fbpx
Now Reading
Pasca Covid-19: Semakin Ramai Alami Kesihatan Mental

Pasca Covid-19: Semakin Ramai Alami Kesihatan Mental

Bagi tahun 2022, seramai 33,000 individu tampil mendapatkan sokongan ekoran dari masalah kesihatan mental yang mana rata-ratanya berpunca dari krisis kewangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pandemik Covid-19 yang melanda negara sememangnya memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kesan daripada pandemik ini, ada diantara individu yang kehilangan ahli keluarga dan punca pendapatan hingga menyebabkan gangguan kepada kesihatan mental mereka.

Lebih 100,000 Individu Hidap Masalah Kesihatan Mental Sejak Tahun 2020

Menurut Pengerusi Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar, bilangan individu yang mengalami masalah kesihatan mental meningkat sejak Covid-19 melanda negara pada awal tahun 2020.

Sehingga kini, bilangan ini menunjukkan peningkatan berdasarkan statistik yang direkodkan.

Ujarnya, lebih 100,000 individu menggunakan platform MIASA bagi mendapatkan khidmat sokongan sejak pandemik melanda pada awal 2020.

“Sejak akhir-akhir ini, tahap kesedaran kesihatan mental semakin meningkat dan tugas kami di MIASA membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik meskipun didiagnosis dengan penyakit mental,” katanya.

Bagi tahun 2022 sahaja, lebih 33,000 individu tampil ke MIASA bagi bantuan sokongan dari segi kesihatan mental, emosi dan rohani.

Tambah beliau, kebanyakan daripada individu ini merupakan golongan yang terjejas dari segi pendapatan dan mengalami krisis kewangan setelah hilang punca pendapatan.

Antara contoh gangguan kesihatan mental yang kebiasaannya dialami adalah kemurungan, depresi, kecelaruan bipolar dan skizofrenia.

Kesedaran Berkaitan Kesihatan Mental Perlu Ditingkatkan

Beliau berkata, kesedaran tentang kesihatan mental perlu ditingkatkan agar tiada lagi pandangan negatif berkaitan perkara ini dalam masyarakat.

“Kita juga mahu mewujudkan masyarakat yang tiada lagi stigma dan diskriminasi terhadap golongan ini sekali gus menyokong usaha kita membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan,” ujarnya.

Menurut beliau, kesedaran ini juga penting agar individu yang mengalami kesihatan mental tidak merasa takut atau malu untuk mendapatkan rawatan.

Tambah beliau lagi, kebanyakan individu yang mengalami masalah kesihatan mental lebih gemar berjumpa dengan dukun atau bomoh kerana menganggap masalah mental yang dihadapi berpunca daripada mistik.

“Apa yang menyedihkan ialah masih ada yang berjumpa dukun dan bomoh kerana percaya masalah mental mereka berpunca daripada perkara mistik,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Membimbangkan!’ – 424,000 Kanak-Kanak Berdepan Dengan Isu Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Covid-19 : ‘Pramugari’ Lari Dari Hospital Taiping Ada Simptom Mental

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.