fbpx
Now Reading
Maxis Terus Beri Tumpuan Pada Transformasi Digital Dengan Maxis Spark Engage 2023

Maxis Terus Beri Tumpuan Pada Transformasi Digital Dengan Maxis Spark Engage 2023

Spark Engage 2023 menampilkan bekas pemandu F1 David Coulthard dan wartawan F1 Lee McKenzie yang memberi pandangan tentang bagaimana industri perlumbaan F1 memanfaatkan teknologi untuk memajukan sukan tersebut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Maxis telah mengadakan forum Maxis Business Spark Engage 2023 di Kuala Lumpur untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengetahuan mendalam dalam ekonomi digital.

Forum ini yang merupakan sebahagian daripada siri Maxis Business Spark yang sudah memasuki tahun keempat adalah satu usaha untuk membolehkan perusahaan di Malaysia mendapat kelebihan dalam lanskap digital yang pantas serta tidak menentu.

Maxis mengetuai sesi panel yang menerokai topik “Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan“. 

Ahli-ahli panel yang terdiri daripada Ketua Segmen Korporat dan PKS Maxis, Kevin Lee; Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Asia Pasifik Palo Alto Security, Ian Lim dan Naib Presiden Operasi Holiday Tours Lawrence Annies telah membincangkan komponen utama yang diperlukan untuk mencapai kelebihan sedemikian termasuk:

  • Mempercepatkan penggunaan teknologi
  • Mengautomasikan tugas manual
  • Melindungi aset digital
  • Faedah bekerjasama dengan penyedia penyelesaian IT yang sesuai

Perbincangan tumpuan tahun ini menampilkan tetamu khas, bekas pelumba dan pemenang Grand Prix Formula 1 (F1) sebanyak 13 kali, iaitu David Coulthard yang berkongsi pandangannya dengan wartawan F1 terkenal Lee McKenzie mengenai bagaimana teknologi telah mengubah dunia perlumbaan F1.

Berhubung dengan persekitaran perniagaan yang sangat kompetitif, Coulthard menekankan betapa pentingnya kepercayaan, kerja berpasukan dan semangat dalam menggunakan data masa nyata untuk memastikan ketepatan dan hasil yang optimum, serta amalan terbaik yang boleh digunakan untuk mana-mana perniagaan.

“Transformasi digital adalah perjalanan yang berterusan dan sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk ditemui dalam persekitaran yang dipacu teknologi ini. Inilah sebab siri Maxis Business Spark telah berkembang menjadi platform penting yang memberi peluang kepada perniagaan daripada pelbagai saiz untuk menyelami isu-isu penting yang boleh ditangani secara kolektif, membincangkan penyelesaian serta mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman yang mendalam.”

Ketua Segmen Korporat dan PKS Maxis,  Kevin Lee

Spark Engage 2023 menandakan lelaran (iteration) terbaharu acara tersebut, yang terus menjadi peluang berharga bagi perniagaan untuk belajar daripada pakar industri, meluaskan rangkaian dan bekerjasama dengan rakan.

Forum eksklusif tersebut menarik pelbagai pemimpin perniagaan terkemuka yang terdiri daripada Ketua Pegawai IT, Pengarah, dan Ketua Jabatan IT yang mewakili PKS utama, syarikat besar dan organisasi.

Menyedari bahawa transformasi digital yang berjaya memerlukan kerja berpasukan dan perkongsian yang kukuh, Maxis Business komited untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh pelanggan.

Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membantu organisasi menggunakan dan memanfaatkan teknologi, Maxis memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan hari ini dan menyediakan penyelesaian, rangkaian, dan kepakaran yang tepat untuk membantu mereka untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Maxis Business boleh membantu mempercepatkan perjalanan digital anda, layari laman web mereka di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.