fbpx
Now Reading
LEGO Friends Perkenal 8 Karakter Baharu, Dari Pelbagai Warna Kulit Hingga Kelainan Upaya

LEGO Friends Perkenal 8 Karakter Baharu, Dari Pelbagai Warna Kulit Hingga Kelainan Upaya

Berserta dengan pelancaran karakter tersebut, LEGO turut memperkenalkan lapan set permainan baharu yang akan menemani kanak-kanak dalam pengembaraan role play mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

LEGO Group meraikan kepelbagaian masyarakat dan persahabatan dalam dunia moden
dengan memperkenalkan lapan karakter LEGO® Friends baharu dari pelbagai latar belakang yang berbeza.

Tujuan utama mereka adalah untuk membolehkan lebih ramai kanak-kanak dari pelbagai latar belakang diberi perhatian dan diwakili semasa bermain.

Dunia Lego Friends Yang Digambarkan (Re-imagined) Semula

Dunia LEGO Friends serba baharu dengan kepelbagaian karakter ini adalah hasil dapatan sewaktu LEGO® Play Well Study 2022 yang melibatkan 32,781 ibu bapa and 24,593 kanak-kanak di mana terdapat keinginan yang luar biasa agar ada lebih banyak wakil kanak-kanak dalam permainan.

97% ibu bapa percaya adalah penting untuk membincangkan keunikan keperibadian antara kita semua, dengan 85% daripada mereka bersetuju bahawa permainan dan mainan boleh memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak memahami tentang kepelbagaian.

Peminat LEGO kini boleh mengharapkan watak baharu dengan pelbagai warna kulit, budaya, ketidakupayaan secara fizikal dan juga bukan fizikal, termasuk perbezaan anggota badan selain Sindrom Down, Anxiety, Vitiligo serta seekor anjing dengan kerusi roda.

Selain itu ia juga bertujuan untuk membantu kanak-kanak agar menjadi seorang sahabat yang lebih baik kepada diri sendiri dan orang lain dengan menawarkan perkembangan emosi dan sosial melalui bermain.

Sebagai sebahagian daripada jalan ceritanya, watak-watak akan berusaha untuk mengatasi cabaran moden yang mereka hadapi, rasa ghairah halangan dan perbezaan, semuanya semasa cuba mewujudkan persahabatan.

“Melalui penambahan baharu ke dalam dunia LEGO Friends, kami bukan sekadar berhasrat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membentuk persahabatan yang pelbagai dan mendalam tetapi agar mereka berasa diberi perhatian dan didengari melalui permainan. Kami teruja untuk melihat kanak-kanak berinteraksi dan membina hubungan yang kekal lama dengan watak LEGO Friends baharu, dan berharap ini memperkasakan mereka untuk membentuk perhubungan yang bermakna dalam kehidupan seharian mereka juga.”

Pengarah Pemasaran LEGO Asia Tenggara, Rohan Mathur.

LEGO Perkenal Set Baharu

Bersama dengan pelancaran karakter baharu tersebut, LEGO turut memperkenalkan lapan set permainan baharu yang akan menemani kanak-kanak dalam pengembaraan role play mereka. Ini termasuklah :

41739 Liann’s Room

41730 Autumn’s House

41743 Hair Salon

41732 Downtown Flower and Design Stores

41728 Heartlake Downtown Diner

41727 Dog Rescue Center

41733 Mobile Bubble Tea Shop

41731 Heartlake International School

[Review] Lego Friends baharu beri kesedaran terdapat pelbagai keunikan keperibadian manusia

Bersempena dengan pengenalan tersebut, kami di BuzzKini telah menerima dua daripada barisan set Lego Friends baharu ini iaitu 41739 Liann’s Room dan juga 41743 Hair Salon.

Berpeluang membina blok dan bermain set-set mainan yang tampil dengan beberapa karakter baharu antaranya Liann, Autumn, Paisley, dan Olly bukan sahaja merangsang perkembangan minda dan kreativiti, bahkan membuka mata anak penulis bahawa terdapat pelbagai keunikan dan keperibadian manusia.

Sebagai contoh watak Autumn yang boleh dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) di dalam set 41739 Liann’s Room kerana ketiadaan sebahagian tangan kiri namun seorang yang adventurous manakala Liann sebagai seorang yang berseni malah bilik tidurnya boleh diubah menjadi studio.

Set permainan ini juga membuatkan kanak-kanak lebih berimaginasi dan mula sedar bahawa bilik tidur mereka juga boleh diubah menjadi satu ‘kawasan baharu’ jika ia dapat diatur dan disusun mengikut apa yang mereka mahukan.

Selain itu set permainan ini turut mendedahkan kanak-kanak terhadap kepentingan berkasih sayang dengan rakan-rakan tanpa mengira latar belakang dan keadaan orang di sekeliling mereka.

Bagi set 41743 Hair Salon pula, penampilan Paisley yang merupakan seorang penghidap anxiety namun berbakat besar dalam seni muzik turut mencuri perhatian.

Di dalam set ini, satu lagi karakter baharu yang turut tampil adalah Olly, seorang kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga sederhana namun mempuynai impian untuk menjadi seorang yang ternama dalam dunia fesyen,.

Dia juga mempunyai karisma yang tinggi, rajin, pandai memujuk dan mahir dalam pelbagai bidang termasuk menyunting foto video, menjahit, dan mereka design baju.

Set permainan yang berlatarbelakangkan salon kecantikan turut membuka minda dan mata kanak-kanak tentang apa servis, kelengkapan dan peralatan yang kebiasaannya terdapat pada sebuah perusahaan salun.

Lebih menarik apabila kami menyatukan kedua-dua set permainan ini seolah-olah ia mewakili bilik di sebuah rumah dan kedai yang terletak di dalam kawasan perumahan ‘Friends’ yang sama!

Kumpul semua permainan hebat ini!

Jika mahukan kelainan, mungkin anda boleh cuba mendapatkan set permainan baharu yang lain antaranya 41727 Dog Rescue Center yang pastinya menjadi idaman kanak-kanak yang mencintai haiwan atau set 41732 Downtown Flower and Design Stores untuk pencinta flora.

Set permainan lain seperti 41730 Autumn’s House, dan 41731 Heartlake International School juga tidak kurang hebatnya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi LEGO atau lawati kedai dalam talian rasmi mereka di Lazada and Shopee.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.