fbpx
Now Reading
ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga RM 5,690 bersih. Gubahan edisi terhad ini adalah benar-benar istimewa, hanya 20 gubahan disediakan dengan 10 unit bagi setiap varian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

ZCOVA, jenama barangan kemas premier yang terkenal menerusi berlian dan batu permata tawarannya yang berperakuan GIA dan Sarine hari ini (21 Mei) telah membuka outlet runcit yang sulung di kawasan Lembah Klang, bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Detik bersejarah ini juga turut memperkenalkan koleksi barang kemas edisi terhad jenama tersebut iaitu “Isla”.

Outlet Pertama ZCOVA di IOI City Mall, Putrajaya

ZCOVA, IOI City Mall, Putrajaya.

Memulakan langkah sebagai perniagaan e-dagang dalam talian hampir sedekad yang lalu dan kini tiba dengan outlet sulung, ZCOVA terus merevolusi pengalaman membeli-belah berlian dan batu permata.

Menerusi pendekatan holistik, ZCOVA memperkasakan para pengguna dengan akses kepada bimbingan yang komprehensif, barangan kemas berkualiti tinggi, dan juga perakuan yang tulen.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Menurut Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan ZCOVA, perjalanan mereka bermula dengan komitmen ke atas ketekunan dan inovasi yang mengutamakan integriti dan keutamaan pelanggan.

Kami memastikan mutu kesenian produk kami dan harganya setanding. Perjalanan kami dari perniagaan dalam talian hingga ke pelancaran outlet fizikal kami merupakan satu titik sejarah yang amat bermakna dalam penyebarluasan ZCOVA. Sempena pelancaran ini, kami juga memastikan berlian berkualiti tinggi yang ditawarkan hadir bersama jaminan dwiperakuan untuk menanamkan keyakinan dalam pelanggan kami. Di ZCOVA, keutamaan tertinggi kami adalah untuk menyediakan pengalaman pembelian yang lancar dan terjamin buat semua.”

Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan ZCOVA Low Ziwei.

Low Ziyin selaku Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif ZCOVA turut menambah, “Kami komited untuk menyediakan koleksi barang kemas yang berkualiti tinggi dan untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan. Prinsip jenama kami berpaksikan usaha untuk memodenkan cara pengguna mengamati dan membeli berlian dan batu permata.

“Pelanggan kini boleh meneroka pelbagai jenis barangan kemas secara fizikal, dari cincin pertunangan hingga ke barangan perhiasan harian.

“Cogan kata kami, ‘Celebrate Life, Your Way’ menyuluh komitmen kami untuk membekali para pelanggan dengan kebebasan untuk menyesuai rekaan barang kemas yang benar-benar mencerminkan keanggunan dan individualiti mereka,” jelasnya.

Serlahkan Diri Anda dengan Koleksi Edisi Terhad ZCOVA: Koleksi Isla

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Koleksi edisi terhad Isla melambangkan semangat cinta dan ria, serta memancarkan aura keelegenan dan juga pesona. Diperbuat daripada emas 18k premium, setiap gubahan disulam dengan kecantikan Induk Mutiara dan juga Lapis Lazuli.

Emas Mawar 18k Bertatah Induk Mutiara

Varian emas mawar 18k dalam Koleksi Isla menampilkan tatahan Induk Mutiara, ia mencerap keheningan alam semula jadi. Kilauannya yang memukau memancarkan aura yang menenangkan, menyuntik perasaan cinta kendiri dan juga introspeksi dengan pesona orientalnya yang anggun.

Emas Kuning 18k Bertatah Lapis Lazuli

Rantai leher emas kuning 18k dalam Koleksi Isla menampilkan tatahan Lapis Lazuli, meraikan tema warisan diraja, persahabatan, dan juga kebenaran.

Rantai ini hadir dengan rona biru yang memukau untuk melambangkan langit malam.

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 dan varian Lapis Lazuli pada harga RM 5,690 Gubahan edisi terhad ini adalah benar-benar istimewa, hanya 20 gubahan disediakan dengan 10 unit bagi setiap varian.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Setiap tatahan dalam buah rantai tersebut adalah unik kerana setiap batu berharganya adalah berbeza dari satu sama lain. Pra-tempahan bagi koleksi eksklusif ZCOVA akan bermula hari ini (21 Mei 2024).

  • Alamat: G-216, Aras G, IOI City Mall Putrajaya.
  • Waktu Operasi: 10am – 10pm.

[ZCOVA]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.