fbpx
Now Reading
MR DIY Raikan Suasana Hari Raya Aidilfitri Dengan ‘Raya Serba Baharu’

MR DIY Raikan Suasana Hari Raya Aidilfitri Dengan ‘Raya Serba Baharu’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita tinggal beberapa hari lagi sahaja lagi untuk menyambut bulan Ramadan. Bersempena dengan kedatangan bulan mulia ini dan akan disusuli dengan Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y) bersedia untuk meraikannya bersama-sama anda.

Dengan lebih 1,090 cawangan di seluruh negara, MR DIY teruja untuk melancarkan rangkaian istimewa Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di bawah kempen perayaan terbaharunya “Raya Serba Baharu”.

Terdapat 140 rangkaian produk istimewa Hari Raya Aidilfitri boleh didapati di cawangan terpilih dari 15 Mac hingga 30 April 2023.

Dan buat julung kalinya, MR DIY menawarkan rangkaian produk Hari Raya terbaru termasuk kerongsang, dokoh kebaya dan songkok, serta butang Baju Melayu.

Mengumumkan inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan (CMO) MR DIY, Alex Goh berkata, “Hari Raya adalah salah satu masa untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan ‘silaturrahim’ dalam kalangan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

“Matlamat kami dengan ‘Raya Serba Baharu’ adalah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sama ada mereka menjadi tuan rumah meraikan keluarga dan rakan-rakan, atau menziarahi orang tersayang. Kami telah menyediakan keperluan khas musim perayaan pada ‘Always Low Prices’, menjadikannya mudah diakses oleh rakyat sambil mengurangkan beban kewangan mereka di musim perayaan ini. Ini semua adalah untuk memberi dan menambah nilai kepada rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan yang penuh bermakna buat mereka.”

Ketua Pemasaran Kumpulan (CMO) MR DIY, Alex GOh

Produk-produk lain dalam rangkaian itu termasuk barangan Hari Raya dan keperluan rumah pada harga berpatutan seperti hiasan gantung, pelekat dan hiasan raya, hingga ke pelita Raya dan lampu LED, untuk menceriakan kediaman.

Bagi menambah lagi keceriaan di setiap sudut kediaman, terdapat kelengkapan rumah, kusyen, alas lantai, lapik meja, kotak tisu dan penyepit langsir, serta peralatan dapur melamin untuk memastikan hidangan perayaan disajikan dengan cantik sekali.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan set jag kaca 5-dalam-1 yang istimewa, dengan diskaun 30% pada RM13.90 [Harga Biasa RM19.90], sesuai untuk menjamu para tetamu. Dan terdapat juga beg hadiah, kotak, dan sampul duit Hari Raya.

Seperti biasa, MR DIY juga menawarkan pembersih isi rumah dan produk penjagaan diri bagi memastikan kediaman dan keluarga berada pada tahap terbaik.

Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan Hari Raya yang disenaraikan di atas, anak syarikat kumpulan MR DIY iaitu MR. DOLLAR, turut menawarkan makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan sempena Hari Raya ini.

Beliau menambah, “Bersempena ‘Raya Serba Baharu’, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa MR DIY bekerjasama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari, dalam filem web ‘Raya Serba Baharu’ kami yang akan ditayangkan pada 7 April 2023.

“Filem web ini mencerminkan semangat kami yang sentiasa memberi kesan positif kepada komuniti di mana sahaja kami beroperasi; dan ia sememangnya sangat menyentuh hati. Jadi jangan lupa nantikannya.”

Goh menambah bahawa MR DIY juga bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam premis dan diskaun yang menarik di MR DIY MR. TOY dan MR. DOLLAR. Tiga penyedia perkhidmatan kewangan itu adalah dua e-dompet – Boost dan Touch ‘n Go eWallet, serta bank HSBC.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR DIY, RM50 di MR TOY, atau RM30 di MR DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat paket sampul duit Raya percuma, sementara stok masih ada.

Promosi ‘Raya Serba Baharu’ MR D.I.Y. boleh didapati di cawangan terpilih di seluruh Malaysia. Untuk butiran promosi Hari Raya Aidilfitri layari laman MR DIY di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.