Kerjasama tiket.com & Antis Tawar Percutian Bebas Covid Buat Pelancong Indonesia Yang Ingin Ke Malaysia
Menerusi program ini, tiket.com dan Antis akan memastikan para pelanggan dapat menikmati percutian yang selesa walaupun di era pandemik dengan menyediakan kit penjagaan diri, yang boleh menjadi penyelesaian sehenti untuk kesihatan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
tiket.com, agensi pelancongan dalam talian (OTA) yang paling pesat berkembang di Indonesia, telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Sanitizer No 1 Indonesia, Antis dengan menawarkan program “Safer Vacations with tiket.com x Antis”.
Program ini ditawarkan kepada rakyat Indonesia yang ingin melancong ke Malaysia dan negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand dan Vietnam.
Menerusi program ini, tiket.com dan Antis akan memastikan para pelanggan dapat menikmati percutian yang selesa walaupun di era pandemik dengan menyediakan kit penjagaan diri, yang boleh menjadi penyelesaian sehenti untuk kesihatan mereka.
Kit yang disediakan secara percuma untuk setiap pelanggan yang menempah penginapan hotel melalui tiket.com akan diedarkan semasa daftar masuk di hotel masing-masing.
Perjalanan Selamat Pasca Pandemik
Secara ringkasnya, Antis adalah produk keluaran Enesis Group yang telah ditubuhkan pada 1988.
Menurut Ketua Pemasaran Enesis Group Awin Sirait, ini bukanlah kerjasama pertama di antara tiket.com dan Antis, sebaliknya mereka sudah beberapa kali mengadakan usaha sama dalam memberikan perlindungan tambahan kepada pelanggan.
“Kami melihat ada peningkatan trend orang yang melancong di dalam dan di luar negara, jadi kami memperluaskan kerjasama ini ke negara-negara sekitar Indonesia yang sering dikunjungi pelancong domestik.”
Kata Ketua Pemasaran Enesis Group, Awin Sirait pada majlis pelancaran yang diadakan pada Jumaat (2 Disember) di M Resort & Hotel Kuala Lumpur.
Jelasnya, peningkatan jumlah orang yang ingin mengembara adalah baik untuk pemulihan ekonomi dan pelancongan, jadi ia mesti disokong dan pada sama mempertimbangkan kesihatan pelanggan untuk mengelakkan berlakunya peningkatan kes.
Tambah Awin lagi, produk pembersih tangan Antis yang terkenal berkesan membunuh 99% kuman dalam 4 saat juga antara barangan yang terdapat di dalam kit penjagaan diri itu.
Malah ujian secara klinikan telah membuktikan produk antis berkesan dalam membunuh kuman (Cirit, Typhus, Salmonella, E. Coli, dan Selesema) mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Populariti Malaysia bertambah di kalangan pelancong dari Indonesia
Sementara itu, Sara Elorza Susanto, Penolong Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa tiket.com yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian kepada trend dan keperluan masyarakat dari segi perjalanan dan pelancongan.
Jelasnya, seiring dengan situasi pandemik yang semakin baik serta pembukaan semuka laluan ke pelbagai negara, minat rakyat Indonesia untuk bercuti ke luar negara semakin meningkat dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam menjadi destinasi kegemaran mereka.
“Kami di tiket.com sentiasa berusaha memberikan lebih banyak manfaat buat pelanggan kami. Kerjasama dengan Antis bertujuan untuk menambahkan rasa selamat dan selesa ketika menikmati percutian khususnya di luar negara.”
Penolong Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa tiket.com, Sara Elorza Susanto
Tambah Sara lagi, kewujudan program itu dijangka meningkatkan awareness tentang jenama tiket.com dan Antis di kalangan hotel antarabangsa.
Difahamkan kerjasama antara Antis dan tiket.com sudah bermula sejak awal pandemik. Ini termasuklah kempen TIKETCLEANxANTIS dan Program Ganjaran Long Stay & VACcation.
tiket.com ialah pelopor OTA di Indonesia yang menjadi pilihan terbaik pengguna untuk mendapatkan tawaran hotel murah di bandar-bandar popular.
Antis pula selain menghasilkan sanitizer, turut terkenal sebagai perusahaan pertama yang menghasilkan losyen penghalau nyamuk di Indonesia yang dikenali sebagai Sar (kini Soffell), dan kini merupakan peneraju dalam pasaran losyen penghalau nyamuk di Asia dan Timur Tengah.