Umum mengetahui bulan suci Ramadan yang penuh dengan rahmat akan kembali tidak lama sahaja lagi.
Walaupun umat beragama Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan tersebut, namun terdapat beberapa golongan yang diberikan kelonggaran seperti ibu menyusukan bayi, uzur atau tua, wanita keluar darah haid dan sebagainya.
Dalam sesetengah kes ada juga individu yang hanya menyedari mereka keluar darah haid selepas selesai seharian berpuasa. Tetapi adakah puasa anda dikira sah?
Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dikenali sebagai UAIย dalam sebuah sesi tazkirah sebelum ini pernah membincangkan tentang perkara tersebut.
Seorang individu bertanya sama ada mereka perlu qada (menggantikan puasa) sekiranya menyedari darah haid keluar selepas berbuka puasa.
Baca Artikel Berkaitan: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, UAI terlebih dahulu menjelaskan niat sebenar berpuasa iaitu menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan (puasa) dari waktu Subuh hingga Maghrib.
Dalam situasi menyedari darah haid selepas berbuka puasa, UAI telah membandingkan dengan keadaan di mana seseorang individu mendapati kainnya terkoyak selepas selesai solat fardu yang mana menampakkan aurat.
Jika kuat sangkaan orang itu bahawa kain telah koyak semasa sembahyang, maka solat itu dikira batal. Manakala jika berat sangkaanya kain terkoyak selepas memberi salam, maka ia dikira sah.
Akan tetapi sekiranya sangkaan selepas dan sebelum adalah sama berat, maka ia terpulang kepada individu tersebut untuk berfikir bahawa solat itu adalah sah atau pun tidak.
Situasi ini boleh diguna pakai dalam konteks sama dengan wanita yang menyedari haid selepas berbuka puasa.
Jika anda sudah selesai iftar dan baru sahaja menyedari kesan darah haid, maka tidak dapat dipastikan sama ada darah itu keluar sebelum atau selepas Maghrib. Maka hukum puasa adalah sah.
Namun jika anda yakin dan mula rasa cecair keluar dari faraj sebelum waktu Maghrib, maka hukumnya adalah batal dan perlu diganti.
Walaupun bulan Ramadan disambut pada setiap tahun, namun mungkin ramai juga di antara kita yang sudah lupa tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Oleh itu, di sini kami kongsikan tujuh perkara membatalkan puasa yang disenaraikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Baca Artikel Berkaitan: Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda
Baca Artikel Berkaitan: Tertidur Sebelum Berbuka, Bangun Lepas Subuh. Bagaimana Status Puasanya?
Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…
Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…