fbpx
Now Reading
Pakar Tekankan IQ & EQ Kanak-Kanak Perlu Seimbang Untuk Perkembangan Di Masa Hadapan
enfagrow A+

Pakar Tekankan IQ & EQ Kanak-Kanak Perlu Seimbang Untuk Perkembangan Di Masa Hadapan

Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Rakhee otak manusia merupakan satu ciptaan semula jadi yang menarik dan lebih banyak sel otak berhubung ia boleh membantu kepada perkembangan holistik otak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara perkara yang sering menjadi perhatian ibu bapa kepada anak kecil dan bayi sudah tentulah perkembangan otak mereka.

Ini kerana, mereka mahu anak-anak membesar dengan baik dan mempunyai perkembangan otak yang seiring dengan usia.

Oleh itu, antara sumber yang dapat membantu kepada perkara tersebut sudah tentunya pemakanan yang seperti susu formula bagi kanak-kanak.

IQ dan EQ perlu seimbang untuk menghadapi masa depan

Baru-baru ini, ketika berlangsungnya acara Enfagrow A+ Mindpro Holistic Brain Expo Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Ara Damansara Dr. Rakhee Yadav bersama Pakar Neurosains dan Anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr. Cheah Pike See telah berkongsi bahawa ibu bapa perlu mengambil berat mengenai perkembangan seimbang Inteligence Quality (IQ) dan juga Emotion Quality (EQ) untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.

“Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Morbiditi Kesihatan 2019 (NHMS), dianggarkan satu daripada 20 kanak-kanak Malaysia berusia 5 hingga 9 tahun mengalami gangguan mental. Kanak-kanak memerlukan perkembangan IQ dan EQ yang seimbang untuk bersedia menghadapi masa hadapan.

“Meskipun kejayaan profesional menjadi cita-cita kebanyakan ibu bapa untuk anak-anak mereka, ia juga sama penting untuk mewujudkan generasi masa hadapan yang mampu membina hubungan sosial, mengendalikan tekanan dan menjalani kehidupan dengan yakin untuk menempuh cabaran dalam kehidupan dunia serba pantas ini,” kata Dr. Rakhee Yadav.

Terdapat 3 blok penting untuk pembesaran kanak-kanak

Menurut Cheah Pike See pula, beliau turut menekankan bahawa pemakanan, jalinan hubungan serta pengalaman merupakan tiga blok penting bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Ini kerana ia menyumbang kepada intelektual, emosi serta sosial kanak-kanak.

“Justeru, penting bagi ibu bapa dan pendidik menyedari dan menyediakan kanak-kanak dengan pemakanan yang betul, sokongan emosi dan pengalaman yang positif sepanjang proses pembentukan ini. Perkara ini menjadi asas kepada kejayaan masa depan dan perkembangan holistik sepanjang hayat.”

Kepentingan memupuk emosi kanak-kanak untuk perkembangan EQ

Pandangan pakar-pakar ini turut disokong oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), yang mengiktiraf kesedaran yang kian meningkat dalam kalangan ibu bapa dan pendidik mengenai kepentingan memupuk kesejahteraan emosi kanak-kanak serta dapat mengembangkan EQ mereka di samping kemahiran akademik.

Pembangunan EQ telah menjadi tumpuan di Malaysia, dengan penekanan kepada pembelajaran sosial dan emosi yang kian meningkat di sekolah dan program pendidikan awal kanak-kanak. 

Ulasan ini dikongsi pada majlis pelancaran Holistic Brain Expo – Ekspo Pendidikan untuk Kanak-kanak yang Bersedia Menghadapi Masa Depan, satu kerjasama antara Enfagrow A+ MindPro dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menekankan dedikasi mereka kepada masa hadapan pendidikan.

Seramai lebih 500 pelajar dan pendidik dijemput untuk hadiri ekspo pendidikan

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, UPM memainkan peranan penting dalam membentuk kandungan dan objektif ekspo ini. Tambahan pula, Enfagrow A+ MindPro turut mengundang lebih 500 pelajar dan pendidik daripada 15 tadika di Lembah Klang untuk menghadiri ekspo pendidikan yang berprestij ini.

