fbpx
Now Reading
Hentikan Predator Dalam Talian! Lindungi Anak-Anak Kita

Hentikan Predator Dalam Talian! Lindungi Anak-Anak Kita

Ibu bapa dan penjaga seharusnya mempunyai lebih kawalan dalam aktiviti dalam talian kanak-kanak terutamanya media sosial dan kandungan yang ditonton dalam talian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami


OLEH :
FORUM KANDUNGAN


Kita sedang berhadapan dengan sebuah isu yang cukup menekan: kenaikan kes eksploitasi seksual kanak-kanak yang semakin membimbangkan. Isu ini meragut zaman kanak-kanak daripada mangsa yang terlibat dan dalam pada masa yang sama, mampu menyebabkan trauma dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Isu ini boleh berlaku sama ada dalam sekelip mata atau beransur-ansur dalam sesebuah jangka masa. Kes eksploitasi seksual kanak-kanak merupakan salah satu bentuk penderaan kanak-kanak yang paling ekstrem, lazimnya berlaku apabila pemangsa atau pendera berjaya meraih kepercayaan seorang kanak-kanak yang kemudiannya dimanipulasi untuk berada dalam kawalan mereka menerusi ugutan, ancaman, atau keganasan yang mempunyai unsur-unsur seksual. Tindakan segera perlu diambil untuk menangani isu ini.

Baru-baru ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Siti Kamsiah Hassan telah mengeluarkan kenyataan bahawa hampir 60% mangsa keganasan seksual di Malaysia adalah terdiri daripada kanak-kanak. Data menunjukkan bahawa seramai 2,567 daripada 4,274 mangsa keganasan seksual pada tahun 2020 merangkumi jenayah rogol, rogol beramai-ramai, sumbang mahram, seks luar tabii dan pencabulan adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mendedahkan bahawa kes eksploitasi seksual kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan, apabila sebanyak 106,764 alamat Protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini  telah dikesan membuat perkongsian kandungan lucah membabitkan golongan itu dalam tempoh masa enam tahun sejak 2017 hingga Ogos 2022.

Baru-baru ini juga, seorang pelakon kanak-kanak tanah air telah berkongsi trauma silam beliau melibatkan bapanya yang didakwa telah mendera beliau dari aspek fizikal, mental dan seksual sejak beliau baru berusia lima tahun.[1] Namun, kes yang didedahkan ini hanyalah secebis daripada permasalahan yang lebih besar.

Meskipun terdapat peningkatan dalam kes-kes sedemikian, banyak kes yang tidak dilaporkan kerana kurangnya kesedaran mengenai isu ini. Lebih menyedihkan lagi apabila kebanyakan mangsa tidak tahu bagaimana caranya atau di mana mereka boleh mendapatkan pertolongan. Berikutan itu, isu ini sebenarnya adalah lebih besar dan melangkaui jumlah kes yang telah dilaporkan.

Sebagai sambungan kepada isu eksploitasi seksual kanak-kanak, eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak (OSCEA) ialah sebuah isu yang perlu diberikan perhatian segera. Seiring dengan peningkatan kebergantungan kanak-kanak dan remaja terhadap Internet, risiko OSCEA untuk menjadi sebuah isu yang semakin membarah juga semakin meningkat.

Baru-baru ini juga, seorang pelakon kanak-kanak tanah air telah berkongsi trauma silam beliau melibatkan bapanya yang didakwa telah mendera beliau dari aspek fizikal, mental dan seksual sejak beliau baru berusia lima tahun.[1] Namun, kes yang didedahkan ini hanyalah secebis daripada permasalahan yang lebih besar.

Meskipun terdapat peningkatan dalam kes-kes sedemikian, banyak kes yang tidak dilaporkan kerana kurangnya kesedaran mengenai isu ini. Lebih menyedihkan lagi apabila kebanyakan mangsa tidak tahu bagaimana caranya atau di mana mereka boleh mendapatkan pertolongan. Berikutan itu, isu ini sebenarnya adalah lebih besar dan melangkaui jumlah kes yang telah dilaporkan.

Sebagai sambungan kepada isu eksploitasi seksual kanak-kanak, eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak (OSCEA) ialah sebuah isu yang perlu diberikan perhatian segera. Seiring dengan peningkatan kebergantungan kanak-kanak dan remaja terhadap Internet, risiko OSCEA untuk menjadi sebuah isu yang semakin membarah juga semakin meningkat.

