Ini 5 Rukun Qauli Yang Wajib Dilakukan Setiap Kali Menunaikan Solat, Jangan Sia-Siakan Ibadah Anda [Video]

Setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu malah ini ia juga turut termaktub di dalam rukun Islam yang kedua.

Walau bagaimanapun, dalam melakukan setiap ibadah ia mempunyai peraturan atau rukun yang telah ditetapkan agar ibadah tersebut sah atau diterima Allah SWT.

Perkara sama juga perlu diaplikasikan apabila mendirikan solat. Sebagai contoh setiap umat Islam perlu melakukan rukun qauli (syarat sah solat) untuk memastikan solat yang didirikan adalah sah.

Rukun qauli adalah sejenis rukun yang bacaannya perlu disebut sehingga didengari oleh telinga sendiri.

Beri gambaran jemaah yang tidak melakukan rukun qauli ketika solat

Baru-baru ini, jemaah Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor telah memuat naik satu video di TikTok rasmi mereka memberikan gambaran (sekadar lakonan) serta contoh ragam individu yang tidak melaksanakan rukun qauli ketika menunaikan solat.

Menerusi video lakonan tersebut, dua orang lelaki menyedari penyanyi dan penyampai radio, Anas Tahir mendirikan solat tanpa mengerakkan mulutnya. Lalu salah seorang dari mereka mengatakan perbuatan menggerakkan mulut ketika solat adalah rukun qauli.

Sebaik menyedari perkara itu, mereka kemudian menegur Anas serta beranggapan mungkin dia tidak mengetahui mengenai rukun qauli.

Apabila ditanya, pemuda berkenaan seperti tidak mengetahui apakah itu rukun qauli.

“Alah rukun qauli yang baca, sebut. Paling kurang pun telinga kita dengar,” katanya lelaki berkenaan.

Lima perkara perlu dilakukan dalam rukun qauli sebagai syarat sah solat

Dia kemudiannya turut menyenaraikan lima perkara yang terdapat dalam rukun qauli.

  • Takbiratul ihram
  • Al-Fatihah
  • Tahiyat akhir
  • Selawat dalam tahiyat akhir
  • Memberi salam selepas selesai menunaikan solat

“Yang ni semua kita kena sebut bagi telinga dengar,” jelasnya lagi.

Sekiranya rukun qauli tidak dilakukan, seseorang individu perlu menunaikan semula solat kerana ibadahnya itu tidak sah.

Malah di dalam video itu, masjid ini turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mensia-siakan solat mereka dan sentiasa melakukan perkara yang betul agar solat yang didirikan sah.

@masjidbspofficial

Jangan sia-siakan solat anda. Melafazkan 5 rukun qauli dalam solat adalah syarat sah solat. Terima kasih team @ZAYAN singgah ke Masjid Bandar Seri Putra. Inilah Masjid Kita! #zayan #masjidbandarseriputra #rukunqauli #solat #tazkirah

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra

Pesanan serta teguran yang diberikan secara sketsa itu turut menarik perhatian ramai, malah ia juga menjadi peringatan kepada semua yang menonton untuk melakukan rukun qauli setiap kali mendirikan solat.

Malah tidak kurang juga ramai yang terhibur dengan lakonan mereka.

“Sound effect masuk, terus hilang kopiah ustaz”

“Pernah terdengar mereka yang bermazhab Hanafi bila berjemaah baca al-Fatihah dalam hati sebab imam wakili semua jemaah”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago