fbpx
Now Reading
Influencer Dengan Pendapatan RM3,111 Sebulan dan Ke Atas Perlu Bayar Cukai

Influencer Dengan Pendapatan RM3,111 Sebulan dan Ke Atas Perlu Bayar Cukai

Kebanyakan influencer tayang gaya hidup mewah namun tidak semua diantara mereka yang membayar cukai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, media sosial seperti Facebook,Tiktok dan Youtube dijadikan sebagai platform untuk menjana pendapatan bagi sesetengah individu.

Mereka yang dikenali sebagai ‘influencer’ atau pempengaruh dikatakan mampu menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit dengan menghasilkan video atau membuat hantaran melalui platform berkenaan.

Bayaran akan dibuat berdasarkan kepada bilangan tontonan dan juga bilangan pengikut.

Semakin tinggi tontonan, semakin tinggi bayaran yang diperolehi.

Begitu juga dengan bilangan pengikut. Semakin banyak jumlah pengikut di media sosial, semakin tinggi bayaran yang akan diterima.

Hidup Mewah Tapi Tak Bayar Cukai

Namun menurut peguam cukai, Ezmeer Zulkarnain meskipun kebanyakan influencer hidup mewah namun ada di antara mereka yang tidak membayar cukai.

“Asas cukai perlu diperluas kepada perniagaan dalam talian dan media sosial. Jika dilihat ‘influencer’ dan ‘founder’ (pengasas) produk ini secara meluar menunjukkan kemewahan, namun bukan semua daripada membayar cukai,” katanya.

Beliau berpendapat, golongan ini perlu ada kesedaran untuk membayar cukai kerana telah menikmati pelbagai kemudahan dan inisiatif daripada kerajaan.

Influencer Dengan Pendapatan RM3,111 Sebulan Layak Bayar Cukai

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), influencer bujang dengan pendapatan RM3,111 sebulan atau RM37,333 setahun adalah layak untuk dikenakan cukai bagi Tahun Taksiran 2022.

“Bagi mereka yang berkahwin dan mempunyai anak serta memilih jenis taksiran bera­singan, pendapatan minimum setahun lingkungan RM39,333 hingga RM41,333 atau RM3,278 hingga RM3,444 sebulan.”

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dan memilih jenis taksiran bersama, pendapatan minimum setahun yang layak dikenakan cukai adalah RM48,000 setahun atau RM4,000 sebulan.

Walaubagaimanapun, pengenaan cukai adalah bergantung kepada jumlah pelepasan individu yang dituntut seperti pelepasan diri, isteri, anak dan lain-lain atau rebat cukai.

Media sebelum ini melaporkan aplikasi Tiktok adalah lubuk duit di mana influencer boleh dibayar sehingga RM10,000 bagi satu hantaran video.

Kebiasaannya, bayaran dibuat berdasarkan jumlah tontonan atau bilangan pengikut di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Memerhati” – LHDN ‘Ingatkan’ Influencer & TikTokers Untuk Tampil Laporkan Pendapatan

Baca Artikel Berkaitan: Masih Ada Yang Keliru, Ini Jumlah Gaji Bulanan Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.