fbpx

Peminat Tegar MR.DIY Sejak Berusia 3 Tahun, Kanak-kanak Ini Dapat Kejutan Tak Disangka!

Adik Aslam yang berusia 6 tahun dikatakan telah meminati kedai MR.DIY sejak berusia 3 tahun lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ulang tahun merupakan hari istimewa yang disambut oleh setiap peringkat umur tanpa mengira muda atau tua kerana ia adalah hari bermakna buat seseorang. Meskipun hari tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, namun amat bermakna dan membahagiakan.

Bercakap tentang kebahagiaan pula, seseorang itu akan merasakan bahagia dengan adanya perasaan gembira dan kepuasan.

Walaupun kebahagiaan itu mempunyai banyak definisi berbeza oleh setiap orang, ia sering digambarkan sebagai emosi positif serta kepuasan dalam sesuatu perkara.


Bahagia Itu Simple, Seperti Apa Yang Dicari Oleh Kanak-kanak Ini…

Adik Aslam iaitu seorang kanak-kanak Austistik berusia 6 tahun baru-baru ini telah diberikan kejutan oleh team MR.DIY sempena dengan ulang tahun kelahirannya. Si cilik ini difahamkan telah meminati MR.DIY sejak berusia 3 tahun lagi.

Aslam juga dikatakan sering meminta ibu ataupun nenek untuk membawanya ke pusat membeli-belah berdekatan yang memiliki cawangan MR.DIY pada setiap hari sehingga perkara itu dijadikan rutin mereka bersama.

Apa yang lebih terharu, setiap kali berada di MR.DIY, Aslam akan berasa gembira dan teruja dengan setiap barangan yang ada di sana, terutama sekali apabila melihat poster/banner/bunting, dan visual kartun MR.DIY.

Apa yang ingin dikatakan di sini adalah Aslam hanya menginginkan perkara yang begitu simple untuk mencari kebahagiaannya sendiri, meskipun hanya dengan berkunjung ke cawangan MR.DIY.

Aslam juga akan meluangkan masa yang ada untuk berjalan-jalan dan pusing di dalam MR.DIY. Kadangkala, Aslam hanya akan tenung setiap barangan yang ada – tanpa keinginan untuk membeli apa-apa.


Pihak MR DIY Berbesar Hati Untuk Mengajurkan Kejutan Sempena Ulang Tahun Adik Aslam

Kunjungan adik Aslam ke cawangan MR.DIY setiap hari membuatkan nenek kepada Aslam iaitu Mahani Hussein membuat keputusan untuk menghantar e-mel kepada pihak MR.DIY sendiri dengan permintaan supaya pihak mereka dapat memberikan poster/bunting/sticker MR.DIY khas sempena hari ulang tahun cucunya itu tidak lama lagi.

Permintaan nenek Adik Aslam ternyata disambut dengan positif oleh pihak MR.DIY. E-mel menyentuh hati yang dihantar oleh wanita berkenaan akhirnya memberikan idea buat pihak MR.DIY untuk merancang kejutan buat si cilik itu.

Pihak MR.DIY akhirnya menghubungi ibu Aslam, Hazlin Aminudin dan memberi cadangan untuk menganjurkan kejutan buat Aslam – dengan bantuan ahli keluarganya. Memandangkan Hazlin memaklumkan bahawa hari ulang tahun Aslam akan tiba tidak lama lagi, kejutan tersebut telah bertukar kepada sambutan hari jadi di rumah Aslam sendiri.

Setibanya hari yang dinanti-nanti, adik Aslam bersama ibu dan neneknya seperti biasa akan keluar melakukan ‘rutin’ iaitu mengunjungi MR.DIY. Tetapi kali ini, MR.DIY meletakkan maskot Encik Panda untuk menunggu kedatangan adik Aslam.

Lepas berjumpa, siap main teka-teki. Comel sungguh.

