AirAsia Tawar Diskaun 23% Untuk Semua Tempat Duduk & Penerbangan
Antara destinasi terlibat adalah Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok, Taipei, Tokyo, New Delhi, Gold Coast, Auckland serta banyak lagi merangkumi penerbangan AK, FD, D7, XJ.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sempena menyambut kemeriahan tahun baru 2023, AirAsia menawarkan jualan diskaun 23% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan selama seminggu mulai semalam, 9 Januari hingga 15 Januari 2023.
AirAsia dalam satu kenyataan berkata, tawaran ini tersedia untuk tempoh perjalanan dari 1 Februari hingga 27 September 2023.
Menurut AirAsia, antara destinasi terlibat adalah Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok, Taipei, Tokyo, New Delhi, Gold Coast, Auckland serta banyak lagi merangkumi penerbangan dengan kod AK, FD, D7, XJ.
Tempoh promosi: 9 Januari – 15 Januari 2023 Tempoh penerbangan : 1 Februari – 27 September 2023
Namun tawaran promosi ini tidak sah untuk laluan Indonesia (kod QZ).
Tambah AirAsia, tambang juga tidak termasuk cukai dan caj lain.
Untuk membuat tempahan penerbangan, anda hanya perlu mengklik ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau layari www.airasia.com.