fbpx
Now Reading
‘Tak Kerja Nak Makan Apa?” – Desakan Hidup Dorong Wanita Umur 60 Tahun Jadi Pemandu Bas Sekolah Haram

‘Tak Kerja Nak Makan Apa?” – Desakan Hidup Dorong Wanita Umur 60 Tahun Jadi Pemandu Bas Sekolah Haram

Kenaikan kos sara hidup selain kesukaran mendapat pekerjaan menjadi punca golongan warga emas ini sanggup melakukan apa sahaja bagi menampung kehidupan seharian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kenaikan harga barang dan kos sara hidup terus menjadi cabaran buat individu di Malaysia dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Hampir semua golongan terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga menyebabkan ada setengah daripada mereka terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung kehidupan harian.

Faktor Desakan Hidup, Tiada Majikan Terima Bekerja Punca Jadi Pemandu Bas Haram

Antara golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini adalah golongan ibu tunggal dalam kalangan warga emas.

Keadaan ini menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja sehingga ada yang memilih untuk menjadi pemandu bas haram atau van sapu.

Menurut seorang pemandu bas sekolah haram yang hanya dikenali sebagai Bamasathi, 60, dia memilih untuk menjadi pemandu bas sekolah haram setelah kematian suaminya pada 14 tahun lalu.

Dia berkata, dengan faktor usia yang semakin meningkat, tiada majikan yang mahu mengambil dia bekerja dan dia perlu mencari wang bagi menampung kehidupan seharian.

“Kalau tidak kerja hendak makan apa. Kos sara hidup mana pernah turun, naik adalah.” ujarnya.

“Saya menanggung bayaran sewa rumah RM1,000 sebulan, manakala anak tunggal saya baru mendapat kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan sekitar RM2,000,” katanya.

Pernah Ada Lesen Namun Syarat Ketat Dan Karenah Birokrasi Sukarkan Proses Perbaharui Permit

Dia sebelum ini dikatakan pernah memiliki lesen dan dokumen yang sah sebagai pemandu bas sekolah, namun, tidak dapat memperbaharuinya disebabkan oleh karenah birokrasi.

Dalam pada itu, seorang lagi pemandu bas haram, Kemalavathi, yang berusia 59 tahun berkata, dia juga dikatakan pernah cuba memohon sebagai pemandu bas berdaftar, namun gagal kerana tidak memenuhi syarat hanya kerana usia kenderaannya yang melebihi 20 tahun.

“Takkan saya mahu tunggu sampai syarat dipatuhi. Saya pun bukan orang kaya dan tiada wang hendak beli van baharu,” ujarnya.

Namun dia tetap menjadikan keselamatan penumpang sebagai aspek utama ketika bekerja.

“Walaupun tidak berdaftar, namun saya bukan bawa laju-laju dan melebihi muatan, asalkan anak-anak selamat sampai ke rumah setiap hari,” katanya.

Kebanyakan ibu bapa pada hari ini memilih untuk menggunakan perkhidmatan mereka kerana ketiadaan atau bas sekolah yang terhad memasuki kawasan perumahan.

Sebagai info, pemandu van yang membawa pelajar sekolah tanpa permit boleh dikenakan saman mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 mengikut seksyen yang sama.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan juga pernah menyita sebuah van persendirian selepas dikesan membawa murid sekolah tanpa permit yang sah di Bahau Negeri Sembilan pada Mei 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu & 12 Pelajar Cedera Lepas Van Sekolah Hilang Kawalan Dan Terbabas

Baca Artikel Berkaitan: Disyaki Cabul Pelajar 11 Tahun, Pemandu Van Sekolah Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.