fbpx
Now Reading
Sempena Aidilfitri, Sambut Raya Dengan Suasana ‘Ala Kampung’ Di Legoland Malaysia

Sempena Aidilfitri, Sambut Raya Dengan Suasana ‘Ala Kampung’ Di Legoland Malaysia

Rasai pengalaman menyambut Hari Raya dengan suasana ala kampung di LEGOLAND Malaysia Resort bermula dari 21 April hingga 21 Mei ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

LEGOLAND® Malaysia Resort sedia menyambut tetamu yang berkunjung ke resort pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Bermula dari 21 April hingga 21 Mei, resort ini akan berubah ‘wajah’ menjadi sebuah kampung warisan Malaysia di mana pengunjung boleh menonton persembahan tradisional dan mempelajari budaya masyarakat Melayu menerusi aktiviti-aktiviti pilihan.

Di Kampung LEGOLAND Malaysia Resort, para tetamu boleh berehat di Halaman Desa atau Anjung Seri dengan berpakaian Raya.

Tetamu yang terdiri dari golongan anak muda juga boleh memilih untuk memakai rekaan batik dan songket yang terdapat di resort supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan latar belakang kampung yang ditonjolkan.

Bagi memastikan tetamu dan keluarga terhibur, beberapa permainan tradisional seperti Teng Teng, Chapteh, Congkak serta Batu Seremban akan disediakan di seluruh resort.

Buat anda yang tidak tahu atau terlupa, jangan risau kerana ada ‘Model Citizen’ yang akan membantu menyegarkan ingatan anda.

Pengalaman di LEGOLAND berbeza dari taman teman lain

Menurut Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort CS Lim, LEGOLAND Malaysia Resort percaya apa yang membezakan taman tema mereka dengan yang lain di rantau ini adalah ‘pengalaman berbeza’ yang ditawarkan kepada tetamu memandangkan Malaysia kaya dengan budaya, dan seni masyarakat yang berbilang kaum.

Berbekalkan panduan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dicampur dengan keunikan LEGOLAND, mereka percaya dapat mencipta pengalaman Hari Raya yang asli buat para pengunjung di sana.

“Kami menjemput semua yang berminat untuk belajar tentang tradisi Hari Raya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu semasa perayaan ini untuk menyertai kami di resort sebelum 21 Mei,” kata CS Lim.


Dalam pada itu Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB
Raven Kumar a/l Krishnasamy pula menyifatkan kempen oleh LEGOLAND Malaysia Resort ini dapat berfungsi sebagai satu ‘model hebat’ bagaimana pemain industri boleh memainkan peranan mereka dalam membantu mengimejkan semula pelancongan dengan memanfaatkan keunikan budaya di Malaysia.

“Kami memuji LEGOLAND Malaysia Resort atas kreativiti mereka dalam memacu pelancongan ke Malaysia,” kata Raven Kumar.

Para tetamu di perayaan Raya ini akan menemui banyak keajaiban LEGO® sambil merasai sendiri budaya Malaysia melalui muzik, hiburan dan aktiviti bersama keluarga dan rakan mereka.

Antara aktiviti menarik di LEGOLAND Malaysia Resort adaah:

  • Ziarah-menziarah di SEA LIFE Malaysia dan terima sedikit sesuatu yang manis. Sama seperti bila Rakyat Malaysia pulang ke kampung, tetamu boleh menziarahi dari satu “Kampung” ke “Kampung” di akuarium untuk mengumpul setem dan menerima layanan istimewa. Ini direka untuk melambangkan tradisi Kunjungan Raya keluarga di rumah mereka dan menerima Duit Raya.
  • MINILAND Aidilfitri Hunt, eksplorasi mencari ilmu di mana tetamu boleh belajar tentang pelbagai jenis reka bentuk Rumah Kampung di Malaysia. Tetamu yang berjaya menamakan kesemua lima jenis Rumah Kampung yang terletak di MINILAND dan menemui semua LEGO Wau Bulan, Ayam dan Bunga Raya berpeluang memenangi hadiah eksklusif bertemakan LEGOLAND Malaysia.
  • Pada hujung minggu, Aktiviti Raya Istimewa akan membolehkan tetamu mempelajari bagaimana batik tradisional dilukis selain cara menganyam ketupat.
  • Dari waktu pembukaan hingga penutupan resort, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan tarian Melayu tradisional dan yang dimodenkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman LEGOLAND di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.