fbpx
Now Reading
Hasbro School Holiday Di Paradigm Mall PJ Ceriakan Cuti Sekolah Kanak-Kanak

Hasbro School Holiday Di Paradigm Mall PJ Ceriakan Cuti Sekolah Kanak-Kanak

Antara permainan yang menarik perhatian kanak-kanak adalah arena nerf, di mana mereka dapat merasakan pengalaman sebenar dengan menggunakan Nerf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui cuti sekolah sudah bermula sejak 28 Mei yang lalu dan setiap kali tibanya musim ini sudah tentu ibu bapa mula merancang aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak.

Untuk pengetahuan anda sebenarnya banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama anak-anak. Memandangkan cuaca kini panas serta tidak menentu aktiviti di dalam bangunan mungkin adalah cadangan yang baik untuk membawa mereka.

Oleh itu, tanpa berlengah masa kami ingin berkongsi pengalaman menarik sepanjang berkunjung ke Hasbro School Holiday yang diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Apa yang lebih menarik lagi, kemasukan adalah percuma! Jadi anda bukan hanya boleh membawa anak sahaja, jiran dan sedara mara juga boleh turut serta yang penting mereka enjoy.

#1 Transformers: Rise of The Beast

Bagi kanak-kanak yang meminati robot ini adalah peluang mereka untuk melihat sendiri figura robot Transformers seperti Optimus Prime, Bumblebee serta banyak lagi.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga dapat bergambar dengan mereka dan merasai pengalaman permainan Transformers yang boleh ditukarkan menjadi pistol mainan.

Apa yang lebih menarik, mereka juga berpeluang memenangi hadiah seperti figura Transformers jika membuat pembelian mainan di lokasi acara tersebut atau di kedai mainan Toys r Us di Paradigm Mall Petaling Jaya.

#2 Nerf Arena

Nerf Arena merupakan antara permainan yang paling banyak mencuri tumpuan kanak-kanak.

Mana tidaknya, ketika inilah mereka dapat merasakan pengalaman sebenar bermain Nerf bersama kanak-kanak yang lain.

Jika dah cuba sekali, pasti mereka nak main lagi!

Meskipun permainan ini melibatkan senjata dan juga peluru namun ia tetap menitikberatkan aspek keselamatan antaranya penggunaan cermin mata selain kawasan permainan dijaga oleh individu yang bertanggung jawab. Selain itu setiap sesi permainan juga dihadkan untuk lima pemain.

Foto: Afifa / BuzzKini

Percayalah anda mungkin akan terhibur melihat gelagat si kecil ketika bermain di arena ini kerana ada yang memainkan karakter seperti polis, penyiasat serta banyak lagi!

#3 Monopoly

Permainan ‘board game’ seperti Monopoly sememangnya seronok malah adakalanya ia boleh membuatkan anak-anak tidak senang duduk.

Malah ia juga boleh melatih mereka untuk menyelesaikan masalah, pemikiran yang lebih jauh untuk mengatur strategi dan banyak lagi.

Namun jika permainan ini dimainkan secara fizikal seperti wujudnya tempat dan penjara secara realiti pasti ia lebih menerujakan kanak-kanak.

Ia juga akan membuatkan mereka tidak sabar untuk menunggu giliran dan berjaga-jaga agar tidak bernasib malang dan memiliki keuntungan yang banyak.

Bukan hanya itu, mereka juga berpeluang untuk berjumpa dengan mascort Mr Monopoly dan bergambar dengan mereka.

Foto: Afifa / Buzzkini

#4 My Little Pony

Foto: Afifa/ BuzzKini

Kebanyakan kanak-kanak perempuan pasti meminati kartun My Little Pony. Malah ada di antara mereka sudah mula menghafal setiap lagu dan juga karakter kartun ini.

Bagi permainan ini, kanak-kanak boleh bergambar bersama dengan karakter My Little Pony yang berbeza pada setiap hati serta melakukan aktiviti mewarna.

#5 Twister

Foto: Afifa/ BuzzKini

Permainan ini bukan hanya memerlukan kanak-kanak untuk berfikir malah mereka juga dapat merengangkan badan apabila terpaksa meletakkan anggota badan mengikut arahan yang diminta.

Pasti ia akan membuatkan mereka gembira serta bergelak ketawa ketika memainkan permainan ini.

Namun permainan ini tidak semestinya hanya boleh dimainkan oleh kanak-kanak, sebagai ibu bapa anda juga boleh turut serta agar permainan ini lebih bermakna buat mereka.

#6 Play-Doh

Kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai idea kreativit yang luar biasa. Ini kerana, ketika fasa sedang membesar mereka mula mencari minat yang suka dilakukan.

Sebagai ibu bapa pula, kita cuba untuk memberikan dorongan dengan membeli permainan, melakukan aktiviti dan sebagainya.

Oleh itu, permainan Play-Doh merupakan satu permainan yang baik untuk kanak-kanak terutama bagi mereka yang berusia dua hingga enam tahun.

Di sinilah mereka boleh menonjolkan daya pemikiran kreatif ciptaan mereka menerusi sesi bengkel yang disediakan di sana.

Setiap kanak-kanak akan diberikan beberapa jenis warna tanah liat sebelum di minta untuk membuat sesuatu barangan.

Apa yang menarik anda akan dapat melihat pelbagai bentuk dan warna yang digunakan.

Selain itu, kanak-kanak juga boleh bermain papan gelongsor Play-Doh yang diletakkan di acara tersebut dan berjumpa mascort permainan berkenaan seperti Dodo.

Foto: Afifa / BuzzKini

Oh satu lagi, buat para ibu-bapa apa kata berikan anak-anak anda peluang hebat untuk menyertai WCT Buddy Kids.

Mereka boleh mendapat diskaun eksklusif yang menakjubkan, tawaran istimewa dan kejutan yang pasti menjadikan hari mereka lebih menarik. Daftar hari ini dan mula menikmati ganjaran yang menanti mereka!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.