Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Syarikat Amanie Group, Amanie Academy melancarkan dua platform kecerdasan buatan (AI) iaitu Raida.AI dan AIFA.AI yang menetapkan piawaian baru dalam bidang pendidikan dan kewangan Islam.

Dalam satu majlis pelancaran yang diadakan pada 26 April di Menara Tokio Marine Life, Kuala Lumpur, Amanie Academy menunjukkan kemampuan transformasi dua platform ini dan potensi impaknya yang besar.

Pengasas dan Pengerusi Amanie Academy, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya amat gembira dan bersemangat untuk memperkenalkan Raida.AI dan AIFA.AI kepada dunia.

“Platform-platform ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dan dedikasi kami untuk memberdayakan individu untuk mencapai matlamat mereka dengan kadar kecepatan yang sesuai dengan diri mereka sendiri,” katanya.

Raida.AI: Gerbang kejayaan akademik

Raida.AI memberi peluang kepada pelajar di seluruh dunia melalui panduan dan sokongan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi.

Raida.AI berfungsi sebagai tutor pintar yang memberikan bantuan kepada setiap pelajar.

Sama ada mereka sedang membuat persediaan untuk peperiksan seperti SPM atau ingin mencapai kecemerlangan akademik, Raida.AI memberi pelajar sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka.

Raida.AI juga dijangka boleh menjadi rakan setia bagi setiap pelajar yang mengejar kecemerlangan.

AIFA.AI: Perintis dalam dunia kewangan Islam

AIFA.AI menerajui perubahan dalam bidang kewangan Islam dengan memberi individu akses kepada pelbagai pengetahuan dan sumber yang penting.

Dengan gabungan teknologi AI dan nilai-nilai kewangan Islam, AIFA.AI menyediakan jalan untuk mencapai kejayaan dalam kewangan Islam yang sentiasa berubah.

Menurut Dr Mohd Dauad, kursus yang dirangka khas, forum dan analisis pasaran secara tepat, AIFA.AI mampu membantu profesional membuat keputusan yang tepat dan mencapai kemajuan dalam kerjaya mereka.

Memberdayakan pertumbuhan melalui inovasi

Dua platform AI yang diperkenalkan ini menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi dan prestasi dalam pendidikan dan kewangan Islam.

Melalui platform-platform ini, Amanie Academy berusaha untuk memperluaskan akses pendidikan dan kwangan Islam kepada semua tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

Selain itu, mereka juga bercita-cita untuk memberdayakan individu di seluruh dunia, merangsang perubahan positif dan memperkukuhkan kemajuan dalam bidang pendidikan dan kewangan Islam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Raida.AI dan AIFA.AI.

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

1 hour ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Helikopter Bawa Presiden Iran Terhempas, Nasib Ebrahim Raisi Masih Belum Diketahui

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

4 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago