fbpx

[Review] Set LEGO BTS Dynamite, Koleksi Wajib Ada Setiap ARMYs

Jika sebelum ini kita hanya dapat menonton BTS dan MV Dynamite di Internet, kini ‘mereka’ boleh jadi salah satu koleksi dalam bentuk LEGO di dalam rumah kita!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar bulan Februari lalu, kami ada berkongsi berita menarik khusus untuk peminat kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu ARMYs yang mana LEGO akan melancarkan set permainan kumpulan itu dalam masa terdekat.

Akhirnya pada Mac, LEGO IDEAS BTS Dynamite secara rasmi mula dijual kepada peminat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Pasti Buat ARMY Tak Senang Duduk! LEGO Lancar SET BTS Dynamite

Yang menariknya BuzzKini telah diberi peluang untuk mengulas mengenai set permainan 21339 BTS Dynamite yang kami pasti akan menjadi koleksi wajib buat ARMYs dan peminat LEGO.

Sebaik menerima kotak permainan tersebut, kami merasakan Set 21339 dengan 749 bongkah ini begitu ekslusif dan menyerupai gambaran LEGO sebelum ini yang mana ia mencerminkan Bangtan Boys di dalam Video Muzik (MV) Dynamite.

Dari MV kepada set permainan LEGO

Lengkap dengan 7 karakter LEGO yang mewakili kesemua anggota BTS seperti RM (Namjoon), Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook, set ini turut mengandungi replika venue yang terdapat di dalam MV seperti:

  • Kedai donat
  • Trak aiskrim
  • Record store

Foto: BuzzKini

Set yang begitu terperinci

Dari segi kualiti, set permainan LEGO IDEAS BTS Dynamite yang diilhamkan dua peminat setia BTS dan LEGO, Josh Bretz (JBBrickFanatic) and Jacob Twerski (BangtanBricks) sememangnya berkualiti tinggi dan begitu terperinci.

Kenapa kami katakan ia begitu terperinci? Kerana ia turut mengandungi ‘props’ tambahan yang terdapat di dalam MV seperti:

  • Cover Record Disc Dynamite
  • Gelanggang Bola Keranjang dengan corak warna yang sama
  • Signage Kedai Donat
  • Pokok kelapa
  • Pakaian ahli BTS
  • Alat pemadam api
  • Signage DISCO berwarna kuning
  • Logo Dynamite pada trak aiskrim

Foto: BuzzKini

Ini membuatkan timbulnya perasaan seolah-olah BTS berada bersama anda walaupun di dunia nyata ketika ini mereka mungkin sibuk dengan kerjaya solo, melakukan dokumentari dan menjalani perkhidmatan ketenteraan.

Secara keseluruhannya kami menghabiskan hampir satu jam setengah untuk menyiapkan set permainan yang dipecahkan kepada empat bahagian itu.

Video

Apa yang boleh kami katakan, aktiviti memasang dan menyiapkan Set 21339 LEGO BTS Dynamite ini bukan sahaja menyeronokkan malah sebaik disiapkan boleh menjadi decor tambahan di dalam rumah atau bilik anda.

Jika sebelum ini kita hanya dapat menonton BTS dan MV Dynamite di Internet, kini BTS dan MV Dynamite di dalam rumah kita! Menarik bukan?

Set ini dijual pada harga RM449.90 (RRP) dan boleh didapati secara fizikal di Lego Certified Store seperti Box Of Bricks, Brick Magic dan kedai di Legoland Malaysia atau secara online di laman rasmi LEGO atau kedai rasmi mereka di Shopee dan Lazada.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.