Kesedaran mengenai aktiviti kanak-kanak dalam talian perlu diberikan penekanan

Ibu bapa dan penjaga seharusnya mempunyai lebih kawalan dalam aktiviti dalam talian kanak-kanak, terutama sekali melibatkan akaun-akaun media sosial dan kandungan yang ditonton dalam talian. Menurut Tinjauan Pendapat Sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kawalan ibu bapa ke atas penggunaan Internet anak-anak telah menurun dari 62.5% pada tahun 2018 ke 53.3% pada tahun 2020.[1]

Kebergantungan ke atas sistem kawalan ibu bapa berkemungkinan tidak lagi berkesan memandangkan pemangsa dalam talian sering menggunakan pelbagai langkah baharu untuk berhubung dengan golongan kanak-kanak yang naif dan perlu dilindungi. Ibu bapa perlu mengenali tanda-tanda CSE dan OSCEA dan mengambil tindakan segera untuk membantu anak-anak mereka mengenal pasti ancaman-ancaman berbahaya dan dalam masa yang sama menapis kandungan-kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Antara tanda-tanda seorang kanak-kanak yang sedang berdepan dengan CSE ialah perubahan tingkah laku dan perubahan mood. Di samping itu, tanda-tanda fizikal seperti lebam, kesan pada tubuh badan, trauma, ketidakstabilan mental, dan keterlibatan dengan tingkah laku seksual yang tidak sepatutnya juga boleh menjadi tanda-tanda mangsa telah terdedah kepada CSE.

Ibu bapa juga seharusnya mendidik anak-anak mereka mengenai risiko perbuatan mendedahkan maklumat peribadi dalam talian, terutama sekali berkaitan dengan lokasi keberadaan, alamat rumah, butiran peribadi dan seumpamanya.

Pendidikan buat kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran mampu memacu perubahan

Sekolah dan insititusi pendidikan seharusnya mendidik kanak-kanak mengenai hak dan batas yang wajar mereka amalkan. Setiap sekolah seharusnya menyediakan kurikulum literasi digital yang sesuai untuk kanak-kanak supaya mereka boleh didik untuk kekal selamat daripada gangguan pemangsa dalam talian.

Antara langkah lain untuk melindungi anak-anak mereka daripada pemangsa dalam talian ialah kawalan kandungan dalam talian, dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) yang boleh memainkan peranan penting dalam hal ini. Kod Kandungan ialah sebuah garis panduan yang menggariskan amalan terbaik dan piawaian beretika untuk penciptaan kandungan, termasuklah kandungan untuk kanak-kanak.

Kod Kandungan mempunyai sebuah peruntukan mengenai Kandungan Lucah yang mendukung keselamatan kanak-kanak, terutamanya dalam ruangan dalam talian. Peruntukan ini merangkumi penghinaan seksual dan pornografi kanak-kanak, di mana adanya terdapat penayangan bahagian tubuh badan seseorang kanak-kanak dalam konteks seksual.

Dengan berpandukan Kod ini, pencipta dan pengguna kandungan tidak kira tua atau pun muda, digalakkan untuk mengamalkan kawal selia kendiri dan mengenal pasti kandungan yang berbahaya dan kandungan yang selamat.

Lindungi anak-anak kita

Banyak lagi yang harus kita lakukan untuk menjamin keselamatan anak-anak kita. Misalnya, sebuah platform mesra pengguna perlu diwujudkan untuk melaporkan sebarang pornografi kanak-kanak dalam talian atau CSE, terutama sekali yang boleh melindungi kerahsiaan identiti mangsa.

Lebih banyak saluran untuk sokongan perlu diwujudkan untuk membolehkan mangsa tampil dan melaporkan pengalaman mereka tanpa sebarang lapisan yang berlebihan mahupun pandangan serong. Selain itu juga, kita perlukan kesedaran mengenai keibubapaan digital yang lebih tinggi untuk mempersiapkan dan membekalkan ibu bapa dengan peralatan dan ilmu pengetahuan yang tepat untuk melindungi keselamatan anak-anak mereka.

