fbpx
Now Reading
Ingin Dapatkan Keperluan Rumah Terbuka Di Bawah Satu Bumbung? Kami Ada Solusinya!
sunway pyramid raya

Ingin Dapatkan Keperluan Rumah Terbuka Di Bawah Satu Bumbung? Kami Ada Solusinya!

Perayaan Aidilfitri sememangnya akan dimeriahkan lagi dengan jamuan rumah terbuka di mana orang ramai akan menjamu tetamu dengan hidangan makanan sambil beramah mesra ketika hari raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, pasti ramai yang sedang berpusu-pusu untuk melakukan persediaan menyambut Aidilfitri, bukan?

Persiapan Aidilfitri kebiasaannya merangkumi beberapa perkara iaitu pakaian, keperluan rumah, keperluan dapur, kuih raya, kerja-kerja pembersihan rumah, dan sebagainya.

Mana tidaknya, Hari Raya Aidilfitri sememangnya waktu yang paling tepat untuk sanak-saudara dan sahabat berkunjung ke rumah. Waktu itulah masa untuk ‘catch-up’ bersama setelah sekian lama tidak bersua muka oleh kerana kesibukan kerja serta kekangan waktu.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Acara paling mudah untuk dilakukan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah Rumah Terbuka (Open House). Ia merupakan salah satu tradisi yang selalunya akan dilakukan ketika musim perayaan. Masa inilah rumah anda akan dipenuhi dengan tetamu, dah macam kenduri! Meriah betul rumah.

BACA JUGA: Ini 9 Perkara Penting Sebelum Gerak Balik Kampung Untuk CNY. Check Dulu!


Persediaan Untuk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Nak Beli Kat Mana?

Sebelum mengadakan jamuan rumah terbuka (Open House) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pastinya anda akan ada beberapa ‘checklist’ untuk kerja-kerja pembersihan, dekorasi di beberapa sudut penting di kediaman; contohnya ruang tamu, ruang makan, dan dapur.

Manakan tidak, bila tetamu nak bertandang ke rumah, anda pasti ingin memastikan rumah sentiasa bersih, kemas dan teratur, kan? Barulah sedap mata memandang dan lebih bersedia untuk menerima kunjungan tetamu.

Gambar sekadar hiasan.

Ha, persoalannya sekarang, mana tempat paling mudah untuk mendapatkan barangan keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri di bawah satu bumbung? Jawapannya…


Dapatkan Barangan Keperluan Sambutan Aidilfitri Di Sunway Pyramid!

Bagi menjimatkan tenaga dan masa di bulan Ramadan ini, kami mencadangkan untuk anda pergi ke terus ke pusat membeli-belah terkenal di Petaling Jaya iaitu Sunway Pyramid.

Bermula daripada barangan seperti keperluan hari raya, aksesori, baju raya, dekorasi raya, peralatan dapur, makanan, bahan mentah, produk penjagaan kulit wajah, produk penjagaan badan, dan sebagainya.

Namakan sahaja apa yang anda ingin beli, semuanya ada di Sunway Pyramid!

Apa yang lebih menarik, tema Hari Raya di Sunway Pyramid tahun ini diberi nama ‘Cahaya Raya’ di mana struktur dan bahagian tengah akan dimanifestasikan dengan konsep corak geometri dan juga reka bentuk Arabesque yang mewakili panduan serta kepelbagaian bagi menunjukkan perayaan tradisional dalam nada/cara kontemporari.

Sambil-sambil ‘shopping’, bolehlah ber #OOTD di setiap sudut dekorasi Hari Raya yang disediakan buat para pengunjung Sunway Pyramid. Dapatlah bergambar raya awal sikit, kan?

Antara kelengkapan yang sering dicari adalah kelengkapan rumah seperti kusyen, alas lantai, lapik meja, kotak tisu, penyepit langsir, serta peralatan dapur bagi memastikan hidangan perayaan disajikan dengan lebih kemas dan memudahkan para tetamu.

Jangan risau, kami akan senaraikan beberapa barangan penting untuk anda dapatkan sebelum mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Yang penting, anda boleh mendapatkan kesemua barangan ini hanya di satu tempat sahaja!


#1. Barangan Keperluan Rumah.

Kalau nak mengadakan jamuan makan-makan di rumah, barangan keperluan adalah sangat penting seperti peralatan dapur, jag air, tray makanan, perhiasan di atas meja makan seperti alas meja, tisu, dan sebagainya. Barulah lengkap untuk menjamu tetamu, kan?

