fbpx
Now Reading
LEGOLAND Malaysia Resort Raikan Persahabatan Dengan LEGO Friends Party

LEGOLAND Malaysia Resort Raikan Persahabatan Dengan LEGO Friends Party

LEGOLAND Resort Malaysia berharap penganjuran LEGO Friends Party ini dapat membantu kanak-kanak menjadi kawan yang lebih baik kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini LEGO Group telah memperkenalkan lapan karakter LEGO® Friends baharu dari pelbagai latar belakang bagi meraikan kepelbagaian masyarakat dan persahabatan dalam dunia moden.

Menurut LEGO, pengenalan karakter generasi baharu itu untuk meraikan pelbagai persahabatan selain membolehkan lebih ramai kanak-kanak dari pelbagai latar belakang diberi perhatian dan diwakili semasa bermain.

Baca artikel berkaitan: https://www.buzzkini.com/gayahidup/2023/02/12/lego-friends-perkenal-8-karakter-baharu-dari-pelbagai-warna-kulit-hingga-kelainan-upaya/

Bersempena dengan pelancaran generasi baharu itu juga, LEGOLAND Malaysia RESORT telah menganjurkan LEGO Friends Party bermula 22 Februari hingga 9 April ini.

Menurut Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort CS Lim, kanak-kanak hari ini menghadapi pelbagai cabaran, keghairahan, halangan dan perbezaan moden semasa cuba memahami dunia di sekeliling mereka dan mewujudkan persahabatan baharu yang kekal.

“Dengan pengenalan LEGO Friends di LEGOLAND Malaysia Resort, kami berharap dapat memberikan ibu bapa dan anak-anak lebih banyak alat untuk mengemudi persahabatan dan emosi di saat mereka membesar dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka.

“Kami tahu bahawa persahabatan tidak selalu mudah, terutamanya dengan tahun persekolahan yang akan datang.

“Kami ingin membantu kanak-kanak menjadi kawan yang lebih baik kepada diri mereka sendiri dan orang lain. Di LEGO Friends Party, kami telah memilih aktiviti yang akan menggalakkan perkembangan emosi dan sosial melalui permainan untuk membantu mereka lebih memahami keperibadian dan kepelbagaian mereka,” kata CS Lim.

Foto: Faez/BuzzKini

Dapat mengenali LEGO Friends Generasi Baru

Sempena LEGO Friends Party, tetamu boleh berkenalan dengan semua lapan watak baharu melalui aktiviti berdasarkan minat dan hobi yang pelbagai seperti:

  • Membina haiwan LEGO mereka sendiri yang comel dengan aktiviti Autumn’s Build-An-Animal. Tetamu juga boleh mempelajari cara memainkan peranan dalam menyelamatkan planet ini dengan aktiviti Autumn’s Save the Planet.
  • Penggemar muzik harus berkumpul di Paisley’s Booth untuk menguji kemahiran irama mereka dengan memainkan lagu yang menarik semasa aktiviti Play-A-Tune!
  • Nova’s Speed Building Challenge akan menguji kemahiran membina anda yang mana ia akan mencari pembina terlaju di resort.
  • Tetamu yang mengekspresikan diri mereka yang terbaik melalui seni boleh mempamerkan bakat mereka melalui seni di booth Liann’s Fun with Art.
  • Fashionista mempunyai peluang untuk berdandan dan menggayakan pose terbaik mereka di Olly’s Photo Studio.
  • Sertai Chef Leo membuat pizza LEGO® yang lazat di Kelas Membuat Pizza Leo!
  • Ulat buku dan pencinta filem seharusnya tidak ketinggalan mengambil gambar dengan buku gergasi Aliya dan menonton rancangan LEGO Friends baharu di Aliya’s Movie Projection!
  • Persembahan dalam taman terbaharu yang akan menampilkan LEGO Friends Generasi Baru seperti Zac’s BMX Stunt Show, Zac’s Groovy Party, Paisley’s Retro Flashback,Leo’s Football Freestyle, Aliya’s School Dance.
Foto : Faez/ BuzzKini

Promosi sempena Lego Friends Party

Diskaun 20% semua set Lego Friends
Bersempena LEGO Friends Party ini juga, dapatkan diskaun 20% untuk set mainan LEGO Friends di semua peruncit di LEGOLAND Malaysia Resort, Iskandar Puteri, Johor.

Tawaran tiket early bird
Mulai hari ini hingga 15 Mac, tetamu yang menempah tiket 1-Day Single Park, 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park sekurang-kurangnya 3 hari sebelum perjalanan layak mendapat diskaun 20% untuk tiket mereka.

Promosi bagaimanapun hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sahaja.

Bilik bertemakan LEGO Friends bakal ditawarkan untuk tetamu

Peminat juga boleh bersedia untuk merasai pengalaman bilik bertemakan LEGO Friends yang serba baharu di Hotel LEGOLAND yang akan dilancarkan pada April 2023.

Bilik bertema baharu ini telah diubah suai dan akan menyertai barisan semasa yang menarik seperti bilik bertema PIRATE, KINGDOM, ADVENTURE dan LEGO NINJAGO.

Untuk maklumat lanjut mengenai LEGO Friends Party, layari laman web rasmi LEGOLAND di sini atau di halaman media sosial seperti Facebook dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.