CU Kolaborasi Bersama Fazley Yaakob, Perkenal 5 Makanan Citarasa Malaysia!

Sebut sahaja tentang CU pasti anda sudah terbayang pelbagai aneka makanan dan minuman yang disediakan oleh kedai serbaneka Korea ini.

Sesuai dengan tempat asalnya, CU sering menjadi pilihan penggemar makanan Korea dan antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah, Gimbap & Samgak Gimbap, Tteokbokki, Bingsu & Ais Krim Softserve serta banyak lagi.

Terbaharu, CU telah berkolaborasi bersama cef selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob dengan memperkenalkan lima jenis hidangan makanan yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

CU hanya untuk pengemar makanan Korea? Say no more kerana lima jenis makanan ini pasti akan membuatkan anda terigau-igau dengan keenakan dan keunikan rasanya.

#1 Laksa Negeri Sembilan

Foto: Afifa (BuzzKini)

Seperti yang diketahui umum, Fazley Yaakob merupakan anak jati Negeri Sembilan. Oleh itu, beliau telah memberi satu variasi baru dengan menghasilkan Laksa dari Negeri Sembilan dengan gabungan rasa lontong dan juga sambal minang.

Rasa yang pedas dan berlemak pasti membuatkan pengemar makanan pedas di luar sana wajib rasa makanan ini di CU.

Laksa ini turut dihidangkan bersama tempe, sayur fucuk, tauhu pok, udang, sambal minang dan juga telur.

#2 Sandwich Daging Lemak Cili Api Bersama Telur Mayonis

Foto: Afifa (BuzzKini)

Kebiasaannya kita hanya selalu mendengar sandwich telur bersama mayonis dan ia juga menjadi kegemaran seisi keluarga pada setiap waktu.

Namun gabungan Daging masak Lemak Cili Api bersama Telur Mayonis memberikan satu rasa yang baharu kepada makanan tersebut terutama apabila ia dimakan ketika panas.

Anda dapat rasakan kelembutan roti bersama daging yang lembut.

#3 Nasi Goreng Yuan Yang Bersama Ayam Rumpai Laut

Foto: Afifa (BuzzKini)

Menurut Fazley, nasi goreng Yuan Yang ini dicipta berdasarkan cerita zaman dahulu berkenaan kisah percintaan seekor mandarin duck (itik) yang setia menanti cinta hatinya sehingga mati.

Malah nasi goreng ini turut mengabungkan sedikit elemen Korea dan juga Malaysia iaitu ayam rumpai laut yang dimakan bersama nasi goreng dan popia.

#4 Roti Bun Bandung Strawberri

Foto: Afifa (BuzzKini)

Air sirap bandung merupakan minuman yang terkenal dengan rasa segar dan lemak manisnya terutama jika ia dimakan bersama hidangan makanan kegemaran anda.

Namun anda mungkin tidak pernah membayangkan sekiranya ia dijadikan sebagai makanan iaitu roti bun yang bukan hanya akan membuatkan anda jatuh cinta pada rasanya malah seperti diawang-awangan.

Sedikit tips dari Datuk Fazley ketika menikmati roti ini pastikan anda berada pada suasana yang dingin seperti berdekatan penghawa dingin dan rasainya sambil menutup mata dan anda akan rasa keunikan Roti Bun Bandung Strawberri yang sangat lembut.

#5 Gimbap Nasi Lemak Ikan Bersama Sambal Oren

Foto: Afifa (BuzzKini)

Nasi lemak merupakan makanan yang sangat sinonim dengan Malaysia, malah ia juga adalah salah satu makanan kegemaran bagi setiap peringkat umur.

Oleh itu, Fazley mahu memberikan sedikit kelainan yang unik apabila mengabungkan rasa oren di dalam nasi lemak bersempena dengan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina pada baru-baru ini.

Malah apa yang lebih menarik, kebiasaanya nasi lemak di makan bersama dengan ayam atau daging tetapi untuk meraikan rasa unik beliau menggunakan ikan sebagai protein kepada hidangan ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

16 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

17 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

18 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

19 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

21 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

21 hours ago