fbpx
Now Reading
Journify Perkenal Malaysia Airlines MHvacaypass Dengan 9 Destinasi Menarik Untuk Dilawati. 1 Pass Boleh Dapat 2 Perjalanan Pergi-Balik Ya!
journify malaysia airlines

Journify Perkenal Malaysia Airlines MHvacaypass Dengan 9 Destinasi Menarik Untuk Dilawati. 1 Pass Boleh Dapat 2 Perjalanan Pergi-Balik Ya!

Malaysia sememangnya dipenuhi dengan lokasi-lokasi menarik yang boleh diterokai dari pantai, gunung-ganang, lokasi untuk ‘food-hunting’, serta banyak lagi!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percutian adalah sesuatu perkara penting yang mungkin ramai terlepas pandang. Sejujurnya, ramai yang lebih fokus kepada pekerjaan masing-masing serta mencari jalan bagi menjana pendapatan lebih untuk kehidupan yang selesa, kan?

Tapi sebenarnya, tanpa disedari, kita sememangnya memiliki sikap terlalu egoistik untuk menjaga masa sehingga terlepas ‘pandang’ perkara paling penting dalam hidup iaitu kesihatan mental dan fizikal.

Macam mana cara terbaik untuk berehat dan relaks? Jawapannya, percutian santai tanpa perlu memikirkan hal-hal di pejabat yang tidak akan pernah habis. Manakan tidak, selesai satu tugas, timbul lagi 10 tugas baharu. Kan tak habis tu.

Sebab itulah kena pergi bercuti untuk ‘reset’ kembali.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Selepas penat lelah bekerja, pernah tak anda terfikir betapa bahagia sekiranya dapat berehat-rehat di tempat pantai, ataupun melihat pemandangan gunung-ganang dengan udara menyegarkan?

Fuh, nyaman betul bunyinya. Sebab itulah anda perlu mengambil cuti sekali-sekala untuk menerokai lokasi menarik di Malaysia yang masih belum diketahui. Kenalah ‘cover’ semua tempat, barulah boleh dipanggil ‘wanderlust’.

Sambil-sambil tu, boleh ‘rejuvenate’.


Nak Jadi ‘Kaki Travel’ Dengan Tawaran Menarik Untuk Percutian Dalam Malaysia? Boleh ‘Check Out’ MHvacaypass Ini. Confirm Berbaloi!

Berita baik untuk anda yang ingin menjadi seorang ‘kaki travel’ dan menginginkan fleksibiliti untuk disesuaikan dengan keperluan percutian anda, MHvacaypass ini direka khas buat anda yang mencari pengalaman baharu dan untuk mencuba aktiviti-aktiviti best yang tersedia di seluruh Malaysia sambil bercuti. Menarik, kan? Dah tak perlu fikir banyak untuk bercuti!

MHvacaypass: 1 Pas Dengan 2 Perjalanan Pergi-Balik!

MHvacaypass ini adalah pas pelancongan tematik yang membenarkan penumpang untuk melakukan dua (2) penerbangan pergi-balik dalam masa setahun ke destinasi pilihan. Pas-pas ini bertemakan perjalanan dan memberikan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di destinasi tertentu!

#1. MHvacaypass: Sun Days.

Kalau anda ingin bersantai di tepi pantai sambil melakar nama di persisiran, lokasi paling tepat untuk aktiviti santai ini sememangnya Johor Bahru dan Langkawi.

Dan jika anda sejenis yang menyukai aktiviti kebudayaan, mempelajari sejarah dan sebagainya, pun boleh sebab selain menjadi syurga pulau dan pantai yang memukau, hutan hujan yang subuh serta air terjun menawan juga menjadi ‘highlight’ di Langkawi yang kaya dengan flora dan fauna. Selain itu, kalau nak tengok sendiri monyet-monyet memanjat dan burung helang berterbangan menghiasi langit pun ada di Langkawi!

Di Johor Bahru pula, anda tidak akan kehabisan aktiviti kerana negeri ini semestinya mampu memenuhi kehendak orang ramai dengan wujudnya beberapa tarikan pelancongan terbaik yang ada di Malaysia. Contohnya, anda boleh menikmati kopi tarik di sepanjang Jalan Tan Hiok Nee yang bersejarah sebelum membeli-belah untuk cenderamata vintage di Pasar Karat yang terkenal.

Atau boleh juga memberikan peluang untuk si kecil bermain di bawah sinar matahari di tengah-tengah batu bata yang berwarna-warni, Legoland Malaysia. Oh! Tapi jangan lupa pakai ‘sunblock’ ya!

#2. MHvacaypass: Vitamin Sea.

Tengah stres sebab kerja banyak? Perlukan ‘Vitamin Sea’? Jangan risau, anda boleh berendam di  laut jernih di Tawau, Sabah dan juga Terengganu untuk memulihkan semula semangat yang hilang serta mendapatkan ‘vitamin sea’ yang diperlukan.

