenama ini hanya untuk wanita sahaja tetapi kini telah beralih apabila turut mempunyai pakaian kanak-kanak dan bakal melancarkan koleksi bagi lelaki pada bulan hadapan (Oktober).

Teroka semua produk tempatan dengan Grab

Bersempena dengan Hari Malaysia, kempen Teroka Grab akan mengetengahkan beberapa peniaga tempatan sebagai usaha untuk menggalakan rakyat Malaysia meneroka dan menyokong jenama lokal.

Malah anda turut berpeluang menikmati diskaun istimewa dari 9 September hingga 9 Oktober 2022 dengan menggunakan kod promosi ekslusif daripada Grab dan beli-belah daripada perniagaan lokal ini!

Setakat ini, 30-35% daripada pelanggan Hanya membeli daripada mereka dengan menggunakan GrabPay.

“Walaupun mereka sebuah syarikat besar, masih ada aspek manusia dan sentuhan peribadi yang saya sangat suka,” kata Sophia Khan, Pengasas Ulu Soleil.

Dapatkan diskaun 10% sehingga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM200 daripada peniaga tempatan ini dengan kod promo GPDEALSTEROKA.

Miliki GrabRewards apabila anda menggunakan GrabPay atau PayLater by Grab dan nikmati pelbagai baucar diskaun untuk ditebus.

Pengguna GrabUnlimited juga berpeluang memperoleh 1.5% GrabRewards di mana sahaja mereka berbelanja!

“Platform Grab sangat bagus untuk pelanggan kami kerana mereka bukan sahaja mendapat diskaun terus dari kedai kami, tetapi mereka juga mendapat faedah tambahan daripada Grab juga,” kata Yvonne, Pengasas bersama, Kissis.

PayLater dari Grab juga memberi kebebasan kepada pengguna dan flesibiliti untuk membayar dengan ciri yang menggalakkan tabiat berbelanja yang sihat.

“PayLater benar-benar membantu pelanggan meregangkan dompet mereka terutamanya semasa tempoh inflasi ini,” kata Veen Dee, Pengasas bersama, Hanya.

Untuk pilihan PayLater, gunakan kod promo PLDEALSTEROKA dan dapatkan diskaun 10% sehingga RM25, dengan perbelanjaan minimum RM250.

Lawati laman sesawang Grab untuk maklumat lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.