Bukan Sekadar Tarikan, Miniland Amazing Malaysia Di Legoland Serlahkan Warisan Sejarah & Budaya Negara

Sekitar Jun lalu, Legoland Malaysia telah mengadakan majlis pratonton struktur model LEGO yang akan memaparkan landskap, seni bina serta budaya dari Semenanjung hingga ke Sabah & Sarawak.

Model ini yang diberi nama Amazing Malaysia akan mewakili mercu kepelbagaian identiti dan bangunan terkenal di negara kita dalam bentuk Lego di taman Miniland.

Terbaharu hari ini (20 Oktober) Legoland telah mengadakan satu majlis ekslusif bersama media bagi memperkenalkan Miniland Amazing Malaysia yang sudah siap dibina sebagai tarikan terbaharu para pengunjung.

Berpeluang menyaksikan sendiri 126 rekaan mercu terbaharu ini yang dibina dengan lebih 1.38 juta blok Lego dan mengambil masa 14,000 jam, kami harus akui ia sememangnya mengagumkan!

Malah ia juga lebih seronok dijelajahi memandangkan hampir keseluruhan taman Miniland kini berada di bawah teduhan bumbung sekaligus memberikan suasana yang nyaman buat para pengunjung tanpa perlu risau tentang cuaca yang ekstrem baik panas terik mahupun hujan lebat.

Sesuai jadi lokasi belajar sambil bermain

Bukan itu sahaja, kami merasakan misi Legoland untuk menjadikan Miniland Amazing Malaysia sebagai aktiviti ‘main dan mendidik’ juga berjaya terutamanya dengan kewujudan butang-butang interaktif di setiap bahagian monumen.

Butang ini jika ditekan akan menggerakkan beberapa binaan kecil antaranya persembahan wayang kulit di Kelantan dan beca yang sinonim dengan negeri Melaka.

Selain itu ada juga perlumbaan Bot Penambang di Sungai Sarawak yang membolehkan pengunjung untuk bermain sambil bersaing dengan keluarga.

Kewujudan monumen-monumen sebegini ditambah dengan interaksi bersama pengunjung khususnya kanak-kanak pastinya akan lebih efektif dalam mendidik mereka tentang kepelbagaian warisan dan budaya di Malaysia.

Menurut Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, CS LIM, bagi mereka di Legoland, pendidikan dan hiburan perlu berjalan seiring. Justeru pembelajaran akan menjadi satu pengembaraan sewaktu tetamu meneroka adegan yang direka dengan teliti yang menggambarkan intipati masa lalu dan masa kini Malaysia.

“Keluarga boleh mengagumi ciptaan LEGO yang rumit, mengambil bahagian dalam cabaran pembinaan kolaboratif dan membina kenangan yang akan dihargai selama bertahun-tahun akan datang. Diharapkan tetamu akan merasai keajaiban Malaysia dengan lawatan sehenti di LEGOLAND Malaysia ini, mencetuskan keinginan untuk lebih banyak pengembaraan dalam Malaysia, seterusnya meningkatkan pelancongan negara.”

Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, CS LIM

Selain Miniland Amazing Malaysia, terdapat banyak lagi model-model menarik di taman Miniland dan taman tema lain di Legoland Malaysia.

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

11 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

16 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

17 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

17 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

18 hours ago