Apa yang lebih menyentuh hati, adik Aslam pada ketika itu langsung tidak mengetahui bahawa Encik Panda itu sebenarnya menanti-nanti kehadiran Aslam dan ditugaskan untuk menghiburkan Aslam di hari ulang tahunnya.

Ekspresi muka adik Aslam pada ketika itu tidak boleh dijelaskan, dia nampak begitu terkejut dan seronok berlari-lari di kedai tersebut sambil memegang tangan Encik Panda, siap boleh main puzzle bersama.


Team MR DIY ‘Set Up’ Kejutan Di Rumah Aslam

Sementara itu, di lokasi berasingan iaitu rumah adik Aslam, team MR.DIY memasang bunting, poster, hiasan serta mainan di dalam bilik Aslam sebelum dia pulang ke rumah. Setibanya Aslam di rumah, dia dikejutkan dengan pemberian kek serta nyanyian lagu hari jadi buatnya.

Saat ini, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan di bibir, hanya perasaan dapat menggambarkan segalanya.

P.S: Kami yang tengok video adik Aslam pun rasa ingin menitiskan air mata. :’)

Team MR DIY yang telah menjayakan kejutan ulang tahun buat adik Aslam.

Keluarga Adik Aslam Luah Rasa Syukur Di Atas Inisiatif Yang Dilakukan Oleh MR DIY

Inisiatif yang diberikan oleh pihak MR.DIY ini sedikit sebanyak telah memberi senyuman kegembiraan buat adik Aslam. Anak  istimewa ini dikatakan terlampau sayang dengan setiap barangan MR.DIY yang diberikan pada hari ulang tahunnya sehingga dia membawanya ke mana-mana.

Malah, baju jenis t-shirt MR.DIY yang diberikan juga ingin dipakai olehnya pada setiap masa sehinggakan ibu Aslam terpaksa menyorokkan baju berkenaan. Di situ, kita dapat melihat betapa setiap perkara yang dilakukan sangat bermakna dan telah melakar memori baharu dalam kehidupan kanak-kanak ini.

Tangkap layar mesej oleh ibu Aslam, Hazlin.

Saya ingin memberitahu betapa bahagia dan gembiranya Aslam, semalam dan hari ini. Saya rasa dia mungkin sedikit malu dan terharu dengan orang ramai pada ketika itu, tetapi selepas semua orang beredar, dia bangun dari tidur dan menghabiskan masanya di dalam bilik bermain dengan permainan yang dihadiahkan buatnya. Paling dia suka sekali adalah baju t-shirt.

Hazlin, ibu kepada Aslam.

Kebahagiaan sememangnya lebih indah untuk diraikan bersama yang tersayang.

Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan untuk membahagiakan seseorang, paling utama sekali yang perlu diterapkan di dalam hati adalah keikhlasan dalam melakukannya untuk melihat seseorang itu bahagia dengan cara apa sekalipun.


MR DIY Adalah ‘Happy Place’ Buat Adik Aslam

Umum sedia maklum, MR.DIY merupakan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia. Sehingga kini, rata-rata pelanggan akan mengunjungi cawangan MR.DIY untuk mendapatkan barangan keperluan.

Sebut sahaja apa jenis barangan, semuanya ada di sana.

“Always Low Prices” menjadi tagline MR.DIY yang membuatkan ramai orang menggemari kedai ini dan akan mengunjunginya hampir setiap waktu.

Bagi adik Aslam pula, MR.DIY adalah ‘Happy Place’ buat dirinya. Ia merupakan tempat dia mencari kebahagiaan yang diinginkan sebagai seorang kanak-kanak. Dan sudah tentunya, inisiatif yang dilakukan oleh MR.DIY terhadap adik Aslam sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.

Alhamdulillah. Semoga memori indah ini akan segar diingatan adik Aslam selamanya.

Untuk menonton video penuh Hari Ulang Tahun Adik Aslam, boleh KLIK SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.