ERL Perkenal Podcast ‘Ruang by KLIA Ekspres’, Jadi Medium Komunikasi Dengan Pelanggan

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit menampilkan kelainan untuk kempen Raya tahun ini dengan menerbitkan siri podcast Ruang by KLIA Ekspres.

Siri podcast empat episod ini dihoskan oleh Haidar Hasanudin dan Adrea Abdullah.

Walaupun pertama kali digandingkan, Haidar dan Adrea diberi kepercayaan sebagai hos rancangan podcast ini kerana keserasian mereka membincangkan isu-isu semasa bertemakan Ramadan Raya.


Ruang by KLIA Ekspres

Pelakon, model dan hos TV yang sedang meningkat naik, Haidar, yang popular menerusi drama televisyen Layang-layang Perkahwinan, memberitahu, “Saya sangat teruja apabila ditawarkan untuk menjadi salah satu hos bagi siri podcast Ruang by KLIA Ekspres.

“Ini merupakan peluang yang sangat dinantikan kerana saya sangat merindui untuk mengacara podcast. Ini juga merupakan hadiah kepada peminat yang kerap kali bertanyakan bila saya akan kembali untuk berpodcast. Harapan saya podcast ini akan mendapat sambutan.”

“Bagi Adrea pula, peluang menjadi hos podcast memberikan ruang untuk saya meluahkan pendapat dan pengalaman dalam setiap topik yang dibincangkan.

“Saya memperolehi pengetahuan yang baharu dan tidak dinafikan, ia juga merupakan terapi minda untuk saya tanpa disedari,” kata Adrea yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang lakonan dan juga seorang pempengaruh. 


Objektif

Mengulas lanjut, Noormah Mohd Noor selaku Ketua Pegawai Eksekutif ERL menjelaskan bahawa, “Untuk kempen Raya kami pada tahun ini, ERL meneroka sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengendali perkhidmatan keretapi iaitu menerbitkan siri podcast sendiri.

“Podcast merupakan salah satu medium untuk kami berkomunikasi secara santai dengan pelanggan dan kami berharap podcast ini akan mendapat sambutan di kalangan pelanggan.” 

Untuk info, siaran podcast Ruang by KLIA Ekspres telah disiarkan di laman YouTube rasmi KLIA Ekspres setiap Sabtu bermula 23 Mac 2024 pada jam 5PM.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago