Keriangan Tanpa Henti Sempena International Skating Day Di Sk8te City KL

Setiap kali hujung minggu, pasti korang akan mula fikirkan apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama rakan atau anak-anak kecil.

Yelah ketika hujung minggu inilah peluang untuk korang bermesra dengan keluarga atau rakan-rakan selepas penat bekerja pada hari biasa.

International Skating Day di Sk8te City Kuala Lumpur

Pada Sabtu (14 Oktober), BuzzKini telah berpeluang meraikan International Skating Day di Sk8 City Kuala Lumpur, Sunway Putra Mall.

Apa yang lebih menarik, pelbagai aktiviti turut dijalankan sempena meraikan Hari Luncur Antarabangsa ini dan ia juga terbuka kepada setiap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hingga dewasa.

Jadi jika korang rasa nak luang masa dengan melakukan aktiviti menarik maka Sk8te City Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat, yang pasti ia juga adalah satu aktiviti yang sihat dan boleh mengeluarkan peluh.

Kesemua alatan permainan turut disediakan

Tiada alat yang lengkap untuk bermain? Usah bimbang semuanya ada disediakan di sini bukan hanya kasut roda tetapi setiap alat perlindungan seperti topi keladar, glove serta banyak lagi.

Korang hanya perlu datang dan enjoy sahaja.

Acara ini telah bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam dan para pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai muzik dan pengacara sepanjang aktiviti ini di jalankan.

Pelbagai aktiviti dijalankan

Selain itu antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini adalah:

  • Melukis muka (Halloween Face painting)
  • Photo Op
  • Hula Hoop on skate
  • Limbo skate
  • E-car skate
  • Kemunculan mascot iaitu Captain Quack dan kawan-kawan
  • Kelas master untuk yang baru belajar
  • Halloween Best Dress (Pertandingan baju Halloween)
  • Anugerah Sk8te City
  • Tarian (Silent Disco)

Siap boleh skate bersama Valak yang sporting

Bukan hanya itu, kami juga turut berpeluang bermain skate bersama dengan karakter hantu Valak yang sangat sporting.

Malah turut dapat dilihat ramai yang teruja sebaik maskot Captain Quack dan kawan-kawan memunculkan diri.

Yelah kebiasaannya kita hanya akan jumpa Captain Quack di Sunway Lagoon, jadi pada hari ini dapatlah para pengunjung bermain skate bersama-sama maskot tersebut.

Selain itu, kawasan ini turut dihiasi dengan pelbagai lampu-lampu neon yang sangat cantik untuk bergambar memang insta-worthy lah bak kata orang.

Sepanjang program ini dijalankan, bukan sahaja kami, malah semua pengunjung yang hadir sangat gembira dan enjoy dengan aktiviti yang disediakan. Malah kami dapati acara ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

Untuk makluman, Sk8te City Kuala Lumpur ni adalah salah satu ruang aktiviti oleh Sunway Lagoon.

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

16 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

20 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

33 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago