[Review] Portable Power Station Jenama EcoFlow Ini Jadi Pilihan Team BuzzKini Semasa Camping
Sejujurnya model EcoFlow RIVER 2 Pro, varian tertinggi bagi siri RIVER 2 ini sememangnya state-of-the-art untuk kategori portable power station.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bergelar seorang penulis tidak menghalang team BuzzKini untuk melakukan apa sahaja hobi pada masa lapang kami.
Malah disebabkan aturan kerja yang fleksibel, kami boleh melakukan tugasan harian kami di mana sahaja termasuklah di hutan – asalkan tempat tersebut ada capaian internet dan juga bekalan elektrik.
Namun kalau nak bercamping mungkin akan timbul sedikit masalah untuk menulis melainkan tapak perkhemahan yang dikunjungi ada menyediakan bekalan elektrik atau anda mempunyai portable power station tersendiri atau nama lainnya bateri mudah alih.
Harganya juga tidak murah tapi kalau menepati cita rasa dan berbaloi apa salahnya bukan?
Kebetulan baru-baru ini kami telah berpeluang untuk mencuba satu produk portable power station baharu keluaran syarikat bekalan tenaga mudah alih, EcoFlow. Model yang kami maksudkan adalah EcoFlow RIVER 2 Pro, varian tertinggi bagi siri RIVER 2.
Jadi kami mengambil kesempatan untuk menguji secara field test peralatan ini iaitu ketika bekerja sambil berkhemah.
Sebelum bercerita tentang pengalaman kami jom lihat dulu spesifikasi EcoFlow RIVER 2 Pro ini.
Spesifikasi
- Kapasiti bateri sebesar 768Wh (768 watt-hour) atau 240,000 mAh
- Menyokong sehingga 800w output (x-boost sehingga 1600w)
- Tempoh caj semula dari 0-100% dalam tempoh 70 minit+-
- Dikuasakan Bateri LifePO4
- 4 kaedah pengecasan semula termasuk Type C
- Cycle Life : 3000 x sebelum bateri berkurangan ke 80%
- Boleh dikawal menggunakan aplikasi EcoFlow
Tengok spesifikasi sahaja sudah menarik bukan?
Apa yang ada di dalam kotak?
- Kabel pengecas utama (AC)
- Kabel pengecas di dalam kereta (In-car charger)
- Kabel DC5521
- Manual (Quick start guide)
Jadi apa pendapat dan ulasan kami bila mencuba River 2 Pro ini ?
Terus terang kami katakan, River 2 Pro sememangnya state-of-the-art untuk kategori portable power station. Bukan sahaja boleh digunakan di kala kecemasan seperti tiada elektrik, saiznya ‘yang tidak besar dan tidak kecil’ juga memudahkan untuk dibawa berkelah, berjalan-jalan, memancing dan camping. Nak tahu kenapa?
Reka bentuk dan ciri [9/10]
Pros: Reka bentuk estetik, banyak tawaran output dan input (baik DC dan AC) termasuk in-car charger, kalis air IP68. Fast charging (dicaj penuh dalam 70 minit)
Output:
- 3 slot USB A
- 1 slot USB C (sokong sehingga 100W)
- 3 soket AC (Pure Sine Wave)
- DC5521 Output
Input:
- AC
- USB C
- In-car charger (12V/24v)
- Solar (memerlukan sonar panel).
Dengan pilihan yang banyak untuk mengecas (output) dan dicas (input), power station ini akan memudahkan urusan anda sekiranya ia memerlukan tenaga baru.
Kekuatan utama power station ini juga terletak pada kuasa mengecasnya. Terima kasih kepada teknologi, alatan ini boleh dicaj penuh dari 0-100% dalam masa 1 jam 10 minit sahaja jika menggunakan AC.
Ia meninggalkan jauh pesaing lain di dalam pasaran.
Cons: Tiada wireless charging, bising ketika full load, pemegang yang kurang selesa.
Meskipun datang datang dengan teknologi baru, namun ia tiada kemudahan wireless charging. Ia juga menghasilkan bunyi yang sedikit bising jika digunakan secara full load.
Selain itu kami merasakan pemegang peralatan ini agak kurang selesa untuk dipegang terutama ketika mahu menyimpan dan mengeluarkannya dari dalam but kereta.
Kuasa Bateri: [10/10]
Pros : Kapasiti bateri yang mencukupi, sokong kuasa besar sehingga 800W dan selamat. Boleh monitor penggunaan bateri, kuasa AC guna Pure Sine Wave.
Dengan bateri sebesar 768Wh (240,000 mAh) dicampur dengan kekuatan output sehingga 800w, River 2 Pro cukup untuk menampung tugasan pejabat kami iaitu dua penulis dan keperluan sekurang-kurangnya untuk 1 hari (2 laptop x1 caj penuh).
Bagi penggunaan berkhemah pula, ia mampu bertahan lebih lama dengan syarat semua kelengkapan menggunakan kuasa DC.
Malah bateri LifePo4 yang digunakan bukan sahaja lebih tahan lama, lebih dipercayai malah lebih selamat dari bateri Li-Ion biasa.
Jika anda memerlukan kuasa tambahan, aktifkan fungsi X-Boost dan ia mampu menampung kuasa 1800W untuk jangka masa sekejap. Namun kami tidak berkesempatan untuk menguji ciri ini.
Selain itu indikator pada bahagian depan yang memaparkan status bateri, pengecasan dan jumlah kuasa wattage digunakan begitu memudahkan urusan kami dalam mengawal penggunaan bateri.
Secara purata dua laptop yang hampir kehabisan bateri boleh dicaj semula dengan menggunakan AC plug dan masih lagi berbaki beberapa jam.
Bayangkan kalau hanya menggunakan kuasa DC seperti mengecas telefon, jam pintar, power, kipas/lampu DC, bluetooth radio atau power bank? Kami optimis ia boleh bertahan lebih dari empat hari bergantung pada penggunaan.
Bahkan kami yang terdiri dari 8 campers iaitu team BuzzKini dan portal saudara kami, The Rakyat Post BM (TRPbm) berupaya mengecas lebih dari 5 peranti, 2 kipas USB yang menggunakan 4,000 mAh dan speaker bluetooth.
Cons: –
Kesimpulan [9/10]
Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan kualiti RIVER 2 Pro ini. Dari segi penggunaan AC pula, RiVER 2 Pro lebih memuaskan jika dibandingkan dengan jenama Power Station yang kami miliki kerana ia menggunakan Pure Sine Wave yang lebih menjimatkan tenaga.
Dari segi praktikaliti, ia bukan sahaja sesuai untuk tujuan berkhemah, road trip dan aktiviti outdoor, malah ia boleh digunakan di mana-mana sahaja, sama ada untuk tujuan kecemasan bahkan untuk urusan kerja termasuk persidangan, mesyuarat di luar pejabat, lawatan dan sebagainya.
Menerusi semakan kami, RIVER 2 Pro yang merupakan varian tertinggi bagi siri RIVER 2 dijual pada harga RM2,999.
Namun terdapat dua lagi model lain iaitu RIVER 2 Max (512Wh) yang dijual pada harga RM2,399 dan RIVER 2 (256Wh) pada harga RM1,399.
Untuk maklumat lanjut layari laman EcoFlow atau terus ke laman media sosial mereka di Instagram dan Facebook.