fbpx
bake with yen

Nak Hidangkan Tetamu Dengan Kek & Cookies Sempena Raya? Ikuti 4 Resepi Mudah Ini!

Antara menu pencuci mulut yang popular semasa hari raya adalah Butter Cake, Fruit Tart dan juga cookies. Nak buat pun mudah dan cepat sahaja!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setibanya musim Hari Raya Aidilfitri, secara automatik suasana ‘kuih raya’ akan diaktifkan!

Ada yang beria-ria nak buat kuih raya kegemaran bersama dengan ahli keluarga, ada pula yang nak beli sahaja. Katanya lebih mudah dan cepat. Tapi kalau dapat buat kuih raya bersama ahli keluarga, barulah meriah sikit dapur tu!

BACA JUGA: 10 Modern Kuih Raya You’ll See Every Year On Eid Fitr

Tapi, nak buat atau nak beli pun tak boleh kalau kita tak tahu nama-nama kuih Raya yang popular setiap tahun. Contoh kuih raya yang paling laris setiap tahun adalah Semperit, Almond London, Tat Nanas, Cornflake Madu, Sarang Semut, dan pelbagai lagi. (Fuh, terliur).

Khas buat anda yang ingin mencuba masuk ke dapur dan membuat kuih raya dan pencuci mulut lain untuk dihidangkan buat para tetamu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jangan risau.

Kami akan menyediakan beberapa resepi mudah yang boleh anda cuba!


4 Resepi Kek & Kuih Raya Yang ‘Super-Senang’ Untuk Dijamu Buat Para Tetamu!

#1. Resepi Kek Butter.

Sumber: Google.

Resepi yang mudah dan ringkas ini hanya akan mengambil kurang daripada satu jam untuk menghasilkan kek yang lembut, gebu, dan sedap, terus dari dalam oven anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250g /2 cawan tepung naik sendiri.
  • 200g /1 cawan gula kastor.
  • 1 sudu kecil serbuk penaik.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 250g unsalted butter jenama Echte Boter.
  • 4 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim.

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam (untuk mentega yang tidak bergaram). Kemudian campurkan bahan-bahan tersebut dengan menggunakan sudu atau pengadun sehingga sebati.
  2. Masukkan mentega (pastikan mentega telah lembut) dan gula kastor dalam mixer, kemudian pukul sehingga adunan menjadi kembang dan berwarna kuning pucat.
  3. Masukkan telur satu per satu sambil pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan adunan kering dan susu full cream secara bergantian sehingga adunan habis.
  6. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan tangan sehingga semua bahan sebati untuk mengelakkan pengadunan yang terlebih.
  7. Sapukan mentega atau margerin pada loyang dan letakkan kertas pembakar di atasnya.
  8. Tuangkan keseluruhan adunan ke dalam loyang, ratakan permukaannya dan ketuk 2-3 kali untuk mengelakkan gelembung udara atau rongga besar dalam kek.
  9. Bakar pada suhu 160-170° C selama 35-45 minit.Lepas selesai, dah boleh dihidangkan dan dijamu buat para tetamu. 🙂

#2. Resepi Fruit Tart.

Sumber: Google.

Kebiasaannya, Cheese Tart ataupun Fruit Tart memang akan menjadi menu pencuci mulut terpaling laris dan cepat sahaja habis setelah dihidangkan di atas meja makan. Letak je tak sampai 5 minit, lesap terus dan selamat dalam perut tetamu!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Tart:

  • 150 gram tepung gandum.
  • 25 gram gula aising.
  • 70 gram mentega (sejuk) jenama Butterich.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit esen vanilla.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Custard:

  • 1 cup susu segar.
  • 1 1/2 sudu besar tepung custard.
  • 1 1/2 sudu besar gula halus.
  • 1 sudu besar mentega jenama Butterich.
  • Sedikit esen vanilla.

Cara penyediaan Tart:

  1. Campurkan tepung, gula dan mentega yang telah dibekukan dan gaul hingga ia menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur ke dalam adunan tersebut dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut.
  3. Letakkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan dan cucuk sedikit dengan garfu ke dalam dasar adunan.
  4. Bakar pada suhu 160° C selama 20-25 minit (bergantung pada oven).

NOTA: Untuk mengekalkan kualiti tart, simpan dalam bekas yang kedap udara. Jika ingin digunakan, keluarkan dan letak bahan isiannya (filling).

Cara penyediaan Custard:

  1. Panaskan api kecil dan gaul semua bahan kecuali mentega dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  2. Pastikan tidak berhenti mengacau adunan kerana ia boleh berketul.
  3. Kemudian, tutupkan api. Masukkan mentega dan gaul sebati sehingga mentega larut dalam adunan.
  4. Tunggu sehingga adunan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kulit tart. Hias dengan buah di atasnya.
  5. Lepas selesai, dah boleh dihidangkan dan dijamu buat para tetamu. 🙂

#3. Resepi Victoria Sandwich Cake.

Sumber: King Arthur Baking

Kek Victoria Sandwich ini (dinamakan sempena Ratu Victoria) pada asalnya dibentuk dalam bentuk loyang panjang, diisi dengan krim dan dipotong kecil-kecil untuk dijadikan seperti sandwich. Tapi sekarang dah jadi kek bulat yang paling popular! Anda mesti pernah buat atau makan kek ini, sama ada versi original ataupun versi yang dimodifikasi.

