fbpx
Now Reading
Netflix Kenakan Caj RM13 Untuk Pengguna Yang Berkongsi Akaun Tapi Tidak Tinggal Serumah

Netflix Kenakan Caj RM13 Untuk Pengguna Yang Berkongsi Akaun Tapi Tidak Tinggal Serumah

Netflix sebelum ini mengesan lebih 100 juta buah rumah di seluruh dunia berkongsi akaun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Netflix merupakan platform penstriman yang membolehkan penonton menonton rancangan TV dan filem kegemaran pada peranti yang disambungkan dengan Internet.

Mula ditubuhkan pada Ogos 1997 di Amerika Syarikat, Netflix pada awalnya hanya menyediakan perkhidmatan yang membolehkan penonton melanggan filem atau cerita melalui laman web dan Netflix akan menghantar DVD kepada pelanggan tersebut.

Namun, seiiring dengan peredaran zaman, Netflix kini merupakan antara platform penstriman yang paling popular di dunia.

Caj Tambahan Jika Kongsi Kata Laluan Dengan Pengguna Di Kediaman Berbeza

Netflix pada hari ini (24 Mei) secara rasminya mengumumkan caj tambahan sebanyak RM13 ke atas pelanggan Netflix di Malaysia yang berkongsi kata laluan dengan pengguna yang tinggal di kediaman berbeza.

Namun, bagi pengguna yang tinggal di kediaman yang sama, tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan.

Menurut Netflix, pihak mereka akan mula menghantar e-mel pemberitahuan (rujuk gambar di bawah) kepada ahli yang berkongsi langganan Netflix mereka di luar isi rumah di Malaysia.

 

Netflix sebelum ini telah pun menetapkan peraturan berhubung perkongsian kata laluan kepada pengguna di luar kediaman di beberapa negara seperti di Amerika Latin.

Kini, peraturan itu diperluaskan kepada lebih 100 buah negara seluruh dunia, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pengguna Tambahan Nikmati Kualiti Video Yang Sama

Untuk info, slot pengguna tambahan adalah berbeza kerana ia bergantung kepada pakej yang dilanggan.

Secara ringkasnya bagi kemaskini terbaharu ini, Netflix memberikan :

  1. Bagi Pakej Standard – Satu slot tambahan pihan (options) untuk mereka yang tidak tinggal serumah
  2. Bagi Pakej Premium – Dua slot tambahan pilihan (options) untuk mereka yang tidak tinggal serumah.
Foto: Netflix

Harga RM13 bagi setiap slot tambahan hanya akan dicaj kepada pemilik akaun asal.

Namun setakat ini, kemudahan ini hanya boleh dinikmati oleh pengguna yang membuat pembayaran terus kepada Netflix berbanding penyedia pihak ketiga seperti Astro.

Foto: Netflix

Pengguna yang menggunakan slot tambahan ini turut akan mendapat keistimewaan dan kualiti yang sama seperti pemilik akaun asal, misalnya seperti penggunaan profil sendiri.

Foto: Netflix

Namun pengguna slot tambahan tidak boleh memilih profil Kid dan hanya boleh menonton menggunakan satu peranti pada satu masa sahaja.

Tambah lagi, akaun pengguna slot tambahan ini juga hanya boleh diaktifkan dalam negara yang sama dengan pemilik akaun.

Foto: Netflix

Terdahulu, Netflix telah mengesan lebih 100 juta buah rumah berkongsi akaun sehingga memberi kesan terhadap keupayaannya untuk membuat pelaburan bagi menghasilkan kandungan baharu.

Baca Artikel Berkaitan: Netflix Turun Harga Basic Plan Daripada RM35 Kepada RM28

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Astro Kini Boleh Menstrim Netflix Menggunakan Ultra Box

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.