Sumber: Sunway Pyramid

Kalau nak senang cari barangan keperluan rumah di Sunway Pyramid, anda boleh pergi ke Objet, Home’s Harmony, Dyson, Tefal ataupun Harvey Norman. Cari je segala apa yang korang nak, mesti ada.

Sumber: Sunway Pyramid

#2. Sabun Basuh Tangan.

Sesetengah orang lebih memilih untuk menikmati hidangan nasi menggunakan tangan kerana bagi mereka, ‘lebih feel’ makan pakai tangan berbanding dengan sudu garfu. Jadi, tuan rumah dicadangkan untuk menyediakan sabun basuh tangan di dalam tandas dan juga di dapur untuk memudahkan tetamu membasuh tangan dengan bersih.

Sumber: Sunway Pyramid

Kalau makan lauk kari ataupun masak lemak, mahu tangan berbau sehari kalau tak guna sabun. Nak senang untuk dapatkan sabun basuh tangan dengan bau-bauan yang mantap, boleh ke Bath & Body Works, The Body Shop, Lush, Watsons atau Guardian. Segala jenis bau ada!

Oh! Tisu ataupun kain untuk mengelap tangan yang basah jangan dilupakan ya.

#3. Perhiasan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Sunway Pyramid

Ini antara barangan yang penting juga ya, barulah datang ‘mood’ untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudut yang selalunya dihias dengan perhiasan seperti lampu ‘lip-lap’, lampu LED, lampu pelita, bunga-bunga, bekas kuih raya, dan sebagainya adalah ruang tamu di mana tetamu akan datang dan duduk di sana sebaik tiba.

Barulah meriah suasana di setiap sudut kediaman.

Jadi, anda bolehlah membeli beberapa perhiasan untuk membuatkan sudut itu lebih bertemakan Hari Raya Aidilfitri contohnya memasang lampu berkelip, hiasan ketupat dan lemang, hiasan bunga-bunga palsu, wangian, pelita palsu (yang tidak berbahaya jika disentuh oleh kanak-kanak), dan banyak lagi.

Sumber: Sunway Pyramid

Jangan risau, untuk memudahkan urusan, kami akan beri beberapa pilihan kedai yang korang boleh singgah untuk mendapatkan kesemua perhiasan, contohnya Kaison, Hooga Moobeeii Art Garden atau Ryo Lifestyle. Estetik tau!

#4. Water Dispenser.

Sesetengah rumah mungkin masih belum menggunakan mesin air automatik seperti Coway/Cuckoo, tidak mengapa anda masih boleh menyediakan water dispenser untuk memudahkan tetamu mengambil air masak.

Ini kerana mungkin sesetengah tetamu memilih untuk tidak meminum air manis, dan lebih selesa untuk minum air kosong, kan senang jika ada water dispenser disediakan di rumah anda khas buat tetamu yang hadir.

#5. Snek Kudap-kudap.

Sumber: Sunway Pyramid

Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan lebih lengkap dengan adanya kudapan seperti kuih raya, kerepek pisang, maruku, kerepek ubi, keropok bantal, kekacang, kuih siput, coklat untuk kanak-kanak, dan sebagainya.

Sambil berborak, sambil berkudap-kudap. Tahu-tahu dah licin satu balang!

#6. Board Games.

Sumber: Adrian Hoe

Zaman sekarang yang sudah semakin moden ini bukan sahaja boleh dilihat dari sudut teknologi, malah permainan kad pun dilihat semakin kreatif! Board games juga adalah barangan penting untuk disediakan buat para tetamu yang bakal bertandang ke rumah. Kalau dah bosan ‘bergossip’, main board games pulalah! Baru santai sikit sambut raya.

Antara board games yang boleh anda dapatkan adalah:

  • The Malaysian Dream.
  • Drama Pukul 7.
  • Battle of Bomoh.
  • Nak Makan Apa?
  • The Lepak Game.

BACA JUGA: ‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai


Sunway Pyramid Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Tema ‘Cahaya Raya 2023’

Pada musim perayaan ini, Sunway Pyramid teruja untuk menjemput rakyat Malaysia menyemarakkan perayaan dengan Cahaya Raya yang menawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan perjalanan rohani, tradisional dan budaya.

Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman membeli-belah luar biasa di Sunway Pyramid pada musim perayaan ini, di mana mereka boleh menerokai rangkaian produk dan servis yang ‘top-notch’.

Daripada pakaian tradisional dan aksesori kepada makanan tempatan, orang ramai boleh menikmati pelbagai hidangan budaya yang mempamerkan kekayaan warisan Malaysia. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti di lapangan yang pastinya menghiburkan pengunjung dari setiap peringkat umur.

