fbpx
Now Reading
Coca-Cola Malaysia & foodpanda Anjur ‘Berkat Ramadan’, Salur Sumbangan Kepada Orang Ramai Yang Memerlukan

Coca-Cola Malaysia & foodpanda Anjur ‘Berkat Ramadan’, Salur Sumbangan Kepada Orang Ramai Yang Memerlukan

Berpegang teguh kepada falsafah jenama ‘Real Magic’, Coca-Cola Malaysia menghayati semangat Ramadan dengan menyalurkan sumbangan makanan kepada masyarakat yang memerlukan menerusi PERTIWI Soup Kitchen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Coca-Cola Malaysia, berpegang teguh kepada falsafah jenama ‘Real Magic’ yang menyatukan orang ramai dan berkongsi hidangan dengan masyarakat.

Bagi menyemarakkan semangat Ramadan, mereka bekerjasama dengan foodpanda Malaysia menerusi program CSR di sepanjang bulan mulia ini.

Di bawah inisiatif ini, sumbangan makanan akan disalurkan kepada PERTIWI Soup Kitchen yang menyediakan perkhidmatan bantuan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di bandar raya Kuala Lumpur.

Frontline Marketing Director Coca-Cola Rina Surya berkata, Coca-Cola sentiasa berusaha untuk mencari cara meningkatkan kehidupan masyarakat di sekeliling mereka.

“Kami berharap untuk mewujudkan impak positif, yang berkekalan dalam masyarakat tempatan. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan foodpanda Malaysia pada Ramadan ini dalam kempen ‘Berkat Ramadan’ anjurannya dan bersama-sama menyokong usaha PERTIWI Soup Kitchen agar meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Selaras dengan falsafah jenama ‘Real Magic’, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada masyarakat dalam bandar yang serba kekurangan di Kuala Lumpur, terutamanya semasa tempoh yang serba mencabar ini.”

Dari 23 Mac hingga 21 April 2023, untuk setiap pesanan yang dibuat oleh rakyat Malaysia melalui aplikasi dan laman sesawang foodpanda menggunakan kod promosi ‘PANDA’, foodpanda akan mendermakan satu hidangan makanan kepada PERTIWI Soup Kitchen.

Coca-Cola juga akan menyediakan penajaan produk di mana setiap hidangan yang
disumbangkan akan disertakan dengan minuman daripada portfolio minuman Coca-Cola
Malaysia termasuk Coke dan Air Mineral Dasani.

“Kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam inisiatif yang
amat bermakna ini dan menyumbang bagi membantu dan menyantuni masyarakat. Lagipun,
amalan bersedekah bagi memenuhi keperluan mereka yang kurang bernasib baik adalah
sangat bermakna, terutamanya di dalam bulan Ramadan ini,” tambah Rina.


Dalam pada itu Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia Bernard Chong berkata, syarikat mereka sememangnya sinonim dengan penghantaran makanan dan barangan keperluan lain kepada pelanggan.

“Pada masa sama, kami tidak pernah lupa bahawa masih terdapat ramai antara kita yang tinggal di bandar ini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Rakan-rakan Muslim akan berpuasa dan mengawal nafsu semasa bulan Ramadan, tetapi masyarakat asnaf yang dibantu oleh PERTIWI Soup Kitchen ini berlapar setiap hari sepanjang tahun.

“Kami amat berbesar hati kerana Coca-Cola Malaysia percaya dengan usaha kami dan sudi untuk bersama-sama dengan kami dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat kita,” kata Bernard.

Selain kempen CSR Ramadan bersama foodpanda ini, Coca-Cola Malaysia turut menyertai
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) sebagai Rakan Minuman Eksklusif.
Acara itu, yang dianjurkan oleh My Events International dan Absolut Event & Management,
akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari
14 hingga 17 April 2023.

Sebagai penaja utama, Coca-Cola memainkan peranannya dalam usaha menyokong perniagaan tempatan serta rakyat Malaysia untuk membuat persiapan Hari Raya.

Festival ini bakal menyaksikan lebih 500 usahawan dan pemilik perniagaan kecil tempatan menawarkan pelbagai promosi untuk sambutan Aidilfitri yang akan berkunjung tiba.

Semua aktiviti ini selari dengan falsafah jenama ‘Real Magic’ Coca-Cola yang meyakini
bahawa wujud keajaiban di mana sahaja. Ianya wujud dalam setiap detik tidak kira kecil atau
besar. Ia wujud dalam detik yang dikongsi bersama dengan orang yang tersayang serta
masyarakat kita, tidak kira sama ada hubungan ini terjalin secara fizikal atau maya.

“Kami menganggap bahawa diri kami amat bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi
sebahagian daripada setiap hidangan yang disajikan di atas meja dan menyaksikan
keajaiban sebenar dalam mengeratkan hubungan sesama manusia, terutamanya semasa
bulan Ramadan ini yang merupakan musim perayaan terbesar di Malaysia di mana keluarga
dapat berkumpul bersama-sama.”

Frontline Marketing Director Coca-Cola, Rina Surya
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.