GOAT LAB, Kedai Konsep Vape Terbaharu Di Kuala Lumpur

Buat mereka yang mahukan deria rasa berbeza selain mencari alternatif selain rokok, tak perlu pergi jauh kerana GOAT Lab kini menjadi port vape terbaharu di Kuala Lumpur.

Terletak di tengah-tengah ibu kota iaitu Bukit Bintang, kedai konsep GOAT ini menyasarkan pengalaman multideria kepada mereka yang ingin memperbaiki pengambilan nikotin selain mendidik dan memperkasakan perokok tegar ke arah gaya hidup yang lebih bersih serta tidak berbahaya seperti rokok.

“Kami memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai dan alternatif yang kurang berbahaya dari rokok,” kata Ketua Pegawai Pemasaran GOAT Lab, Julian Cho sewaktu menunjukkan kepada kami persekitaran kedai baharu tersebut yang terletak di tingkat bawah pusat beli-belah Lot 10 pada hari Rabu (2 Ogos).

Tampil dengan persekitaran yang cerah dan fancy, kedai ini menggalakkan orang ramai untuk melibatkan diri dalam gabungan teknologi dan perisa dengan beberapa rangkaian e-rokok, vape, pod dan jus ‘custom’.

Kedai unik! Pekerja pakai kot makmal ‘brew’ jus depan mata

Apa yang paling unik tentang kedai itu ialah ‘mixing station’ mereka, di mana krew GOAT yang tampil dengan memakai kot makmal ala-ala ahli kimia akan mengadun sendiri kombinasi jus berbeza yang diinginkan pelanggan.

Foto: TRP/ Akmal

Di sini mereka juga akan membenarkan pelanggan bereksperimen dengan gabungan perisa mengikut cita rasa masing-masing.

Mengambil inspirasi dari Timur Tengah atau lebih tepatnya Dubai, jus GOAT dihasilkan berpandukan perisa hookah atau shisha.

Malah menurut Julian hasilnya juga agak sempurna di mana rasanya antara ‘tidak terlalu manis’ dan tidak terlalu ‘minty’.

Pasaran Vape di Malaysia sudah matang kerana ia sudah bertahun-tahun. Orang ramai tahu apa yang baik dan apa yang tidak. Kerana setiap orang mempunyai keutamaan mereka sendiri, kami cuba memenuhi keperluan semua orang.

Ketua Pegawai Pemasaran GOAT Lab, Julian Cho

Difahamkan jus GOAT terdiri dari pelbagai perisa ‘fruity’ antaranya strawberi, tembikai, jambu batu sehingga ke pilihan yang lebih eksentrik antaranya Rad Bull, Big Papa dan Crazy Mama.

Foto: TRP/ Akmal

Setakat ini rak mereka dipenuhi pod pakai buang dari jenama BRO ini, dan ia boleh bertahan antara 5,000 hingga 12,000 sedutan setiap satu. Terdapat juga BRO Flip, di mana pengguna boleh bertukar antara dua perisa berbeza pilihan mereka dalam satu pod.

Selain itu, kedai ini turut menjual ‘merchandise’ lain seperti kemeja-t dan alat vape versi Art of Speed ​​2023 hasil kerjasama bersama Toyo Steel Japan agar pelanggan dapat menambah koleksi aksesori dan vape mereka.

Recent Posts

  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

24 seconds ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

17 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

18 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

18 hours ago