fbpx
Now Reading
Hasbro School Holidays Bakal Memeriahkan Cuti Sekolah Di Paradigm Mall PJ. Masuk FREE Je!
hasbro

Hasbro School Holidays Bakal Memeriahkan Cuti Sekolah Di Paradigm Mall PJ. Masuk FREE Je!

Hasbro School Holidays akan diadakan di Paradigm Mall Petaling Jaya, di Upper Atrium (UG) bermula dari 26 Mei hingga 10 Jun 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Musim cuti selama dua minggu bakal tiba. Namun buat korang yang mungkin masih belum ada apa-apa perancangan untuk membawa anak bercuti, jangan risau!

Ada tempat menarik yang korang wajib singgah sepanjang dua minggu cuti persekolahan nanti. Asyik duduk di rumah main telefon sahaja pun tak bagus jadi sekali-sekala bolehlah bawa anak enjoy dengan aktiviti menarik di luar pula, kan?

Sumber: Tenor

Hasbro School Holidays Di Paradigm Mall PJ!

Untuk pengetahuan korang, Hasbro iaitu sebuah syarikat permainan dan hiburan global terkemuka dengan gembiranya mengumumkan acara menarik iaitu Hasbro School Holidays yang diadakan di tingkat Upper Atrium (UG) Paradigm Mall Petaling Jaya bermula dari 26 Mei hingga 10 Jun 2023.

Hasbro bekerjasama dengan WCT dan Paradigm untuk mencipta ‘syurga mainan’ dan permainan bagi kanak-kanak untuk mengekspresikan diri dan bagi orang dewasa bagi menghidupkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri mereka kerana tiada siapa yang terlalu muda untuk berseronok (young at hearts, orang kata :P).

Terdiri daripada lebih daripada 5 stesen dengan tema berbeza serta watak ikonik Hasbro seperti NERF, Play-Doh, Transformers, Monopoly, My Little Pony, dan banyak lagi!

Acara ini adalah wajib dikunjungi oleh keluarga serta kanak-kanak. Apa yang paling best dan terbaik adalah setiap stesen diwujudkan khas untuk kanak-kanak dengan had umur untuk langkah-langkah keselamatan. Sebagai contoh:

  • Play-Doh: Slide into Play-Doh World: Sesuai untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke atas.
  • Arena NERF: Sesuai untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke atas.
  • Hasbro Gaming (Arena Interaktif): Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan, serta banyak lagi!

Eh, itu baru sikit tau! Meh sini kami beritahu anda satu per satu tentang kesemua aktiviti menarik yang boleh anda serta anak-anak sertai sepanjang cuti sekolah nanti.


#1. Transformers: Rise Of The Beasts.

Sangat mengujakan untuk membawa kepada peminat-peminat barisan figur Transformers baru dan menarik yang memperingati watak ikonik dan aksi mengasyikkan menurut filem baru Transformers: Rise of the Beasts.

Korang juga boleh menyaksikan patung Optimus Prime, pemimpin Autobot, setinggi dua meter di pintu masuk acara ini!

Bukan tu je, korang juga boleh terokai koleksi mainan Transformers terkini seiring dengan filem Transformers: Rise of the Beasts yang dijadualkan untuk tayangan pada 9 Jun 2023.

#2. Nerf Arena.

Umum sedia maklum, ia adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari nilai kerjasama pada usia muda.

Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor, koordinasi, dan aktiviti fizikal mereka apabila mereka bersiap sedia dengan NERF untuk Pertempuran Pasukan “Capture The Flag” di mana kanak-kanak dan orang dewasa boleh bekerja bersama dalam peperangan dalaman 3v3 untuk pasukan pertama menangkap bendera lawan!

Terokai bestseller Hasbro, NERF Elite 2.0 dan koleksi terbaru, NERF Elite Junior Blasters di mana papan sasaran tersedia di tanah bagi kanak-kanak mencuba NERF Blasters.

#3. Monopoly.

Korang boleh mengambil gambar sekeluarga ketika sedang syok bermain dengan kepingan sebesar manusia dari permainan papan ikonik Monopoly ini! Best tau, terutamanya bila main ramai-ramai dengan keluarga.

#4. My Little Pony.

Sumber: Plugged In.

Ambil gambar bersama My Little Pony di set foto rockstar! Kanak-kanak juga boleh menikmati aktiviti Mewarna My Little Pony di kawasan interaksi di mana setiap hari terdapat watak My Little Pony yang berbeza untuk kanak-kanak kecil mengekspresikan kreativiti mereka.

Untuk rekod, aktiviti mewarna adalah cara yang hebat untuk meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak kerana ia membolehkan mereka menggunakan imaginasi untuk membayangkan rupa kuda kecil mereka.

#5. Hasbro Gaming.

Pelanggan boleh mencabar ahli keluarga, rakan-rakan, atau orang lain dalam permainan Jenga dan Twister ini! Ia adalah satu permainan seisi keluarga menyeronokkan yang memerlukan keseimbangan dan kaki getah!