Sunway Pyramid yang membariskan aneka kedaian dan pilihan hiburan, selain gilang dengan perhiasan Raya, merupakan wadah yang sempurna bagi mereka yang ingin merasakan suasana perayaan serta mengukir memori yang bermakna bersama insan tersayang.

Untuk menyemarakkan suasana perayaan, Cahaya Raya wujud hasil daripada inspirasi oleh pesona nostalgia Hari Raya Aidilfitri. Selaras dengan tema kerohanian dan budaya, Cahaya Raya bertujuan menyebarkan aura positif, termasuk meningkatkan kesedaran untuk komuniti autisme.

Di samping itu, pembeli boleh menerokai pelbagai booth yang terletak di ruang legar. Sambil bersuka-ria, bolehlah cuci mata sikit kan? Para pengunjung berpeluang untuk bergambar dan menyerikan lagi sambutan Hari Raya mereka.


Pelbagai ‘On-Ground Activities’ Tersedia Buat Para Pengunjung di Sunway Pyramid

Untuk menyemarakkan lagi sambutan dan pengembaraan Raya pembeli, Sunway Pyramid memperkenalkan Chamber of Lights iaitu zon Cahaya Interaktif yang membawa pembeli ke alam di luar imaginasi.

Dalam dunia hiasan LED interaktif yang mempesonakan, pembeli boleh menyemarakkan sambutan raya dengan cahaya yang memukau dan memancarkan cahaya untuk raya yang lebih cerah.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh tampil ke setiap booth yang didirikan di dataran tersebut termasuk Butik Rimba, iaitu jenama pakaian tradisional, Claire Organics, jenama kecantikan natural yang membawakan produk penjagaan kulit dan badan yang serba mewah namun mampu milik, dan booth untuk Early Autism Project (EAP), iaitu perintis dalam rawatan Analisis Tabiat Gunaan (ABA) di Malaysia. 

Booth Early Autism Project(EAP) bukan sahaja akan menjual produk dan mempamerkan karya-karya seni warga komuniti autisme, malah akan menggunakan segala untung yang dijana oleh booth tersebut juga untuk menampung usaha berterusan mereka dalam meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penerimaan insan yang bergelar penghidap autisme.

Di samping itu, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan meraih ganjaran di bengkel Brand dan booth Sunway eMall. Anda juga boleh menebus aneka hadiah seperti Set Sampul Raya, Set Jag Diamond, dan Set Kutleri Premium sebagai ganjaran atas perbelanjaan yang dibuat di pusat beli-belah ini!

Cahaya Raya akan berlangsung dari 24 Mac hingga 1 Mei 2023, menyediakan pengalaman unik buat pembeli-belah yang ingin mengamati keistimewaan sambutan Ramadan dan Raya.

Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Sunway Pyramid dan alami semangat perayaan tahun ini bersama orang ramai! Ayuh kita raikan semangat kekitaan dan mencetus perubahan dalam kehidupan golongan yang memerlukan sempena lebaran tahun ini. 🙂

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Sunway Malls Dalam Usaha Ke Arah Masa Depan Mampan

Sumber: BuzzKini/Pexels

Untuk rekod, Sunway Malls komited dengan UN-SDG terhadap alam sekitar serta sosial untuk kebaikan masyarakat di mana mereka tampil dengan melaksanakan enam inisiatif dalam usaha mereka untuk menyokong matlamat SDG.

Sunway Malls dalam masa sama, sedang berusaha ke arah masa depan yang mampan dengan memberi kerjasama kepada masyarakat dan pihak berkepentingan serta dalam proses membawa perubahan yang penting untuk menggalakkan lagi kelestarian alam sekitar.

Oleh itu, sebanyak enam inisiatif kelestarian telah digunakan dalam usaha syarikat ini membentuk alam sekitar yang lestari selain mencapai objektif untuk menyokong matlamat SDG, iaitu:

  • Pembangunan Operasi Mampan.
  • Pengurusan Sisa.
  • Pembangunan Masyarakat.
  • Pertanian Bandar.
  • Green Lease.
  • Perolehan Hijau.

Dengan adanya usaha seperti yang dilakukan oleh Sunway Malls ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyelesaikan masalah pencemaran di negara ini serta memberikan suasana alam sekitar yang lebih baik di masa hadapan.

Di samping itu, Sunway Pyramid juga akan memperkenalkan ‘Sensory Walls’ di kawasan-kawasan tertentu di sekitar pusat beli-belah ini, bertujuan memberi ketenangan dan keselesaan kepada warga komuniti autisme.

Menarik bukan?

BACA JUGA: Seiring Dengan Kempen SDG, Sunway Malls Tampil Dengan 6 Inisiatif Kelestarian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.