fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi Sayur Terbaik Untuk Buah Pinggang Yang Rosak [Video]

Doktor Kongsi Sayur Terbaik Untuk Buah Pinggang Yang Rosak [Video]

Menurut doktor itu, kesemua jenis sayur di bawah kategori sayuran cruciferous adalah baik untuk buah pinggang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masyarakat hari ini masih ada yang kurang cakna dengan kepentingan penjagaan buah pinggang mereka.

Hal ini dibuktikan apabila Malaysian Dialysis and Transplantation Registry menerusi satu data pada bulan Mac melapokan terdapat 49,111 pesakit yang menjalani dialisis di negara ini dengan kebanyakan adalah secara hemodialisis, manakala selebihnya peritoneal dialisis.

Doktor kongsi jenis sayur baik untuk kesihatan buah pinggang

Susulan itu, seorang doktor kesihatan berkongsi di laman media sosial mengenai khasiat beberapa jenis sayuran yang baik untuk kesihatan buah pinggang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @drnoordinofficial, Dr Noordin Darus berkongsi simptom atau gejala sakit kerosakan buah pinggang dan jenis sayur yang baik untuk kesihatan tersebut.

@drnoordinofficial

SAYUR TERBAIK UTK BUAH PINGGANG YG ROSAK! #fyp #viral

♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose

Menurut Dr Noordin yang juga usahawan produk kesihatan itu, dia berharap agar orang ramai mengambil serius dengan perkongsiannya agar masalah kerosakan buah pinggang dapat dicegah lebih awal.

“Ada satu sayur yang bagus untuk buah pinggang yang dah ada toksik dan mula rosak, jangan nak tunggu sampai kena dialisis pula, belajar elok-elok okay,” katanya.

Simptom atau gejala sakit buah pinggang

Tambahnya, antara simptom atau gejala yang boleh dihadapi bagi individu yang mengalami masalah buah pinggang adalah seperti muka dan kaki mula bengkak, kegatalan di bahagian kulit, tekanan darah naik dan juga warna air kencing menjadi gelap serta berbuih.

Ujar Dr Noordin, kesemua jenis sayur di bawah kategori sayuran cruciferous adalah baik untuk buah pinggang.

Bagaimanapun, di antara kesemua jenis sayuran itu terdapat satu sayur yang terbaik iaitu pak choy atau sawi jepun.

Foto: Pexels

Untuk info, sayuran cruciferous adalah sayuran yang termasuk golongan tanaman Brassica. Sayuran jenis ini memilik kelopak yang khas seperti kubis.

Foto: Pexels

Pak choi atau kubis cina kaya nutrien penting

Berdasarkan pencarian kami di laman web Jiwa Sihat, sayur pak choi sememangnya kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Foto: Jiwa Sihat

Selain itu, sayur pak choi juga dipenuhi dengan dengan kandungan vitamin B seperti B1, B2, B3, B6 dan juga mineral tembaga.

Foto: Pexels

Diharapkan dengan perkongsian ini, masyarakat semakin sedar akan kepentingan mengambil pemakanan yang sihat agar kesihatan diri semakin terjaga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.