Masjid merupakan sebuah rumah ibadah buat penganut agama Islam dan ia perlu digunakan dengan sebaiknya.
Apabila menceritakan tentang fungsi masjid ramai yang menyangka ia hanya sekadar kawasan untuk seseorang individu menunaikan solat.
Namun sebenarnya kita sentiasa disarankan untuk mengimarahkan masjid yang juga rumah Allah SWT di mana pelbagai aktiviti boleh dilakukan selain dapat menarik minat anak muda dan juga kanak-kanak.
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai @tomfitree telah berkongsi mengenai sebuah masjid yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Apa yang menarik, masjid di Murtdha Dakwah Centre (MADAD) ini bukan sahaja menampilkan konsep moden sebaliknya ia mempunyai fasiliti yang lengkap dan sesuai untuk setiap peringkat umur.
Menurut Tomfitree masjid itu baru sahaja siap dibina namun ia telah mula menjalankan aktiviti dakwah.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil adakalanya anda bimbang untuk membawa anak-anak ke masjid.
Ini kerana, anda risau sekiranya anak-anak akan menganggu jemaah lain ketika sedang beribadah. Namun situasi berbeza di dalam masjid ini kerana ia mesra kanak-kanak kerana ia menyediakan sebuah taman permainan buat si kecil.
Taman permainan dua tingkat yang disediakan itu adalah tertutup dan tidak terlalu bising. Maka sambil anak-anak bermain ia tidak menganggu individu lain dengan bunyi bising kanak-kanak bersorak kegembiraan.
Selain taman permainan, masjid ini turut dilengkapi hotel kapsul di mana pengunjung atau individu yang bermusafir boleh bermalam di hotel tersebut.
Malah kapsul yang disediakan ini turut dilengkapi dengan tilam, locker, suis elektrik dan juga penghawa dingin serta selesa untuk pengunjung yang berhasrat bermalam di sini.
Memetik Sinar Harian, Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusoff menjelaskan tujuan hotel kapsul itu dibina adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai berehat selepas memandu jauh.
“Kami cuba sediakan kemudahan untuk kegunaan orang ramai rehatkan diri selepas memandu. Sekarang ini masjid ditutup dan dibuka untuk waktu tertentu sahaja. Jadi kami cuba lakukan dan lihat hasilnya.
“Jika ada kebaikan, mudah-mudahan masjid lain pun boleh ikut serta sediakan fasiliti hotel kapsul ini,” katanya.
Selain itu, masjid ini turut beroperasi 24 jam serta menyediakan pusat pengurusan jenazah. Malah pihak MADAD telah menguruskan ratusan jenazah secara percuma.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Tomfitree turut menunjukkan di kawasan berdekatan masjid tersebut terdapat rumah kucing yang terbesar di Malaysia.
Kemasukkan ke rumah kucing ini adalah percuma serta dibuka setiap hari bermula 11 pagi hingga 5 petang.
Selain dapat beramah mesra dengan si comel, malah ia juga turut mempunyai kawasan indoor dan outdoor untuk si bulus bebas bermain.
Bukan hanya itu, rumah kucing ini turut menyediakan bilik rawatan buat si comel yang memerlukan pantauan rapi.
Boleh dikatakan masjid ini seperti one stop centre untuk semua perkara kerana bukan hanya ada taman permainan, rumah kucing, hotel kapsul, dan masjid sahaja.
Sebaliknya mereka juga mempunyai pusat tahfiz dan sedang membina stadium e-sport untuk menarik anak muda dengan cara lebih baik.
Bahkan, di kawasan sama turut disediakan pelbagai aktiviti seperti tempat latihan memanah dan padang bola sepak.
Lokasi masjid ini terletak di JFX7+2Q, Kampung Telok, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Melihat di ruangan komen, perkongsian Tomfitree dan ustaz Yaakub Yusra turut mendapat perhatian ramai dan berharap ia bakal menjadi contoh dan ikutan masjid lain.
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…