Baik ibu bapa, badan-badan kerajaan, organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO), mahupun orang ramai, kesemuanya mempunyai peranan yang tersendiri untuk melindungi anak-anak kita daripada pemangsa dalam talian dan kandungan tak tersirat atau kandungan yang tidak sesuai.

Malah, sesiapa sahaja boleh membantu kanak-kanak yang didera secara seksual dengan melaporkan kes-kes sedemikian kepada pihak polis, mendapatkan bantuan daripada hospital kerajaan, mahu pun Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apabila berkomunikasi dengan seseorang kanak-kanak yang telah melalui penderaan seksual, tanamkan rasa sabar dan gunakan laras bahasa yang boleh difahami kanak-kanak. Beri ruang untuk mereka berasa selesa dan yakinkan mereka bahawa mereka tidak bersalah atas pengalaman yang mereka lalui. Biarkan mereka bercerita mengikut keselesaan mereka dan jangan desak mereka berulang kali untuk memberikan maklumat lanjut.

Penting untuk kes-kes sebegini dirujuk kepada para pengamal profesional yang berpengalaman dan berkemampuan untuk mengendalikan isu-isu sebegini. Para pengamal pofesional seperti pekerja sosial, kaunselor, dan pengamal pendidikan profesional memiliki kemahiran dan kepakaran untuk campur tangan dalam kes-kes penderaan kanak-kanak.

Misi untuk menjadikan Malaysia lebih selamat dan lebih baik untuk generasi masa hadapan bermula dengan kita, jadi marilah kita berganding bahu untuk menghentikan kemelut CSE dan OCSEA.

Untuk maklumat lanjut mengenai Forum Kandungan atau Kod Kandungan, sila layari www.contentforum.my.www.contentforum.my


Mengenai Forum Kandungan

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) adalah organisasi industri kawal sedia kendiri yang bebas dan didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan ditetapkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (CMA’98) untuk menyelia dan mempromosikan kandungan kawal selia kendiri melalui medium rangkaian elektronik.

Forum Kandungan terdiri daripada pemain utama industri kandungan, sebagai contoh, pengiklan, penyiaran, pencipta/pengedar kandungan, penyedia perkhidmatan hos teks audio, penyedia perkhidmatan internet dan pertubuhan sivil.

Ia bertujuan memudahkan kawal selia kendiri, yang menyediakan lapisan tambahan perlindungan pengguna yang melengkapkan rangka kerja undang-undang. Forum Kandungan komited untuk mentadbir dan mempromosikan penciptaan, pengedaran dan penggunaan kandungan rangkaian elektronik.

Sebagai badan kawan selia kendiri industri, Forum Kandungan terdiri daripada ahli penting industri komunikasi dan kandungan multimedia, termasuk penyiaran, pengiklanan, pencipta kandungan, penyedia perkhidmatan internet dan pertubuhan sivil. Reprentasi pengamal industri yang dinamik dan mantap ini akan memastikan piawaian kandungan terus dibangunkan secara objektif bagi mewujudkan medan permainan yang sama dalam industri.

Forum Kandungan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan). Kod Kandungan disediakan oleh Forum Kandungan yang didaftarkan buat pertama kalinya dengan MCMC pada 1 September 2004. Kod Kandungan adalah sumber utama bagi kawal selia kendiri industri kerana ia mengandungi piawaian pentadbiran dan amalan terbaik untuk penyebaran maklumat di kalangan industri komunikasi dan multimedia Malaysia. Objektif utama Kod Kandungan adalah untuk menggariskan prosedur kawal selia kendiri yang menyediakan landasan untuk kreativiti, innovasi dan pertumbuhan sihat untuk industri yang berkembang pesat.

Forum Kandungan menempatkan Biro Aduan yang diperkasa bagi menangani semua aduan membabitkan kandungan yang disebarkan melalui rangkaian elektronik. Biro aduan diperkasa untuk menyiasat sebarang pelanggaran Kod Kandungan, menjadi pengantara bagi sebarang pertikaian, mengadili kes, mengeluarkan perintah dan mengenakan sekatan sekiranya perlu. Biro aduan menerima aduan daripada pemain industei dan orang awam. Selain itu, ia turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada mana-mana pihak yang memerlukan bimbingan dalam hal membabitkan kandungan elektronik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.