fbpx
Now Reading
Masalah Kewangan Antara Punca Penceraian, Ini Enam Kesilapan Yang Biasa Dibuat Oleh Pasangan Muda

Masalah Kewangan Antara Punca Penceraian, Ini Enam Kesilapan Yang Biasa Dibuat Oleh Pasangan Muda

Antara kesilapan paling kerap dilakukan pasangan muda adalah mengamalkan konsep ‘Biar Papa, Asal Bergaya’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menuju ke gerbang perkahwinan merupakan perkara yang paling membahagiakan bagi setiap individu.

Dalam membentuk rumah tangga bahagia yang harmoni, perancangan dan persiapan yang rapi harus dibuat sebelum menggalas tanggungjawab yang besar ini.

Namun, ada di antara kita yang mengabaikan tanggungjawab dan mengambil mudah mengenai definisi sebenar perkahwinan.

Berdasarkan daripada statistik permohonan tribunal dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2013 hingga Mei 2019 menunjukkan sebanyak 17,359 kes penceraian di Malaysia adalah berpunca daripada masalah kewangan.

Enam Kesilapan Kewangan Pasangan Muda

Berikut merupakan enam kesilapan kewangan yang sering dilakukan oleh pasangan muda yang baru berkahwin.

#1 Amal konsep ‘Biar Papa, Asal Bergaya’

Kebanyakan golongan muda pada masa kini gemar memilih untuk hidup dengan gaya mewah dan mengikut trend terkini.

Rata-rata daripada golongan ini gemar menunjukkan gaya hidup mewah di media sosial dan sanggup berhabis wang untuk kepuasan diri.

Contohnya seperti makan di restoran mewah dan memilih kereta yang tidak sesuai dengan ‘poket’ sendiri hingga akhirnya mendatangkan padah kepada kewangan masing-masing.

Foto:Pexels

#2 Belanja Melebihi Pendapatan

Komitmen bulanan yang tinggi serta mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk gaya hidup yang mewah boleh menjejaskan kehidupan rumah tangga.

Sebagai contoh, bayaran bulanan kereta dan rumah yang melebihi 50% daripada pendapatan bulanan atau komitmen lain seperti penggunaan kad kredit bagi perkara yang tidak penting.

#3 Tiada Simpanan Kecemasan

Akaun simpanan kecemasan perlu dibuat untuk tujuan kecemasan, seperti kehilangan pekerjaan, kecederaan, atau masalah kewangan yang tidak terduga.

Bagaimanapun, akibat daripada tuntutan perbelanjaan bulanan yang tinggi, ia menyukarkan golongan muda untuk membuat simpanan kecemasan ini.

Foto: Freepik

#4 Tiada Tabung Pendidikan Anak-Anak

Pendidikan anak-anak merupakan pelaburan yang paling besar dalam kehidupan berumah tangga. Kos pendidikan anak-anak boleh mencecah sehingga RM400,000 bermula dari kecil sehingga dewasa.

Namun, masih ramai pasangan muda yang mengabaikan pendidikan anak-anak dengan tidak membuat simpanan dari mula.

Foto: Freepik

#5 Tiada Perlindungan Insurans

Ada di antara pasangan yang memandang remeh mengenai kepentingan insurans dan menganggap pengambilan insurans adalah merugikan.

Keadaan ini akan berubah menjadi sebaliknya sebaik anda atau ahli keluarga dimasukkan ke hospital khususnya hospital swasta bagi menjalani rawatan perubatan.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hanya 22% rakyat Malaysia mempunyai insurans kesihatan.

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

#6 Terlibat Dengan Pelaburan Berisiko

Kebanyakan golongan muda memilih jalan pintas untuk mendapat keuntungan segera. Satu kesilapan yang biasa dibuat adalah dengan melaburkan kesemua wang yang ada untuk pelaburan.

Kesimpulannya, pasangan muda khususnya yang baru mendirikan rumah tangga harus menilai dan merancang kewangan dengan betul.

Dengan membuat perancangan yang betul, ia dapat membantu anda mencapai matlamat kewangan jangka panjang, memastikan kestabilan kewangan dan paling penting dapat menjaga keharmonian rumah tangga.

Baca Artikel Berkaitan: Suami Terlalu Romantik dan Rajin Punca Isteri Minta Cerai

Baca Artikel Berkaitan: Tuntut Cerai Sebab Nafkah, Rupanya Suami Banyak Hutang Sebab Isteri ‘Demand’ Bersalin Hospital Swasta [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.