fbpx
Now Reading
Art of Speed (AOS) 2023 Akan Kembali 29 & 30 Julai Ini, Bakal Jadi Acara Terbesar Sejak Penganjuran

Art of Speed (AOS) 2023 Akan Kembali 29 & 30 Julai Ini, Bakal Jadi Acara Terbesar Sejak Penganjuran

Pengasas AOS, Asep Iskandar menjangkakan AOS 2023 akan mempamerkan sekurang-kurangnya 500 kenderaan buat tatapan pengunjung selain penganjuran pelbagai aktiviti menarik buat peminat permotoran, outdoor, hotwheels, muzik dan lain-lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Art of Speed Malaysia (AOSM) hari ini (14 Mac) telah mengumumkan tarikh acara acara Kustom & Counter Culture terulung mereka iaitu Art Of Speed 2023 (AOS 2023) pada 29 dan 30 Julai nanti.

Pengasas AOS, Asep Ahmad Iskandar dalam satu sidang media berkata, acara tersebut akan berlangsung sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

Menurut Asep lagi, AOS edisi ke-12 ini disifatkan sebagai acara terbesar yang pernah diadakan sejak ianya pertama kali ianya dilangsungkan pada 2012. 

Ini kerana mereka bakal menggunakan kesemua dewan yang terdapat di MAEPS (Dewan A hingga Dewan D) dan kawasan sekitarnya bagi menampilkan lebih banyak aktiviti untuk peminat dan pengunjung.

Difahamkan kawasan untuk aktiviti dalam dewan adalah 350,000 kaki persegi manakala aktiviti outdoor seluas 8.6 ekar.

Foto: BuzzKini

Pameran kenderaan ekstrem dan Dewan khas untuk peminat Hot Wheels

Sama seperti penganjuran terdahulu, AOS akan menjadi medan pameran pelbagai jenis kenderaan ekstrem termasuk motosikal kustom. Beliau menjangkakan AOS 2023 akan mempamerkan sekurang-kurangnya 500 kenderaan buat tatapan pengunjung.

Mereka juga bakal memperkenalkan Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal.

Sorotan untuk ThunderCircus termasuk pertunjukan aksi motosikal yang dipersembahkan oleh penunggang profesional, serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan dari sekitar rantau ini.

Bukan itu sahaja, peminat Hot Wheels pasti akan menjadi lebih teruja memandangkan AOS 2023 sudah menetapkan keseluruhan Dewan B untuk jenama permainan tersebut yang merangkumi pameran dan pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi.

Foto: Faez/BuzzKini

Lebih menarik, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia juga akan turut diadakan.

Untuk memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik negara iaitu PROTON untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama.

Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition.

Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!

Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid

Berita baik untuk penggemar aktiviti outdoor pula!

Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023 – menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.

Hail Vintage di Dewan D

Hail Vintage kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka.

Tema tahun ini ialah MUZIK dan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.

Selain itu terdapat banyak lagi aktiviti tambahan menarik seperti:

  • Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Streetware Con – pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D
  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour
  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG 
  • Automotive Flea Market
  • Pelancaran produk di pentas
  • Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.