fbpx
Now Reading
Tak Sanggup Lihat Ibu Bapa Tinggal Di Rumah Usang, Adik-Beradik Sepakat Kumpul RM250,000 Untuk Bina Rumah Baharu

Tak Sanggup Lihat Ibu Bapa Tinggal Di Rumah Usang, Adik-Beradik Sepakat Kumpul RM250,000 Untuk Bina Rumah Baharu

Rumah lama keluarga itu yang terletak di hadapan rumah baru di Kampung Chasi To Uban, Pasir Mas dikatakan hampir usang akibat daripada masalah banjir yang dihadapi setiap tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi fitrah sebagai ibu bapa, pasti mereka akan berusaha untuk menunaikan tanggungjawab yang terbaik untuk anak-anak.

Sehubungan itu, ramai anak-anak yang akan cuba untuk membalas kembali jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan mereka.

Kumpul Wang RM250,000, Balas Jasa Ibu Bapa Dengan Bina Rumah Baharu

Begitulah yang dilakukan oleh 14 beradik di Pasir Mas, Kelantan ini apabila sepakat mengumpul RM250,000 bagi membina rumah baharu selepas kediaman ibu bapa mereka semakin usang akibat sering dilanda banjir pada setiap tahun.

Menurut anak pasangan Ramly Yaacob dan Rohani Mat Zain, Mohd Tarmizie Ramly, 32, dia dan adik-beradiknya mengambil keputusan dan sepakat untuk membina rumah baharu kerana tidak sanggup melihat orang tua mereka menghadapi masalah banjir setiap tahun.

“Sebab itu apabila semua adik-beradik sudah besar dan ada kerjaya, kami sepakat kumpul duit tetapi tidak tetapkan jumlahnya, ikut kemampuan dan ketika itu juga tiga lagi adik masih bersekolah,” katanya.

Rumah yang mempunyai enam bilik tidur dan empat bilik air itu siap sepenuhnya pada tahun 2019 dan dibina berhadapan dengan rumah lama mereka di Kampung Chasi To Uban, Pasir Mas, Kelantan.

“Selepas duit mencukupi, kami bina rumah di tapak baru dan rumah lama yang juga milik nenek (ibu kepada ibunya) tidak dirobohkan kerana banyak kenangan di rumah itu. Tapak rumah itu juga lebih tinggi, jadi mereka tidak terjejas banjir lagi,” ujar Tarmizie.

Rumah itu juga dikatakan telah hampir empat tahun diduduki oleh ibu bapanya.

Kisah berkenaan keluarga turut tular di media sosial setelah isteri Tarmizie memuat naik video di aplikasi tik tok menerusi akaun @aidamize9491 dan menerima pujian orang ramai.

Menurut Tarmizie, video itu sebagai kenangan bagi mereka setelah bapanya meninggal dunia pada 7 April yang lalu akibat angin ahmar.

Bersyukur Arwah Bapa Sempat Tinggal Rumah Baharu

Tarimizie turut menzahirkan rasa syukur arwah bapanya sempat tinggal di rumah baharu yang dibina hasil kutipan duit bersama adik-beradik.

“Ayah meninggal dunia selepas sembilan hari dia diserang angin ahmar dan kami bersyukur arwah sempat merasa empat tahun tinggal di rumah yang lebih selamat, selesa, cantik dan luas,” katanya.

“Apabila dapat rumah baru mereka sangat gembira, tetapi bagi kami rumah baru itu sebenarnya belum cukup setanding dengan pengorbanan mereka yang menyekolahkan dan membesarkan kami,” ujarnya lagi.

Selain rumah, dia dan adik-beradiknya turut berpakat membeli kereta Perodua Axia untuk kegunaan dan kemudahan ibu bapa mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Balas Jasa, Zoey Rahman Hadiahkan Kondo 500K Untuk Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Ingatkan”- Pemandu Grab Beri Nasihat Jangan Lupakan Ibu Bapa Buat Ramai Sebak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.