Kek ini memang sesuai untuk dimakan pada waktu minum petang. Dan disebabkan ia menggunakan tepung naik-sendiri, senang je nak buat kek ini hari-hari. Resepi untuk Kek Victoria Sandwich atau Sponge ini hampir sama dalam setiap buku masakan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek:

  • 16 sudu besar (227g) mentega tiada garam jenama Ausicows pada suhu bilik.
  • 1 cawan + 3 sudu besar (234g) gula pasir.
  • 4 biji telur besar pada suhu bilik.
  • 1 1/4 sudu kecil ekstrak vanilla.
  • 1/4 sudu kecil ekstrak almond*
  • 2 cawan (227g) tepung naik-sendiri (Unbleached Self-Rising Flour) *Tiada dalam resepi, tapi boleh bagi rasa lebih ummph!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk filing:

  • 3/4 cawan (181g) jem 2/3 hingga 3/4 cawan (152g hingga 170g) krim pekat.
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanilla.
  • 2 sudu besar (25g) gula pasir, atau mengikut selera.
  • 2 sudu besar (28g) syrup, atau perisa pilihan anda.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 176°C. Grease kedua-dua buah loyang bulat bersaiz 8″.
  2. Dalam mangkuk bersaiz medium, pukul bersama mentega Ausicows dan gula sehingga sebati dan licin.
  3. Masukkan telur satu persatu, gosok bahagian bawah dan tepi mangkuk selepas setiap penambahan.
  4. Masukkan ekstrak (jika digunakan).
  5. Masukkan tepung, pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan dengan sama rata di antara kedua-dua loyang kek; masing-masing akan ada 15 auns adunan.
  7. Bakar kek kira-kira 22 hingga 26 minit, atau sehingga kek mula renggang dari tepi loyang. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan selama beberapa minit, dan keluarkan dari loyang ke atas rak untuk sejuk sepenuhnya.
  8. Bila kek sudah sejuk, letakkan satu lapisan di atas pinggan. Sapukan dengan jem pilihan anda.
  9. Whip krim – 2/3 cawan krim akan menghasilkan lapisan isi sederhana; 3/4 cawan krim, lapisan yang tebal. Taburkan 2 sudu besar gula pasir, atau ikut selera semasa memukul krim sehingga krim menjadi cukup kental. Kacau masuk vanilla di bahagian akhir.
  10. Sapukan whipped cream di atas jem. Letakkan lapisan kek kedua di atasnya.
  11. Sapukan atas kek dengan syrup, dan taburkan gula putih kasar. Atau, taburkan gula aising sebelum dihidangkan.
  12. Sejukkan kek di dalam peti sejuk sehingga anda ingin menghidangkannya. Kek akan sedap dimakan dalam tempoh 12 jam; tetapi kek ini masih sedap dimakan sehingga 2 atau 3 hari kemudian. Perbezaannya hanya pada krim yang akan bertambah padat seiring berjalannya masa.

#4. Resepi Peanut Butter Cookies.

Peanut Butter Cookies ini boleh tahan juga kesedapannya apabila dinikmati walaupun tengah malam. Kalau jenis mulut yang sentiasa nak mengunyah, cookies ini adalah paling sesuai untuk korang. Sebab untuk membuatnya, anda hanya perlukan beberapa bahan sahaja!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250gm Butter jenama Butterich
  • 250gm peanut butter
  • 1 cawan gula aising
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cawan tepung jagung
  • 4 cawan tepung gandum (500 gm)

Cara penyediaan:

  1. Gaul butter, peanut butter dan gula aising sampai sebati.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan vanilla. Gaul lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Gaul lagi sehingga doh tidak lagi melekat di tangan.
  4. Bakar 150°C selama 20 minit atau ikut sesuai ketuhar masing-masing.
  5. Lepas selesai, dah boleh dihidangkan dan dijamu buat para tetamu. 🙂

Persiapan Hari Raya Aidilfitri Lebih Mudah Dengan Bake With Yen!

Bake With Yen, spesialis dalam membuat, membekal, mengedar, dan menjual bahan-bahan, campuran, aksesori, serta peralatan baking wujud untuk memudahkan lagi kerja-kerja penyediaan kek dan kuih raya anda pada tahun ini.

Jadi, untuk anda yang teringin nak ‘berkampung’ di dapur sambil baking kek dan cookies kegemaran ahli keluarga, penyediaan bahan-bahan premium adalah penting untuk penghasilan produk yang terbaik.

Antara jenama dan jenis mentega terbaik yang boleh anda dapati di Bake With Yen adalah:

  1. Ausicows = sesuai untuk pembuatan kek.
  2. Echte Boter = sesuai untuk pembuatan roti/pastries.
  3. Butterich = sesuai untuk pembuatan cookies.
  4. Conaprole = sesuai untuk digunakan sebagai ‘spread’ di atas roti/toast.
Sumber: BuzzKini
Sumber: BuzzKini

Setiap resepi yang kami kongsikan di atas memerlukan mentega terbaik untuk penghasilan produk yang ‘top-notch’. Dan untuk pengetahuan korang semua, setiap jenama dan jenis mentega sebenarnya untuk penggunaan yang berbeza. Kalau nak buat kek, guna jenama tersendiri, sama juga seperti pembuatan cookies, roti, dan sebagainya.

Sumber: BuzzKini

Barulah tetamu boleh ‘impressed’ dengan menu pencuci mulut anda ketika Hari Raya nanti!

Apa tunggu lagi? Cepat dapatkan kesemua persediaan untuk membuat kuih raya di Bake With Yen dan pastikan anda hanya memilih jenama mentega yang terbaik, okay?

Sumber: BuzzKini

KLIK SINI untuk info lanjut dan dah boleh shopping mentega di BWY! 😉

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.