Jenama makanan dan minuman popular, Nestlé Malaysia mengukuhkan komitmennya untuk membawa kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia yang memerlukan.
Menerusi inisiatif ‘Back To School’ atau ‘Kembali ke Sekolah’ tahun ini, Nestlé Malaysia telah membantu seramai 2,600 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan di seluruh negara sebagi persediaan untuk memulakan tahun akademik 2024 yang bakal bermula tidak lama lagi.
Seramai 50 Sukarelawan Nestlé Cares dan Empire Project telah bersama-sama menyediakan 2,600 pek barangan kelengkapan sekolah bernilai RM800,000 termasuk:
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang memerlukan termasuk anak yatim, anak ibu bapa tunggal dan banduan, kanak-kanak berkeperluan khas dan beberapa masyarakat Orang Asli serta pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Di samping itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sebanyak 1,500 isi rumah juga menerima beg hadiah Nestlé yang mengandungi produk berkhasiat seperti Nestlé EVERYDAY, NESTUM, MILO Activ-Go dan banyak lagi.
Meluaskan inisiatif ke Malaysia Timur, sebanyak 10 sekolah di Sabah dan Sarawak juga menerima peralatan sukan yang boleh dimanfaatkan oleh 500 pelajar untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan sukan.
Tambahan lagi, Nestlé Malaysia berganding bahu dengan Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu untuk membekalkan beg sekolah bersama produk makanan dan minuman kepada hampir 200 anak-anak banduan dan komuniti B40 sekitar di Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pihaknya mempunyai tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Inisiatif Kembali Ke Sekolah Nestlé Cares sejajar dengan matlamat kami untuk membuka peluang bagi belia dan dalam tempoh lebih sedekad lepas, hampir 10,000 pelajar Malaysia telah menerima bantuan menerusi program ini. Pada tahun ini, kami teruja untuk meluaskan capaian kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara, dan kami ingin terus membawa kesan positif kepada lebih ramai kanak-kanak pada masa depan.”
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranol
Inisiatif Kembali Ke Sekolah Nestlé Cares adalah salah satu daripada pelbagai cara bagaimana Nestlé membawa impak yang bermakna dalam kehidupan ramai rakyat Malaysia, sambil menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan kakitangan.
Sebelum ini Nestlé juga telah membantu dalam usaha meringankan beban mangsa banjir menerusi kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan membekalkan keperluan asas kepada kumpulan penduduk yang terjejas.
Nestlé melaksanakan pelbagai program pengayaan masyarakat, termasuk menyokong komuniti peladang dan usahawan tempatan, menyediakan pendidikan pemakanan untuk masyarakat setempat, dan menerajui program kelestarian alam sekitar, di samping inisiatif lain untuk membina masa depan yang lebih cerah.
Secara keseluruhan, Nestlé Malaysia menyumbang RM13 juta untuk inisiatif sokongan kemasyarakatan pada 2023, meneruskan usaha yang dilaksanakannya pada tahun-tahun lepas.
Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…
Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…
Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…
Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…
Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…