Sah Ke Puasa Jika Baru Sedar Darah Haid Keluar Selepas Berbuka? Ini Penjelasan UAI

Umum mengetahui bulan suci Ramadan yang penuh dengan rahmat akan kembali tidak lama sahaja lagi.

Walaupun umat beragama Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan tersebut, namun terdapat beberapa golongan yang diberikan kelonggaran seperti ibu menyusukan bayi, uzur atau tua, wanita keluar darah haid dan sebagainya.

Dalam sesetengah kes ada juga individu yang hanya menyedari mereka keluar darah haid selepas selesai seharian berpuasa. Tetapi adakah puasa anda dikira sah?

Sumber: Pexels

Adakah Puasa Batal Jika Sedar Darah Haid Lepas Berbuka Puasa?

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dikenali sebagai UAIย dalam sebuah sesi tazkirah sebelum ini pernah membincangkan tentang perkara tersebut.

Seorang individu bertanya sama ada mereka perlu qada (menggantikan puasa) sekiranya menyedari darah haid keluar selepas berbuka puasa.

Baca Artikel Berkaitan: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?

Sumber: Freepik

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, UAI terlebih dahulu menjelaskan niat sebenar berpuasa iaitu menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan (puasa) dari waktu Subuh hingga Maghrib.

Dalam situasi menyedari darah haid selepas berbuka puasa, UAI telah membandingkan dengan keadaan di mana seseorang individu mendapati kainnya terkoyak selepas selesai solat fardu yang mana menampakkan aurat.

Jika kuat sangkaan orang itu bahawa kain telah koyak semasa sembahyang, maka solat itu dikira batal. Manakala jika berat sangkaanya kain terkoyak selepas memberi salam, maka ia dikira sah.

Akan tetapi sekiranya sangkaan selepas dan sebelum adalah sama berat, maka ia terpulang kepada individu tersebut untuk berfikir bahawa solat itu adalah sah atau pun tidak.

Sumber: Unsplash

Situasi ini boleh diguna pakai dalam konteks sama dengan wanita yang menyedari haid selepas berbuka puasa.

Jika anda sudah selesai iftar dan baru sahaja menyedari kesan darah haid, maka tidak dapat dipastikan sama ada darah itu keluar sebelum atau selepas Maghrib. Maka hukum puasa adalah sah.

Namun jika anda yakin dan mula rasa cecair keluar dari faraj sebelum waktu Maghrib, maka hukumnya adalah batal dan perlu diganti.

@atikahlatifff

๐ฉ๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐œ๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐š๐ณ๐ก๐š๐ซ ๐ข๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐šœ๐šŽ๐š–๐š˜๐š๐šŠ ๐š‹๐šŽ๐š›๐š–๐šŠ๐š—๐š๐šŠ๐šŠ๐š #ceramah #ceramahislam #ceramahpendek #ceramahagama #uai #ustazazharidrus #azharidrus #fyp #foryou #foryoupage #viral #atikahstory2 #ibuasfa #atikahlatif #atikah #longervideos #capcut #CapCut

โ™ฌ original sound โ€“ tikah || ibu anak satu๐Ÿ‰ โ€“ tikah || ibu anak satu๐Ÿ‰

Perkara Membatalkan Puasa

Walaupun bulan Ramadan disambut pada setiap tahun, namun mungkin ramai juga di antara kita yang sudah lupa tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Oleh itu, di sini kami kongsikan tujuh perkara membatalkan puasa yang disenaraikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Sumber: Unsplash
  • Makan dan minum.
  • Ain (benda fizikal yang boleh dilihat dengan mata) masuk ke rongga badan melaui ruang terbuka seperti mulut, hidung, qubul (kemaluan) dan dubur.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Persetubuhan.
  • Beronani.
  • Keluar darah haid atau nifas.
  • Gila atau murtad.

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda

Baca Artikel Berkaitan: Tertidur Sebelum Berbuka, Bangun Lepas Subuh. Bagaimana Status Puasanya?

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

โ€œTak Perlu 8 Bulanโ€- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago