fbpx
Now Reading
Minum Kopi Dapat Mengurangkan Risiko Kematian Awal – Kajian
kopi boleh panjangkan umur

Minum Kopi Dapat Mengurangkan Risiko Kematian Awal – Kajian

Selain mempunyai rasa yang sedap kopi juga mempunyai manfaat yang tersendiri terhadap kesihatan antaranya dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2, masalah kardiovaskular serta risiko kematian dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secangkir kopi mungkin dapat membuatkan hari seseorang menjadi lebih mudah dan tenang terutama bagi penggemarnya.

Tidak dapat dinafikan, minuman seperti kopi mempunyai peminat yang tersendiri malah ada juga yang menyatakan dengan meminum kopi ia dapat memanjangkan jangka hayat seseorang individu.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut?

Terbaharu laman semak fakta, Malaysia Bersuara telah mengupas isu ini bagi membuktikan kebenaran perkara tersebut.

Individu minum 2-3 cawan kopi boleh memanjangkan umur seseorang

Menurut Sky New yang memetik pemerhatian yang dijalankan Diabetes Research Institute ke atas kohort UK Biobank, individu yang meminum dua ke tiga cawan kopi sehari boleh membantu seseorang mempunyai jangka hayat yang panjang.

Kopi serbuk dapat kurangkan risko kematian paling tinggi

Kajian berkenaan membuktikan bahawa kopi seperti serbuk kopi, kopi segera mahupun kopi tanpa kafein mempunyai kaitan dengan pengurangan penyakit jantung dan kematian.

Di antara ketiga-tiga jenis tersebut, mereka mendapati kopi serbuk dapat mengurangkan risiko kematian yang paling tinggi iaitu sebanyak 27%.

Manakala individu yang meminum tiga cawan kopi sehari pula mempunyai risiko kematian paling rendah.

Minum kopi dengan gula kurangkan kemungkinan mati awal

Foto: Freepik

Walau bagaimanapun, satu lagi kajian di Southern Medical University di Guangzhau, China yang juga menggunakan data dari UK Biobank, telah mendapati minum kopi dengan meletakkan gula di dalamnya dapat mengurangkan kemungkinan kematian sebanyak 31% berbanding mereka yang meminumnya tanpa gula iaitu sejumlah 21%.

Namun jumlah yang diletakkan ke dalam kopi tidak lah begitu banyak sebaliknya dengan purata satu sudu teh gula sahaja bagi setiap cawan kopi.

Selain itu, penyelidik turut mendapati pengambilan kopi pada kadar sederhana seperti 1.5 hingga 3.5 cawan sehari adalah lebih baik.

Minum kopi 1-8 cawan sehari tunjuk keputusan bertentangan

Satu lagi kajian yang turut menggunakan data yang sama mendapati pengambilan kopi 1 ke 8 cawan sehari atau lebih mempunyai hubungan yang bertentangan dengan kematian.

Menerusi kajian juga ia mendapati kesan pengambilan kopi dapat menurunkan kemungkinan kematian kepada seseorang yang memiliki kadar metabolisme kafein yang rendah atau tinggi.

Perkara ini turut terbukti apabila kajian yang dilakukan terhadap Multiethnic Cohort, seperti kumpulan minoriti di Afrika, Jepun, Latina dan orang Kaukasia apabila ia membuktikan bahawa minum kopi dapat menurunkan kadar kematian sebanyak 12%.

Peratus itu ditunjukkan bagi seseorang yang meminum secawan kopi sehari berbanding individu yang tidak mengambilnya.

Malah, mereka yang mengambil kopi lebih kurang 2 ke 3 cawan pula memiliki 18% kurang kebarangkalian mati.

Namun, dapatan kajian ini tidak terbukti kepada orang asal Hawaii.

Kebaikan kopi kepada kesihatan

Foto: Mali Maeder by Pexels

Selain mempunyai rasa yang sedap kopi juga mempunyai manfaat yang tersendiri terhadap kesihatan kepada yang mengamalnya seperti:

– Risiko kematian awal yang rendah kerana kewujudan 1,000 kompaun aktif di dalam kopi.

– Meningkatkan metabolisme glukosa dan sentiviti kepada insulin yang boleh membantu badan bagi proses gula secara efektif.

– Minum enam cawan kopi dapat mengurangkan risiko kepada diabetes jenis 2.

– Miliki kompaun antioksidan di mana ia dapat bantu melindung dan panjangkan jangka hayat seseorang.

– Dapat merendahkan risiko masalah kardiovaskular serta risiko kematian.

Terbukti dapat memanjangkan jangka hayat dengan minum kopi

Berdasarkan penyelidikan dan kajian yang dilakukan, selamat untuk kami katakan bahawa meminum kopi sememangnya dapat membantu dalam mengurangkan risiko kematian awal sekaligus memanjangkan jangka hayat seseorang.

Namun, bagi wanita yang mempunyai masalah tulang rapuh adalah tidak digalakkan untuk meminum kopi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.