Nak kan pengalaman permainan yang menggabungkan rakan, kemahiran, jalinan ketegangan, gelak tawa, dan mungkin sedikit nasib? Ada juga Jenga bersaiz sebenar di lantai! Tapi apa pun, korang kena tunjuk sendiri stail Jenga korang!

#6. Play-Doh: Slide Into Play-Doh World!

Bermain dengan Play-Doh mendorong kanak-kanak untuk mencipta tanpa perasaan risau di mana mereka dapat menggunakan imaginasi semaksima mungkin dan membantu perkembangan kemahiran motor kerana ia berwarna-warni dan melibatkan pelbagai warna.

Tekstur Play-Doh dalam waktu bermain kanak-kanak dapat membantu pembelajaran dan persepsi mereka. Dalam warna Play-Doh yang menonjol dan bersama dengan tin-tin Play-Doh, kanak-kanak juga boleh menerokai dunia Play-Doh serta menikmati keseronokan kreativiti masing-masing!

Ha, menarik kan kesemua aktiviti yang tersedia untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti? Jangan bimbang, pasti akan ada aktiviti buat semua!


Aktiviti Ekslusif Hujung Minggu

Untuk pengetahuan korang, akan ada empat (4) aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif yang boleh disertai oleh kanak-kanak hanya pada hujung minggu sepanjang acara ini, iaitu:

#1. Transformers Weekend Spend & Win.

Beli mana-mana barang di acara ini dan cabar diri korang dalam dunia Autobots! Apa yang best, korang boleh membawa pulang 1x Transformers Generation Legacy Core Figurine apabila korang berjaya menukar Transformers MV7 2-in-1 Optimus Prime Blaster DALAM MASA 2 MINIT!*

#2. Mascot Meet & Greet (2 Sesi).

Wajah anak-anak akan terukir dengan senyuman lebar dan terserlah kegembiraan apabila mereka dapat melihat watak kegemaran dalam kehidupan nyata (in real life!). Datang dan sertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama Mr. Monopoly, My Little Pony, dan Doh-Doh.

Oh! Akan ada dua sesi iaitu:

  • Sesi pertama: 2pm hingga 2:30pm.
  • Sesi kedua: 4:30pm hingga 5pm.

Jangan melepaskan peluang ini tau, bukannya selalu ada!

#3. Dance With Us.

Kalau asyik menarik menerusi challenge di aplikasi TikTok, apa kata korang menarik pula mengikut irama bersama watak-watak menarik Hasbro? Bolehlah merasai pengalaman unik dengan menarik bersama dengan Mr. Monopoly, My Little Pony, dan Doh-Doh pada jam 5.30 petang.

#4. Play-Doh ‘What Will You Imagine’ Workshop.

Kanak-kanak boleh menikmati aktiviti mencipta dan membina makhluk kesukaan di kawasan bengkel diikuti dengan bimbingan instruktor. Jadi jangan risau kalau tak jadi ke apa, okay?

Aktiviti ini eksklusif untuk Ahli WCT Buddy dan pendaftaran awal diperlukan menerusi pautan LINK INI. Pendaftaran korang akan terus diterima jika terdapat tempat yang tersedia.


Gift With Purchase (GWP).

Korang berpeluang untuk mendapatkan NERF Ace Blaster atau Monopoly Bid secara percuma dengan pembelian minimum RM250 (maksimum 2 resit yang digabungkan pada hari yang sama) di Paradigm Mall PJ dari 26 Mei hingga 10 Jun 2023.*

  • Hasbro School Holidays.
  • Tarikh: 26 Mei sehingga 10 Jun 2023.
  • Lokasi: Paradigm Mall Petaling Jaya, Upper Atrium, Level UG.

Cepat-cepat sikit, okay? Jangan melepaskan peluang keemasan ini untuk bawa anak-anak enjoy dan bersuka-ria di Hasbro School Holiday, Paradigm Mall PJ. Masuk pun PERCUMA je, bawa ramai-ramai pun boleh.

*Selagi stok masih ada.

The more, the merrier! 😀


WCT Buddy Kids Playland

Perhatian kepada semua ibu bapa!

Anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun eksklusif yang menakjubkan, tawaran istimewa, dan kejutan yang pasti akan menceriakan hari mereka! Daftar hari ini dan mula menikmati ganjaran hebat!

Hanya dengan beberapa langkah mudah, anda boleh memulakan pengembaraan anda di WCT Buddy Kids Playland!

  • Langkah 1: Pergi ke Aplikasi WCT Buddy atau muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store/Apple App Store.
  • Langkah 2: Di laman utama Aplikasi WCT Buddy, pilih Ikon WCT Buddy Kids.
  • Langkah 3: Baca dan terima syarat-syarat dan peraturan.
  • Langkah 4: Senaraikan nama anak anda ke dalam senarai WCT Buddy Kids.
  • Langkah 5: Lawati stesen permainan yang berkaitan dan mula mengambil bahagian dalam aktiviti pilihan bersama anak-anak secara PERCUMA*!

Klik link ini untuk memuat turun WCT Buddy Kids Playland: http://onelink.to/wctbuddy2.0

#WCTBuddyKids #ExclusiveDeals #PlayforFree

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.