fbpx
Now Reading
Gamuda Land Umum Pembukaan Taman Tema Air SplashMania Januari Tahun Depan
SplashMania

Gamuda Land Umum Pembukaan Taman Tema Air SplashMania Januari Tahun Depan

SplashMania bakal dibuka di perbandaran Gamuda Cove pada minggu kedua bulan Januari 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taman tema air merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan ibu ayah yang ingin membawa anak-anak mereka berseronok terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Di Malaysia pun terdapat pelbagai pilihan taman tema yang boleh dikunjungi.

Tapi kalau anda sudah pernah mencuba kesemua taman tema yang ada di Malaysia, berita baik untuk anda kerana tahun depan iaitu pada pertengahan bulan Januari, Gamuda Land bakal membuka taman tema air baharu mereka yang dikenali sebagai SplashMania Waterpark!

SplashMania Waterpark, Gamuda Cove

Menurut Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune, taman tema air seluas 18 ekar itu akan menyediakan 24 gelongsor air yang pastinya mendebarkan pengunjung dan 15 tarikan utama dengan beberapa daripadanya adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia termasuk kawasan perairan realiti maya (VR Waterslide).

Pembukaan Taman Air SplashMania ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk dari Gamuda Cove, tetapi komuniti sekitarnya dan Malaysia secara amnya dengan unjuran pengunjung tahunan sebanyak 800,000 orang.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune.

Tambah Wai lagi, SplashMania Waterpark akan membolehkan pihak Gamuda Land untuk menjangkau peluang ekopelancongan yang masih belum diterokai di Lembah Klang Selatan, selaras dengan rancangan Tourism Selangor.


Lokasi SplashMania Waterpark Yang Strategik

Lokasi Gamuda Cove adalah begitu strategik iaitu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta jaraknya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Ia sekaligus menjadikan tempat ini sebagai lokasi yang mudah untuk diakses oleh para pelancong tempatan, mahupun luar negara.

Gamuda Cove juga terletak di antara Paya Indah Discovery Wetlands yang subur dan Hutan Simpan Kuala Langat.

Mendapat inspirasi daripada persekitarannya, SplashMania akan dinaungi oleh lebih 1,500 jenis pokok termasuk spesies pokok asli dan terancam.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune.

“Nature Meets Fun!”

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah dalam masa yang sama turut berkata, ‘Where Nature Meets Fun’ membentuk intipati Taman Air SplashMania.

Dengan mengambil kira persekitaran semula jadi taman air dan kawasan tanah lembap di sekitarnya, kami memastikan bahawa kami mendedikasikan 70% taman air ini bagi kawasan hijau. Tunggangan dan gelongsor di SplashMania direka oleh Polin Waterparks dan ProSlide Technology yang juga pembangun gelongsor dengan teknologi luar biasa dan rekod keselamatan yang inovatif serta dipercayai.

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah.

Shaka Waka; Gelongsor Air Multimedia & Audio Di Malaysia Sepanjang 78 Meter Turut Diperkenalkan

Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda Land, Sanjay Nadarajah ketika berucap pada Majlis Pratonton Taman Tema Air SplashMania pada 30 November lalu.
(Sumber: Nur Farahin/TRP)

Lebih menarik, anda juga boleh berhibur dengan gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi pelbagai kesan cahaya LED yang diberi nama ‘Shaka Waka’.

Bukan setakat itu sahaja, pengunjung juga akan turut disediakan dengan Atlantis VR iaitu pengalaman dengan penutup kepala VR yang dapat memberikan bayangan seolah-olah anda berada di dunia yang sama sekali berbeza semasa mereka memulakan perjalanan maya 250 meter melalui Lost City of Atlantis.

(Sumber: Nur Farahin/TRP)

Maskot SplashMania Waterpark

Pihak Gamuda Land juga memaklumkan bahawa akan ada empat karakter maskot di taman tema air berkenaan yang dikenali sebagai Max, Swaggy B, Omba’ king, dan Zoomi.

Keempat-empat maskot ini mempunyai karakter yang berbeza dan semestinya bakal menghiburkan para pengunjung di SplashMania Waterpark!

(Sumber: Nur Farahin/TRP)

GL Play Diperkenalkan Untuk Memudahkan Pelanggan Membeli Tiket, Menavigasi Peta dan Membeli Makanan Tanpa Perlu Beratur

Gamuda Land juga bakal memperkenalkan aplikasi mudah alih GL Play apabila taman tema air dibuka sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan taman untuk menawarkan kemudahan kepada pengunjung.

Menerusi aplikasi itu, anda akan dapat membeli tiket mereka lebih awal melalui platform tempahan aplikasi.

Ia juga akan memudahkan urusan anda untuk menavigasi kemudahan di SplashMania Waterpark menggunakan ciri peta taman dan memesan makanan serta minuman mereka tanpa perlu beratur.


Gamuda Cove: Smart City

Dilancarkan pada 2018, Gamuda Cove merentasi 1,530 ekar perbandaran yang dirancang dengan teliti. Perbandaran ini juga menghimpunkan tarikan semula jadi seperti Paya Indah Discovery Wetlands, pengembaraan luar seperti Goosebumps Rope Course dan Cove Aerobar di Discovery Park.

Penambahan Taman Air SplashMania juga akan meningkatkan lagi kemeriahan Gamuda Cove.

Artikel Berkaitan: Gamuda Cove Lancar ‘Goosebumps Rope Course’ Pertama Di Malaysia. Gugur Jantung Oi!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.