fbpx
Now Reading
Balasan Berzina Akan Turun Kepada Keturunan? Ini Penjelasan Ustaz Adnin [Video]

Balasan Berzina Akan Turun Kepada Keturunan? Ini Penjelasan Ustaz Adnin [Video]

Menurut Ustaz Adnin, anak-anak boleh terpengaruh dengan zina sekiranya ibu bapa masih melakukannnya dan tidak bertaubat daripada dosa tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam yang hidup di bumi ini merupakan hamba kepada Allah SWT dan kita perlu patuh kepada setiap perintahNya.

Walau bagaimanapun, sebagai manusia kita juga tidak lari daripada melakukan kekhilafan dan dosa.

Namun Allah SWT Maha Pengampun di mana sebagai hambaNya kita perlu sentiasa memohon maaf dan bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan.

Ustaz Adnin beri penjelasan tentang balasan zina kepada keturunan

Baru-baru ini pendakwah bebas dan juga penulis buku iaitu Ustaz Adnin telah diajukan soalan oleh seorang individu tak dikenali berkaitan ‘Adakah benar balasan dosa seorang yang berzina akan turun kepada keturunannya?’.

Soalan ini bermaksud adakah jika seseorang berzina maka balasannya akan membuatkan anak-anak dari keturunan juga akan berzina.

Seorang individu tak tanggung dosa orang lain

Jelas Ustaz Adnin perkara itu adalah tidak benar. Ini kerana, seorang individu tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain melainkan dosa diri sendiri.

“Seorang anak tidak mewarisi dosa ibu bapanya. Mak ayah berzina tak semestinya anak-anak dia akan berzina juga. Tak semestinya.

“Cuma Imam Syafi’e berkata, ‘Zina itu hutang. Jika anda berhutang zina, ketahuilah bahawa anggota keluargamu berkewajiban membayarnya’ (Diwan Imam Asy Syafi’e halaman 107),” katanya dalam satu video di TikTok.

Bimbang lifestyle berzina mempengaruhi anak-anak jika tak bertaubat

Katanya lagi, maksudnya sekiranya seseorang berzina dan tak bertaubat terhadap dosa yang dilakukan serta melazimi dosa tersebut bimbang apabila mempunyai anak ia akan terpengaruh.

Menurutnya ada banyak kes anak muda atau yang masih bersekolah menjadi teruk kerana melihat perangai ibu bapa yang tidak senonoh.

Maka perkara itu membuatkan mereka secara tidak langsung terpengaruh kerana kurangnya kasih sayang serta sifat ingin mencuba pelbagai perkara.

“Sebab terpengaruh dengan cara hidup ibu bapa dia. Sebab itulah seorang penzina kalau tak bertaubat, tak ubah cara hidup zina dia tu ada kemungkinan yang besar anak dia akan terpengaruh.

“Tapi kalau kita bertaubat menyesali dosa dan tinggalkan dosa itu secara total. Insya-Allah, Allah akan selamatkan diri kita dan keturunan kita daripada dosa tersebut.”

Penting setiap umat Islam untuk bertaubat

Ustaz Adnin turut menekankan adalah penting untuk setiap umat Islam meninggalkan dosa serta jangan mencuba untuk melakukan sesuatu yang dilarang.

Malah dia juga berkata jangan mendekati perkara yang boleh membawa kepada zina kerana bimbang akan menjadikan zina itu sebagai cara hidup sehingga boleh memberi kesan kepada keturunan untuk mengikutinya.

“Sebab itu dari sekarang kita kena taubat,” katanya.

Malah mereka yang sedang dalam proses untuk bertaubat dan berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik juga boleh membeli buku yang ditulisnya bertajuk ‘Tuhan Aku Ingin Hijrah’.

Melihat di ruangan komen, ada yang bertanya bagaimanakah ingin mengetahui sesuatu dosa itu telah diampunkan. Ustaz Adnin menjawab ringkas sakit atau ditimpa ujian.

“Macam mana nak tahu dosa kita diampunkan”

“Lindungi diri ku dari zina”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.