Ekspo berkenaan dilancarkan secara rasmi oleh individu yang dihormati termasuk Prof Madya Dr. Cheah Pike See; Dr. Rakhee Yadav, Brian Fischel, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam; serta Ibu Selebriti Enfagrow A+ MindPro, Nur Fazura.

“Otak manusia merupakan satu ciptaan semula jadi yang menarik. Semasa pertumbuhannya, sel-sel otak berkembang untuk membina pelbagai sambungan dan rangkaian. Lebih banyak sel otak berhubung, ia dapat menyokong perkembangan holistik otak.

“MFGM dan DHA mengeluarkan bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter, yang menghantar maklumat dari satu sel otak ke sel yang lain, sekali gus mengawal kebolehan mental dan emosi.

“Ianya penting bagi ibu bapa untuk memahami khasiat yang diperlukan ketika tempoh awal si kecil dan sebaik-baiknya pemakanan harus mengandungi MFGM untuk membantu menyokong perkembangan EQ dan tahap DHA saranan pakar yang menyokong perkembangan IQ.

“Manfaat pemakanan berlanjutan sehingga ke zaman remaja, dan akan membentuk kesejahteraan intelektual dan emosi kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang,” tambah Dr Rakhee Yadav.

Pemakanan komponen penting untuk perkembangan otak sepanjang 5 tahun pertama

Foto: Afifa / BuzzKini

Kata Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Vietnam, Brian Fishchel Enfagrow A+ MindPro mengiktiraf peranan penting terhadap pemakanan yang baik terutama sepanjang tempoh 5 tahun pertama dalam kehidupan si kecil untuk memupuk perkembangan otak mereka secara menyeluruh.

“Penyelidikan menunjukkan bahawa 90% daripada perkembangan otak berlaku dalam tempoh ini, justeru asas pemakanan yang kuat menjadi keutamaan.

“Masa depan sentiasa berubah,  meliputi pelbagai cabaran seperti perubahan iklim dan peluang yang tercetus daripada kecerdasan buatan (AI), kesedaran ibu bapa semakin meningkat terhadap kesediaan anak mereka untuk menghadapi landskap yang berubah dan meneruskan laluan kerjaya pilihan mereka. Dengan pengalaman dan kepimpinan dalam industri berdekad lamanya, Enfagrow A+ MindPro telah merevolusikan pemakanan kanak-kanak menerusi penemuan saintifik seperti DHA & MFGM.

“Kami tetap teguh dalam komitmen kami untuk memperkasakan ibu bapa dan pendidik, yang menggalakkan pendekatan secara holistik kepada perkembangan otak kanak-kanak. Ekspo pendidikan ini merupakan platform untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat yang lebih meluas, dengan mengetengahkan kepentingan membina asas yang tepat sejak kecil lagi,” katanya. 

Rasai pengalaman menarik di ekspo bermula 18 Mei hingga 21 Mei

Ekspo ini mengetengahkan pelbagai pengalaman interaktif seperti jelajah maya Brainverse, sebuah kubah berkilauan di mana pengunjung akan dibawa ke ruang ‘dalaman otak’ untuk paparan rangkaian saraf apabila otak berkembang sepanjang lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak.

Selain itu, anda berpeluang melihat pameran otak sebenar dan merasai permainan anatomi otak sintetik, teknologi interaktif untuk mengetahui bagaimana otak bekerja serta permainan dan cabaran otak yang menyeronokkan.

Malah ibu bapa juga dapat menimba ilmu daripada pakar terkemuka berhubung pemakanan yang betul buat anak-anak, pendidikan keibubapaan serta gaya hidup sihat atau pilihat persekitaran bagi menyokong perkembangan optimum kanak-kanak.

Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Ia dibuka dari jam 10 am – 10 pm mulai 18 Mei hingga 21 Mei dan ekspo berkenaan sesuai untuk ibu bapa, kanak-kanak, pendidik dan pakar penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Enfagrow A+.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.