fbpx
Now Reading
Pameran Ikonik One Piece ‘The Great Era Of Piracy’ Kini Di Malaysia

Pameran Ikonik One Piece ‘The Great Era Of Piracy’ Kini Di Malaysia

Acara yang julung-julung kali diadakan dan terbesar di Asia Tenggara ini akan berlangsung selama hampir dua bulan iaitu dari Khamis, 21 Mac hingga 8 Mei di Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat semua peminat anime One Piece di Malaysia. Satu pameran ikonik One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour akan berlangsung di Genting Highlands, Malaysia bermula bulan Mac ini.

Yang menariknya, acara yang julung-julung kali diadakan dan terbesar di Asia Tenggara ini akan berlangsung selama hampir dua bulan iaitu dari Khamis, 21 Mac hingga 8 Mei di Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting.

Pameran anjuran Ace Media Network Sdn. Bhd. (AMN) ini pastinya menarik minat ribuan peminat One Piece di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya yang sudah mengikuti siri Manga tersebut sejak dua dekad lalu.

Yelah selama ni tunggu setiap Jumaat untuk keluar episod baharu, tapi ini dah depan mata mesti takkan lepaskan peluang bukan?

Peminat yang berkunjung ke Ekspo Jelajah Asia The Great Era of Piracy ini akan dibawa menjelajah ke 21 Zon Ikonik berkeluasan 25,000 kaki persegi yang akan mempamerkan pelbagai pengembaraan Luffy, watak utama One Piece dan rakan lanun dari The Straw Hat Pirates.

Selain itu, terdapat banyak mini karnival yang menjanjikan ganjaran menarik dan figura ekslusif One Piece dalam bentuk arca (FRP Sculpture) bersaiz sebenar yang boleh anda temui di ekspo ini.

Pengunjung juga berpeluang bermain permainan AR interaktif yang boleh dimuat turun ke dalam peranti menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Untuk menambahkan lagi keterujaan peminat One Piece, terdapat juga pameran arca 3D terbesar berlatarbelakangkan suasana pertempuran yang menakjubkan daripada siri ini.

Difahamkan ini merupakan kali kedua arca 3D ini dipertontonkan kepada umum.

Alang-alang dah hadir ke acara sebegini, pasti pengunjung tak mahu pulang dengan tangan kosong bukan? Usah khuatir, peminat juga boleh mendapatkan merchandise rasmi One Piece di sini.

Tapi bukan merchandise biasa-biasa ya? Sebaliknya pihak penganjur akan menyediakan booth yang akan menjual merchandise Limited Edition kepada orang ramai.

Sebagai info, Ekspo ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour ini akan berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga 8 Mei.

Bagaimana dengan harga tiket?

Harga tiket adalah RM90 untuk orang dewasa, manakala kanak-kanak bawah 18 tahun dan warga emas adalah RM50.

Untuk bayi hingga kanak-kanak tiga tahun masuk adalah percuma.

Untuk menempah tiket masuk, layari laman Ticket2u di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.