Tak kisahlah sama ada anda seorang yang ‘pro’ menyelam atau tidak, kalau nak tengok sendiri laut di Tawau yang indah dan menakjubkan ini, kena pakai pelampung okay! Teringin nak cuba?

Boleh ke Pulau Sipadan di Tawau yang popular dengan terumbu karang yang cantik dan gua batu kapur di bawah air.

#3. MHvacaypass: Foodie Hunt.

Anda ‘Kaki Makan’?

Don’t worry! Mestilah ada aktiviti untuk anda sebab di Kota Kinabalu dan Sandakan ada lokasi masakan etnik yang tersedia di beberapa buah lokasi di sana dan paling menarik, ianya disediakan oleh masyarakat Melayu, Cina, Kadazan-Dusun, Bajau, Murut dan lain-lain.

Anda juga boleh menikmati hidangan Hinava yang segar iaitu dikenali sebagai hidangan Kadazan-Dusun yang pedas dan masam, dihasilkan dengan ikan mentah dicampur bersama jus limau serta rempah tempatan. Uish, lazat bunyinya!

#4. MHvacaypass: Heritage Discovery.

Miri & Penang merupakan dua Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia, di mana penumpang boleh melancong ke Taman Negara Mulu melalui Miri dan mendaki Pinnacle of Borneo yang mencapai ketinggian 45 meter di atas lantai hutan.

Taman ini juga mempunyai gua yang diisi dengan artifak kuno dan peninggalan orang yang pernah tinggal di sana ribuan tahun yang lalu. Penang pula merupakan salah satu bandar yang kaya dengan sejarah terpenting di Asia Tenggara dan dinamakan sebagai ‘Pearl of the Orient’.

#5. MHvacaypass: Nature Trail.

Kuching & Miri dikenali sebagai destinasi utama di Sarawak untuk mereka yang ingin lebih mendekati alam semula jadi dengan mendaki dan terokai air terjun baru, flora dan fauna hutan Borneo, serta lebih mendalami alam semula jadi dengan lebih dalam.

Anda juga boleh menuju ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Kuching di mana anda boleh bertemu dengan ‘cousin’ berbulu iaitu; Orang Utan. Lepas itu bolehlah berjalan-jalan santai di Pantai Tusan, Miri pula kalau nak layan ombak dan keindahan pantai. Barulah jiwa tenang ~


Apa lagi yang best tentang MHvacaypass ini?

Dengan MHvacaypass ini, anda boleh menikmati dua perjalanan pergi-balik dalam satu pas serta manfaat premium yang membolehkan anda melancong dengan fleksibiliti dan harga serendah RM531.10 sahaja!

Wow, murah tu. Nak tahu apa manfaat premium yang boleh didapati apabila melancong dengan MHvacaypass ini?

  • 2 perjalanan pulang menggunakan 1 pas yang sah selama 12 bulan bermula tarikh pembelian dan penukaran tarikh yang tidak terhad (tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, dengan tempahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perjalanan).
  • Boleh membawa bagasi ‘check-in’ dengan maksimum 35kg dan bagasi kabin 7kg.
  • ‘Priority check-in, dan pemilihan tempat duduk standard.
  • Boleh menaiki penerbangan awal dengan ‘Go Show’ yang tidak terhad (hanya terpakai untuk penerbangan pada hari yang sama dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk).
  • Makanan ringan, makanan dan minuman dalam penerbangan disediakan secara percuma.
  • Boleh mengumpul mata ahli Enrich Malaysia Airlines.
  • Baucar Journify bernilai RM30 (hanya untuk 200 pelanggan pertama).

Menarik kan? MHvacaypass ini sememangnya adalah cara paling fleksibel, murah, dan berbaloi untuk melancong dengan 1 pas dan 2 perjalanan pulang! Memang rugi kalau tak beli. Bila lagi nak bercuti selepas terlalu sibuk di tempat kerja.


Nota Penting Buat Pemegang MHvacaypass

Perlu diingatkan, MHvacaypass ini adalah terhad kepada 1,000 pas sahaja dengan x 5 pas pelancongan tematik iaitu 5,000 pas keseluruhan yang dijual ekslusif di Journify.com dan ditebus di malaysiaairlines.com. Ingin tahu cara untuk menebus? Boleh lihat visual di bawah:

Nota: Anda disarankan untuk membuat penempahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perjalanan. Anda juga harus menjadi ahli Enrich terlebih dahulu untuk membeli.

Kesemua destinasi adalah ke/dari KUL iaitu di Terminal 1 KLIA. Penerbangan juga harus ditempah dan diterbangkan dalam tempoh 12 bulan dari pembelian. Perlu diingatkan bahawa ia adalah terhad kepada 1,000 pas setiap satu (x5, jumlah keseluruhan 5,000 pas).

Jadi, jangan tunggu lagi. Jom bercuti bersama pakej MHvacaypass oleh Malaysia Airlines dekat Journify! 😉

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.